10 Kelebihan Membaca Al Quran

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang 10 Kelebihan Membaca Al Quran  dengan korang. Rasanya ada antara kora...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang 10 Kelebihan Membaca Al Quran dengan korang. Rasanya ada antara korang yang dah tau pun kelebihan membaca Al Quran nie tapi Kak Sue saja nak kongsi kat sini untuk rujukan diri sendiri, keluarga dan untuk korang yang belum tau. Mana tau bila baca apa yang Kak Sue kongsi nie tergerak pula hati nak istiqomah baca Quran kan. Jom kita tengok jom..

10 Kelebihan Membaca Al Quran
10 Kelebihan Membaca Al Quran

10 Kelebihan Membaca Al Quran

Pertama sekali, alangkah bahagianya perjalanan hidup kita kalau kita dapat istiqomah membaca Al Quran walaupun sepotong ayat setiap hari dan dapat 10 Kelebihan Membaca Al Quran yang akan Kak Sue kongsikan kat bawah nie. Ya lah, hidup kita kat dunia bukannya lama mana pun korang, akhirat juga nanti yang akan kekal selamanya. Jom kita istiqomah baca Al Quran jom dan rebut kelebihan yang ada, antaranya..

1. Sebaik-baik ibadat.

2. Dilimpahi rahmat dan dijaga malaikat.

3. Cahaya rumahtangga.

4. Diberi syafaat pada hari kiamat.

5. Diiktiraf oleh Rasullulah SAW sebagai sebaik-baik manusia.

6. Malaikat mendampinginya.

7. Dibela pada hari kiamat.

8. Kebaikan berganda bagi setiap huruf yang dibaca.

9. Dicemburui atas sifat istiqamahnya membaca Al Quran siang dan malam.

10. Diibaratkan seperti bunga 'utrujah', harum baunya dan lazat pula rasanya.

Haa.. untungkan kalau kita dapat kelebihan macam kat atas nie. Sebenarnya kan post 10 Kelebihan membaca Al Quran nie Kak Sue copy dari status kawan Facebook Kak Sue. Terima kasih pada beliau yang rajin kongsikan post tentang tazkirah dan hal agama setiap hari. Seronok aja baca..

Kak Sue juga doakan semoga pahala berpanjangan untuk beliau juga dunia dan akhirat. Untuk ingatan kita bersama setiap apa yang dikongsi, ditulis atau apa pun yang kita buat, baik atau buruk semuanya bakal ditanya di sana nanti. Apapun semoga perkongsian Kak Sue nie bermanfaat untuk korang semua ya.. jumpa lagi nanti, papai!

Korang boleh juga baca Surah-Surah Amalan Harian


You Might Also Like

3 ulasan

  1. semoga sama2 kita istiqomah.. mmg ujian betul nak jadikan habit T.T

    ReplyDelete
  2. tq kak sue for sharing.. insya allah mari kita sama2 amalkan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.