Resepi Serawa Ubi Bersagu

Assalamualaikum, hai semua. Hari tu tetiba teringin pula Kak Sue nak makan Serawa Ubi Bersagu . Rasanya belum pernah lagi Kak Sue cuba rese...

Assalamualaikum, hai semua. Hari tu tetiba teringin pula Kak Sue nak makan Serawa Ubi Bersagu. Rasanya belum pernah lagi Kak Sue cuba resepi Serawa Ubi Bersagu nie, jadi Kak Sue masak main ikut cara Kak Sue aja lah. Nasib lah menjadi, Abang Man pun siap menambah juga rasanya. Abang Man memang suka juga kalau desert macam nie. Lain kali boleh lah buat lagi..

Resepi Serawa Ubi Bersagu
Serawa Ubi Bersagu

Resepi Serawa Ubi Bersagu Cara Kak Sue

Resepi Serawa Ubi Bersagu nie Kak Sue masak cara Kak Sue memandangkan Kak Sue tak pernah cuba masak lagi. Sebenarnya kali terakhir Kak Sue teringin nak makan masa bulan puasa tahun lepas. Masa tu giliran berbuka puasa rumah Tok Pah, Kak Sue minta Tok Pah masakkan. Siap beli ubi macam-macam jenis lagi..

Cumanya, Kak Sue tak sempat nak makan sebab terlupa. Banyak sangat makanan kalau berbuka kat rumah Tok Pah sampai tak tau nak makan yang mana satu. Terkilan juga rasa, penat Tok Pah masak dan sekarang Kak Sue dah tak dapat rasa lagi dah airtangan Tok Pah.. Mak Kesayangan Kak Sue. Al Fatihah untuk bidadariku.. ingatan dan rindu yang tak tertanggung dan tak berpenghujung..

Sedih memang sedih, tapi tu lah hidup kita perlu diteruskan. Apapun Mak sentiasa dalam doa dan ingatan. Baiklah.. kita teruskan resepi dan bahan yang Kak Sue gunakan dalam Serawa Ubi Bersagu nie ya. Tak kisah pun nak letak ubi apa, Kak Sue campur dua jenis ubi dalam serawa Kak Sue nie. Ubi keledek dan ubi manis. Jom kita tengok resepi dan bahannya ya..

Serawa Ubi Bersagu

Bahannya :
4 biji ubi keledek - dipotong kecil
4 biji ubi manis - dipotong kecil
2 sudu besar sagu - dicuci dan ditoskan
1 kotak santan Kara
2 helai daun pandan - dipotong kecil
Sedikit gula dan garam

Caranya :
Rebus ubi tadi sehingga empuk
Toskan kemudian masukkan ke dalam periuk bersama santan
Masak bahan tadi sehingga mendidih
Masukkan sagu, masak sehingga sagu kembang
Kemudian masukan daun pandan dan gula juga garam secukup rasa
Kacau lagi biar masak sekata
Tutup api, sedia untuk dihidangkan

* Kacau santan selalu untul elak santan pecah ya

Korang juga boleh cuba resepi lain kat sini Resepi Pengat Pisang Mudah dan Ringkas

You Might Also Like

12 ulasan

  1. Sedap ni. Saya suka makan yg sejuk dari peti sejuk, hehe.

    ReplyDelete
  2. meleleh ayaq liur kami kat sini. hahahaa

    ReplyDelete
  3. Ini resepi orang kampung dulu-dulu ni. Saya tak pernah rasa lagi tapi nmpak macam sedap je.

    ReplyDelete
  4. Sedap eh kak sue. Sebab dak mimie tak pernah makan. Sensitif makan ubi kayu...

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaa...sayangnya SA x leh makan..semput nanti sebab keledek angin kan

    ReplyDelete
  6. macam pengat gak ye Sue ana pun baru je masak bubur keledek bersagu :)

    ReplyDelete
  7. Serawa ni pengkat ke kak? Tgk mcm sedap gak tu

    ReplyDelete
  8. Tak pernh makan lagi lauk macam ni.. Kenapa nampak sedp.. Jarang makan keledek

    ReplyDelete
  9. Uishhh serawa ubi bersagu??? Xpernah makan lagi yg ni..

    ReplyDelete
  10. sedap ni kaksue.. Sesekali makan, memang menambah.

    ReplyDelete
  11. kak sue... jgn mendera tekak dan perut saya yg dah berbunyi2 ni kak uiii

    ReplyDelete
  12. Tak pernah mkn serawa ubi. Sedap ke?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.