Khasiat Pokok Mulberry

Assalamualaikum, hai semua. Rasa macam lama Kak Sue tak update blog, rindu pula rasanya. Sibuk dengan tugas harian, kadang tu tak sempat na...

Assalamualaikum, hai semua. Rasa macam lama Kak Sue tak update blog, rindu pula rasanya. Sibuk dengan tugas harian, kadang tu tak sempat nak menulis dah nak terpejam mata nie haa. Faktor usia agaknya tak boleh lasak sikit dah sekarang nie cepat sangat rasa letih. Okay lah sebenarnya kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Khasiat Pokok Mulberry. Kak Sue pun baru aja tau rupanya ada khasiat pokok Mulberry nie, ingatkan boleh makan buah dia aja, rupanya daun dia pun boleh makan tau korang. Lepas nie memang kena cuba lah kan..

Khasiat Pokok Mulberry
Khasiat Pokok Mulberry

Khasiat Pokok Mulberry

Sebenarnya Kak Sue dapat tahu khasiat pokok Mulberry bila Kak Sue kongsi gambar kat facaebook Kak Sue. Rasanya ada antara korang dah sedia tahu Kak Sue suka kongsi pokok-pokok bunga atau pokok yang Kak Sue tanam kat facebook. Saja berkongsi hobi dan minat dengan kawan-kawan yang lain. Mana tau beri inspirasi atau manfaat pada orang lain kan..

Dalam banyak-banyak komen, kawan sekolah Kak Sue si Akmar bagi tau rupanya daun pokok Mulberry nie boleh di makan. Boleh buat ulam, boleh masak lemak dan boleh hilangkan sakit batu karang. Tak sangka pula ada khasiat kan pokok mulberry nie. Lepas nie boleh lah buat ulam atau masak lemak. Dan pada yang ada sakit batu karang boleh lah cuba juga kan..

Bukan tu aja, kawan-kawan lain pun kongsi  daunnya tu boleh dibuat sayur goreng, sayur tumis air dan goreng tepung. Macam-macam rupanya boleh masak guna daun Mulberry nie kan. Mati-mati Kak Sue ingat boleh makan buah dia aja dan selalunya daun dia Kak Sue atau Abang Man akan cantas buang aja. Lepas nie sebelum cantas ambik dulu daun buat ulam pucuk dia tu, awet muda lagi kan.. hehehe..

Kak Sue ada google juga khasiat pokok Mulberry nie, rupanya memang banyak lagi khasiat lain tau korang. Antaranya mengawal dan mencegah kencing manis, membantu mengawal dan mengurangkan darah tinggi, membantu hilangkan berat badan dan macam-macam lagi lah. 

Apapun tak salah nak cuba, kalau rasa mudarat tu cecepat pergi klinik tau. Orang dulu-dulu pun kalau nak buat rawatan dok guna pokok daun kayu ja kan. Kita cuma usaha ja, yang sembuhkan semuanya datang dariNya. Semoga bermanfaat untuk korang ya.. jumpa lagi entri yang lain, papai!

You Might Also Like

15 ulasan

  1. Satu perkongsian yang menarik. Terimakasih kak shuhaida. :) Ika tak pernah tau pun pasal pokok mulberry ni sebelum ni.


    Ika datang singgah sini.
    https://ikashoid.blogspot.com/2019/11/book-review-puaka-taman-tema.html

    ReplyDelete
  2. dekat kampung ada pokok ni, Kakak sy selalu buat jus mulberry sedap

    ReplyDelete
  3. Kat rumah ni, ibu LeYa pun ada tanam Pokok Mulberry ni.. Ni pun baru tahu daun dia boleh dibuat masak. Kena bagitahu Ibu lah macam ni. LeYa ingat pun boleh makan buah dia aje.. Thanks for sharing good info

    ReplyDelete
  4. Tempoh hari PC call mama.Mama cakap kat kampung buah mulberry tengah banyak..hehehehe..suruh babah kutip makan..baba cakap tunggu betul-betul masak kurang sikit rasa masamnya..banyak manisnya..kalau tidak rasanya masam manis..boleh gitu.

    ReplyDelete
  5. Dulu Pak Lang SA ada tanam dan buahnya tak putus- putus...SA suka makan mulberry ni macam tu je ataupun buat air...sedap...

    ReplyDelete
  6. dah lama tanam pokok ni sebab banyak khasiat. Lagipun senang je nak jaga & berbuah.

    ReplyDelete
  7. banyak khasiat kan Sue, selain buahnya buat jus dan jem, daun tu ana pernah goreng tepung , krup-krup rangup syiok makan hehe :)

    ReplyDelete
  8. Mulberry memang banyak khasiatnya kan kak. Buat jus pun sedap

    ReplyDelete
  9. tak pernah try lagi yg fresh cmni.. klu air tu pernah la

    ReplyDelete
  10. Wah kak sue ade tanam pokok mulberry ke.. Bestnya rumahbkak sue ada macam-macam

    ReplyDelete
  11. pokok rumah kolin dah mati laaaa...

    ReplyDelete
  12. Akk, saya pn skrg asyik cpt letih. BTW, bila tgk pokok n buah mulberry ni. Saya teringat percutian kami di Green Camp Bali. Manis buah ni kt sna

    ReplyDelete
  13. Daun dia pun boleh buat ulam rupanya ye. Ana pun baru tau ni kak.

    ReplyDelete
  14. byk betul khasiat mulberi, dari daun ke batang semua boleh guna kan

    ReplyDelete
  15. anie pun sekali jer berbuah, lepas tu tak menjadi!! merajuk gamaknya hahhaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.