Pilihan Burger Terbaik Pastinya Burger King Whooper

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue pasti ada antara korang nie peminat makanan segera, salah satunya semesti lah burger kan. Dan antara banyak-banyak pilihan restoran makanan segera Pilihan Burger Terbaik Pastinya Burger King Whooper lah. Dan sebab tu Kak Sue juga nak kongsi dengan korang tiga pilihan Burger King Whooper yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sekarang nie dengan korang. Jom kita tengok jom..

Pilihan Burger Terbaik Pastinya Burger King Whooper
Pilihan Burger Terbaik Pastinya Burger King Whooper

Pilihan Burger Terbaik Pastinya Burger King Whopper

Sebelum Kak Sue nak kongsi dengan korang pilihan burger terbaik pastinya Burger King Whooper nie, meh Kak Sue nak cerita serba sikit tentang restoran Burger King nie dengan korang. Restoran Burger King di tubuhkan pada tahun 1954 dan Burger King adalah rangkaian hamburger makanan segera kedua terbesar di dunia tau korang. Hebat kan, nombor dua dalam dunia lagi. Patutlah menjadi kegemaran dan sebutan ramai..

Burger King memulakan operasi kat Malaysia nie pada tahun 1997 lagi dengan pembukaan restoran pertama di Restoran Jenjatas Sungai Buluh, Selangor. Dan untuk info korang lagi hari nie Cosmos Restaurant Sdn Bhd dah kendalikan lebih dari 50 restoran Burger King di Malaysia. Setiap hari lebih 11 juta pelanggan yang datang ke restoran Burger King di seluruh dunia. Ini kerana di Burger King perkhimatan yang disediakan baik dari makanan dan servis memang bagus dan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan juga mesra keluarga..

Haa.. menarik kan. Ya lah kita kalau nak keluar makan bersama keluarga atau kawan-kawan mesti nak tempat  makan yang sedap, banyak pilihan, harga berpatutan dan selesa kan. Baru lah seronok nak berkumpul sambil makan-makan.

Tak nak sembang panjang lagi, sekarang nie Kak Sue nak kongsi tiga pilihan burger yang menjadi kegemaran ramai di Burger King antaranya Burger King Whopper, Burger King Whopper Cheese dan Burger King Whopper Jr. Setiap satu Burger King Whopper nie punyai keistimewaan tersendiri dari segi bahan yang disediakan. Jom kita tengok kat bawah nie jom..

Tiga Pilihan Kegemaran Burger King Whopper

Pilihan Burger Terbaik Pastinya Burger King Whooper

Burger King Whopper
Bahannya daging lembu asli yang dipanggang dengan api, acar tangah, tomato, salad dan bawang segar. Tak lupa juga krim mayo, sos dengan roti bijan yang dibakar. Tengok gambar pun dah rasa lapar kan.. hehehe..

Pilihan Burger Terbaik Pastinya Burger King Whooper
Burger King Whopper Cheese
Bahan masih sama dengan Burger King Whopper tadi, cuma ditambah kepingan cheese kat dalamnya. Yang nie pun nampak menarik juga kan. Peminat cheese harus cuba tau..

Pilihan Burger Terbaik Pastinya Burger King Whooper
Burger King Whopper Jr
Rasa dan bahan yang sama dengan Burger King Whopper cuma dalam 'regular' saiz dengan sos tomato. Yang nie pun memang menggugat selera kan.. hehehe..

Haa.. amacam, menarik kan tiga pilihan Burger King Whopper nie. Sebenarnya ada banyak pilihan menu lain kat Burger King nie korang. Ada burger ikan, nugget, fries, salad dan pai. Minuman pula ada sejuk dan juga panas. Boleh order set atau asing. Semuanya korang boleh order ikut selera masing-masing..

Apa yang bestnya sekarang nie kalau korang terasa nak makan burger atau makanan ringan lain kat Burger King tapi korang malas nak memandu atau keluar boleh ja order secara online kat Burger King Malaysia Delivery Cuma order ja apa yang korang nak makan dan tunggu penghantaran terus ke depan pintu rumah korang. Jimat masa, duit dan tenaga kan. Jumpa lagi entri makan-makan yang lain.. papai!

Post a Comment

11 Comments

  1. Whooper sedap. kenyang kalo makan..
    tapi fevret kitee Mushroom hehe..

    ReplyDelete
  2. Senang dah boleh order guna FoodPanda

    ReplyDelete
  3. Wowwww burger king.. Sedapnya. Dah lama sgt tak makan burger king ni. sy suka sbb betul2 real burger. ehhehehhe kak sue up ni buat sy lapoooo nak cr terus. tapi kne ke bando plak.

    ReplyDelete
  4. Semalam baru makan Burger King...SA suka daging dia yang di grilled, juicy dan sihat sangat...Whooper pun sedap...eh...terus rasa nak makan lagi laaa

    ReplyDelete
  5. Hadoi lapar perut kite dibuatnya Kak Sue, kita suka burger Whopper Cheese.. Nanti nak order jugalah senang tak payah keluar rumah he he he

    ReplyDelete
  6. saya peminat Whopper Burger King ni Sue :) memang sodap

    ReplyDelete
  7. Wajib order whopper ni kalau ke BK. Daging dia kemain lembut.

    ReplyDelete
  8. Bole la PC cuba ni Kak Sue..

    ReplyDelete
  9. Favourite saya whopper ni kak..sedap

    Akak kena tg ye
    http://www.mamapipie.com/2019/11/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html?m=1

    ReplyDelete
  10. Burger king memang best kan kak sue. Sedap. Sekarang lagi senang dha boleh order guna FoodPanda

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️