Resepi Pengat Pisang Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum, hai semua. Biasanya kita mak-mak kat rumah nie selain dari masak lauk pauk mesti nak masak juga hidangan lain kan. Macam K...

Assalamualaikum, hai semua. Biasanya kita mak-mak kat rumah nie selain dari masak lauk pauk mesti nak masak juga hidangan lain kan. Macam Kak Sue kat rumah nie dah jarang buat puding, kek atau desert yang lainnya dah. Penyakit M datang menyerang. Cuma baru-baru nie macam teringin pula nak makan Pengat Pisang. Kebetulan mak mertua Kak Sue bekalkan pada Abang Man masa balik kampung kejap hari tu. Jadi buat lah sikit untuk kami berdua. Jom lah Kak Sue kongsikan resepi Pengat Pisang yang mudah dan ringkas nie jom..

Resepi Pengat Pisang Mudah dan Ringkas
Resepi Pengat Pisang

Resepi Pengat Pisang Mudah dan Ringkas

Rasa Kak Sue antara korang semua mesti ada yang dah tahu kan macam mana nak buat Pengat Pisang nie, paling mudah dan ringkas. Bahan pun tak banyak guna dan sekejapan pun dah boleh siap. Tapi Kak Sue kongsikan lah juga kut ada lagi yang masih belum tau kan.. Sharing is caring.. gitu..

Hari tu Kak Sue sebenarnya nak masukkan sagu sikit, tapi cari punya cari sampai ke sudah tak jumpa. Makanya masak gitu aja lah, nasib menambah juga Abang Man makan.. hihihi.. Kak Sue kalau masak orang yang makan menambah memang bahagia betul rasa. Nak pula kalau suami dan anak-anak..

Rumah Kak Sue nie kalau makanan yang 'old scholl' sikit anak-anak tak berapa makan. Tambah kalau pengat, talam, kuih muih tradisional lama tu tak berapa gemar anak-anak nie. Ada beberapa jenis aja yang depa suka. Jadi kalau Kak Sue teringin memang akan buat sikit aja untuk makan berdua. Jom lah kita tengok bahan dan caranya ya..

Pengat Pisang

Bahan-bahan :
4 hingga 5 biji pisang
1 kotak santan Kara
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawang gula pasir
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara-cara :
Potong pisang mengikut saiz yang korang suka
Kemudian masukkan pisang, santan, gula melaka dan gula pasir
Masak semua bahan sehingga mendidih
Kalau nampak kuah macam pekat, korang boleh tambah air sikit ya
Kemudian masukkan daun pandan yang dipotong kecil dan perasakan dengan sedikit garam
Tutup api, sedia untuk di hidangkan

* Tips - Kuah santan kena kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.



You Might Also Like

12 ulasan

  1. SA tak berapa suka pengat pisang tapi boleh la makan..suka kalau guna pisang nangka

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Sha suka tambah sagu dalam pengat ini.. :)

    ReplyDelete
  3. menu tradisional ni Sue, tapi anak-anak ana ni tak berapa gemar tu malas nak masak kan :)

    ReplyDelete
  4. nx time buat pengat boleh try resepi kak sue. last time saya buat tak berapa cun hihi

    ReplyDelete
  5. ini kalau makan waktu hujan ..haisshhhh menambah tak ingat dah

    ReplyDelete
  6. Alahai... Sedapnya petang-petang ni pekena Pengat Pisang.. Best3x... Boleh buat ni ikut resepi mudah Kak Sue.. Tq2

    ReplyDelete
  7. lama tk mkn pengat pisang

    ReplyDelete
  8. saya suka makan pengat pisang ni..resepi dah ada,nak buat jugak la hihihih
    salam singgah :)

    ReplyDelete
  9. sedapnya..ammi kalau nak kena beli sbb orang kat dalam rumah semua tak suka

    ReplyDelete
  10. arwah mak dulu pun suka pengat pisang.

    ReplyDelete
  11. yang ni sedap sangat ni !! buat minum petang time2 hujan adooiii layan =D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.