Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa setiap tahun hari jadi Kak Sue dan Adik akan disambut sama-sama memandangkan tarikh lahir kami sela...

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa setiap tahun hari jadi Kak Sue dan Adik akan disambut sama-sama memandangkan tarikh lahir kami selang sehari aja. Cuma tak sangka tahun nie rupanya Abang Man plan buat Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik dalam diam. Kak Sue memang tak dapat baca dan agak pun sebab Abang Man memang sibuk dua, tiga hari nie dengan urusan niaga. Tak nampak macam ada apa-apa plan untuk kejutan sambutan hari jadi Ibu dan Adik nie pun. Makanya memang terpinga dan terkejut lah kami dua beranak malam tadi.. kira menjadi lah kejutan kali nie kan.. hahaha..

Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik

Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik

Kak Sue dan Adik memang betul-betul terpinga dan terkejut dengan kejutan sambutan hari jadi Ibu dan Adik malam tadi. Ya lah Abang Man cuma suruh kami bersiap untuk makan malam aja dan janji kat restoran lain. Tetiba siap masuk highway bagai dah mula rasa pelik lah Kak Sue pun. Bila tanya nie nak pergi mana nie, terus Abang Man senyum pastu cakap.. ikut aja nanti tau lah. Dan korang tau tak, sebenarnya Kak Sue pun gigih konon nak buat kejutan untuk Adik. Siap sorokkan hadiah bagai, rupanya dengan Kak Sue sekali dapat kejutan.. hahaha!

Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Sebelum sembang panjang Kak Sue nak ucapkan Sanah Hekwah untuk Adik anak bongsu Kak Sue yang sangat manja dan pemalu tu. Ibu doakan semoga Adik sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, menjadi anak yang soleh dan akhlak yang baik, rezeki yang murah dan berkat, kesihatan yang baik, umur yang bermanfaat, dimudahkan semua urusan dan cemerlang dunia, akhirat.. aamiin Ya Rabb.. Ibu love you nak..

Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Sebenarnya kan, dari hari jadi Kak Sue lagi Abang Man dah tanya Kak Sue nak apa dan nak makan apa. Tapi Kak Sue jadi down dan sedih pula hari tu bila teringat sangat dekat Tok Pah. Ya lah kalau Tok Pah tak lahirkan dan membesarkan Kak Sue, tak ada lah Kak Sue sekarang nie kan. Airmata murah betul masa tu. Rindu sangat kat Tok Pah. Agaknya nampak Kak Sue sedih sangat kut Abang Man plan kejutan hari jadi nie. Terima kasih sayangku..

Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Sambutan majlis kejutan hari jadi Kak Sue dan Adik nie diraikan di Restoran BoomTown Garden Sungai Buluh Selangor. Restoran nie kakak kepada kawan sekampung Abang Man yang punya sebenarnya. Kata Abang Man saja lah nak sokong kawan berniaga dapat juga bantu depa dari segi jualan kan. Kalau kita tak sokong kawan-kawan berniaga sapa lagi ya dak..

Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Servis memang terbaik tau korang di restoran BoomTown Garden nie. Masa kami sekeluarga sampai semua deko, makanan dan minuman siap dah terhidang. Kami di sambut mesra dan bahagian taman dah di reserved kan untuk kami. Ingatkan kami sekeluargan dan satu keluarga kawan baik Abang Man nie aja, rupanya geng motor Abang Man dengan keluarga depa pun datang juga. Kemain meriah lah lagi semalam..

Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik
Apapun, Kak Sue nak ucapkan terima kasih sekali lagi untuk kekasih hati Kak Sue, Abang Man yang selalu faham dan terima Kak Sue seadanya. Yang selalu sayang, menjaga dan mendidik kami sekeluarga. Semoga dimurahkan rezeki lebih lagi untuk keluarga kita ya sayangku dan semoga pahala berpanjangan untuk Abang ya.. We love you Yang.. ❤

Akhir sekali untuk keluarga tersayang, teristimewa anak-anak Kak Sue, Abah, adik beradik, keluarga mertua, kawan-kawan tak kira lah kawan sekolah, kawan facebook, kawan niaga, kawan blogger dan terbaru kawan riders semua, Kak Sue nak ucapkan terima kasih atas ucapan dan hadiah. Terima kasih untuk kawan riders sudi datang meriahkan lagi majlis yang sederhana tapi meriah nie ya. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi majlis macam nie lagi nanti.. papai!

Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik

Korang boleh baca cerita harijadi tahun lepas kat sini Selamat Hari Jadi Ibu dan Adik

You Might Also Like

17 ulasan

  1. Happy birthday kak Su & adik. Meriah ya hari jadi thn ni.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat kejutan macam ni....meriah erk...

    ReplyDelete
  3. waa romantik lah abg man.. happy birthday buat ibu sue dan adik hihi.. semoga sentiasa murah rezeki

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah kak Sue dan adik.Kiranya ni kejutan dalam kejutan ye kak..kak Sue nak buat kejutan pada adik..kak Sue pun terkejut .Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. wahhhh hebat Man kan, selamat hari lahir buat Sue dan Adik, semoga sentiasa di dalam rahmat Allah swt, aamiin

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday kak sue sayams . . Meriah tengik sambutan tu =)

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. Kenapa saya baca entry kak Sue ni saya rasa sedih dan sebak. Anyway Selamat Hari Lahir Kak Sue dan adik. Seronok dan terkejut kan dapat surprise daripada Abg Man.

    ReplyDelete
  8. So sweet ..menarikla restoren tu kak sue..nanti sal nak ajak husband & anak² datang sini..dpt discount tak bila sebut nama k.sue..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal.. boleh cuba Sal, mana tau kan. Sebut nama Abang Man pun tak apa.. hehehe..

      Delete
  9. Wah bagus abnag man buat kejutan ni... Hehehe.. Meriah.. Tempatnya pun best.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki akk

    ReplyDelete
  10. Happy birthday buat kak sue dan anak.. Moment paling best kan bila dapat sambut bsama org tsayang

    ReplyDelete
  11. Kat sg buloh yer.. nk kene cari nie, cantik tpt dia

    ReplyDelete
  12. Menarik jugak restoren ala-ala dlm Garden ni. And ofkoz that surprise tu yg best tu. Happy birthday kak sue.

    ReplyDelete
  13. Cantiknya restoran ni..siap ada kawasan taman. Selamat Hari Jadi Sue..

    ReplyDelete
  14. Seronoknya bila bufday ada kejutan.. Happy belated bufday k.sue & anak..

    ReplyDelete
  15. alahai kaksu.. Kita pulak sebak baca.
    Sebab yela, sesuatu kejutan yang tak dijangka kan.
    Happy belated besday kaksu dan anak..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.