Pilihan Pokok Yang Sesuai Untuk Dalam Rumah

Assalamaualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Pilihan Pokok Yang Sesuai Untuk Dalam Rumah. Sejak dua menjak nie macam yang korang tau Kak Sue memang gigih mencantikkan rumah dengan beberapa pilihan pokok yang sesuai untuk dalam rumah. Sebenarnya bukan untuk cantikkan rumah aja tau, tapi boleh beri udara semulajadi dan bersih untuk kita sekeluarga..

Pilihan Pokok Yang Sesuai Untuk Dalam Rumah
Pilihan Pokok Yang Sesuai Untuk Dalam Rumah

Pilihan Pokok Yang Sesuai Untuk Dalam Rumah

Ada beberapa pilihan pokok yang sesuai untuk dalam rumah yang ada dalam koleksi Kak Sue. Memula tu Kak Sue main bantai ja letak mana-mana pokok yang Kak Sue berkenan plus bila tanya kat nuseri jual pokok depa kata boleh, jadi Kak Sue pun letak aja sebarangan dalam rumah. Tu yang kadang ada yang terkulai layu.. ada yang mati terus.. huhuhu.. sian pokokku..

Jom lah kita tengok antara pilihan pokok yang sesuai untuk dalam rumah yang ada dalam koleksi Kak Sue jom. Pokok-pokok nie tak perlu air yang banyak pun korang, tapi sesekali kena letak kat luar sekejap untuk cahaya matahari. Tapi kalau korang letak tepi tingkap atau pintu okay ja, cuma kena pastikan ada kena cahaya tau. Selain tu baja pun kena letak juga tau, Kak Sue letak dua minggu sekali. Untuk galakkan pertumbuhan dan bunga. Harap segar dan sihat lah pokok-pokok Kak Sue selalu ya..

Sansevieria (Lidah Mertua), Sans dan Aglaonema

Peperomia Obtusifolia

Kaktus

Boston Fern

Sebenarnya ada beberapa pilihan pokok yang lain yang sesuai untuk dalam rumah dan ada yang tak boleh langsung. Yang sesuai dalam rumah macam Kak Sue bagi tau kat atas tadi kena cukup cahaya dan air. Tak boleh lebih atau kurang. Kak Sue pun masih lagi belajar cara nak jaga pokok-pokok yang sesuai untuk dalam rumah nie. Sekarang dah ada kawan yang jual pokok jadi lebih senang sikit Kak Sue nak tanya apa-apa yang tak tau..

Buat masa sekarang nie Kak Sue letak dekat ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik tidur Kak Sue dan bilik mandi. Nanti pokok yang Kak Sue semai dah sihat segar baru Kak Sue pindahkan ke ruang rehat kat atas dengan bilik anak-anak Kak Sue. Risau juga baru tanam nak masukkan terus. Tu pun Kak Sue pilih yang mudah nak jaga nanti sebab dalam bilik anak-anak kan. Tau aja lah.. depa bukan nak ambik tau pun sangat. Kakak pun tak ada kan, harap anak jantan dua orang tu.. terkulai pokok Ibu. Okay lah sampai sini dulu, nanti Kak Sue sembang lagi pasal deko pokok dengan tips yang lain ya.. papai!

Korang juga boleh baca entri lain kat sini Projek Hijaukan Rumah

Post a Comment

20 Comments

  1. Cantiknya! Saya pun baru start jugak tapi baru ada satu. Nak tambah lagi untuk letak dekat bilik

    ReplyDelete
  2. wah bestnya.. cantik2 dan sihat2 pooknya.. saya penah tanam lidah mertua dlm rumah tak menjadi plak kak

    ReplyDelete
  3. Cantik semuanya.. sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  4. cantik, suka tengok deko simple tapi sedap mata memandang, senang nak kemas

    ReplyDelete
  5. memang cantik dijadikan hiasan dalam rumah tapi dak mimi nak cantikkan rumah letak pokok macam ni dalam rumah memang taklah kak.tak sampai seminggu tinggal pasu je..pokok dah hilang dikerjakan anak anak..hahaha

    ReplyDelete
  6. Rumah SA x leh ada pokok2 bunga hiasan ni..anak- anak buah tengah melasak..tunggu diorang besar nanti la nampaknya baru hias rumah...

    ReplyDelete
  7. Akak saya suka la artikel ni. Nanti nak cari pokok. hehehe

    ReplyDelete
  8. suka tengok dekorasi rumah Sue, hijau putih je kan..pandai Sue dengan Man :)

    ReplyDelete
  9. kolin kena buat macam kak sue laa..dah cantik gemuk bawa masuk. Ganti-ganti pokok...bagi nampak segar aje ruang

    ReplyDelete
  10. Cantik, sejuk mata memandang. Berbanding, Rumah saya togel je kak. Hehe

    ReplyDelete
  11. Cantik sangat kak sue.. Mmg elok letak pokok hijau ni.. Tapi nad ni takkan tak sejuk kalau bela pook hidup.. Kang mati. Mhahah

    ReplyDelete
  12. Suka tgl rmh akk tema white mcm cream sikit.. Kalau shoot ni mmg cantik dgn pokok2 hijau tu.. Berkenan

    ReplyDelete
  13. Cantiklah rumah kak sue.. hias pula dgn pokok hijau mmg sedap mata memandang

    ReplyDelete
  14. Segar bugar pokok-pokok kak Su. Teringin jugak nak letak pokok dlm bilik shad. Boleh start dengan kaktus.

    ReplyDelete
  15. Rumah sempait macam tak sesuai nak ada pokok. Tunggu dah ada rumah besar nanti nak juga ada pokok dalam rumah. Boleh naik kan seri.

    ReplyDelete
  16. Cantiknya. Nk ltk pokok ni kne tgk dinding rumah juga kan..

    ReplyDelete
  17. Hijau sememangnya menyegarkan..good idea ni...tq share

    ReplyDelete
  18. Ruby suka yang kaktus tu kak Shu 😁

    ReplyDelete
  19. kita suka tengok umah kaksu.
    Bersih je kaler putih..
    Pastu ada pokok pokok.
    Menarik sangat.
    Kita teringin nak mcm tu.
    Tapi takut anak main pondok2 dalam rumah. 😅😅

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️