Review By KakSue
Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan BOH Malaysia
October 22, 2019
Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan Teh BOH Malaysia kali nie. Selalunya yang kita tau, teh hanya digunakan untuk buat minuman aja kan. Sekarang nie korang jangan tak tau, kita boleh masak bermacam resepi kreatif dan istimewa dengan Teh BOH Malaysia tau. Semua tu Kak Sue akan kongsi kat bawah nie.. jom baca lagi jom..
![]() |
Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan BOH Malaysia |
Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan Teh BOH Malaysia
Sempena sambutan ulangtahun BOH Plantations Sdn Bhd baru-baru nie, pakar dari BOH Malaysia telah bekerjasama dengan jurucakap jenama ini Dato' Fazley Yaakob bagi memperkenalkan cara terbaru menikmati teh.
Dato' Fazley Yaakob telah berkongsi resepi unik dan istimewa dengan menggunakan Teh BOH Malaysia dalam masakan beliau. Ada tiga resepi yang Dato' Fazley kongsia pada hari tu iaitu Ile Flottante, Herba Ratus Seafood Pasta denfab Sirih Purit Cream dan yang terakhir sekali Teh Tarik Mug Cake dengan coklat putih bersama Jasmine Green Tea krim. Menarik kan..
Semasa sesi demo masak-masak yang diadakan di Dewan Acara SukaSucre hari tu BOH dan Juara MasterChef Selebriti tersebut berkongsi idea dan masakan dengan mengunakan teh dalam masakan harian. Kak Sue dan kawan-kawan yang lain pun diberi peluang untuk belajar dan mencuba hidangan utama dari Dato' Fazley sendiri.
Menurut kata Ketua Pegawai Komersial BOH Plantation, Chew Chaw Chang sebagai jenama yang telah berada selama 90 tahun di pasaran mereka bangga dengan kosistensi dan kualiti produk mereka dari segi rasa, aroma dan juga warna teh. Bakal mencecah satu abad, BOH Malaysia berazam untuk terus memberikan kepada pengguna yang terbaik. Selain tu mereka juga mahu menjadi jenama yang berinovatif dan serba boleh dan bukan sekadar dikenali sebagai minuman sahaja.
Menurut beliau lagi, sebagai rakyat Malaysia BOH Malaysia sedar makanan memainkan peranan penting dalam menyatukan kita semua. Sebab tu, dalam acara macam nie dengan memperkenalkan tiga hidangan istimewa ini mereka berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan teh dalam masakan harian untuk rasa yang lebih Ummph!
Selain tu Dato' Fazley melahirkan rasa teruja bila pihak BOH menghubungi beliau untuk mencipta menu dengan mengunakan teh kerana permintaan tersebut memang unik dan belum ramai lagi yang mencubanya. Dengan pelbagai produk dan perisa keluaran BOH, banyak sajian dan pemanis mulut yang boleh disediakan.
Untuk menu kali nie, Dato' Fazley memilih untuk mencipta hidangan yang mudah dibuat di rumah kerana setiap bahannya senang nak dapatkan di pasaran. Lima produk yang terpilih adalah daripada pelbagai jenis kerama sasaran mereka adalah untuk menghasilkan gabungan rasa yang unik dan sudah tentulah lebih 'Ummph' dalam ketiga-tiga hidangan ini.
Acara masakan dimulakan dengan sajian pembuka selera yang dicipta dengan BOH Hibiscus Zest. Bahan nie digunakan untuk memasak meringue bagi menyediakan Ile Flottante dengan kehalusan tekatur juga kombinasi rasa buah-buahan, bunga-bungaan juga daun pudina. Haa.. menarik kan..
Hidangan seterusnya menyediakan masakan ala Itali dengan sentuhan tempatan. Ia menggunakan rangkaian Herba Melayu BOH untuk menyediakan pasta yang bukan sahaja mencerminkan tradisi dan budaya Melayu tapi kaya dengan remidi warisan turun temurun yang dipercayai dapat menyembuh, membersih, menyegar dan meningkatkan daya ketahanan badan. Pengunaan bahan Herba Ratus memberikan rasa asli kepada pasta dan untuk Sirih Purut pula meningkatkan rasa enak berkrim yang pedas juga amat menyelerakan..
Akhir sekali untuk pencuci mulut pula, Teh Campuran Segera 2 dalam 1 digunakan untuk menyediakan Kek Cawan Teh Tarik yang penuh berkrim, dengan kehalusan tekstur yang lengkap dengan topping coklat putih dan krim istimewa Teh Hijau Jasmin. Selain tu uncang Teko BOH pun boleh kita guna untuk sediakan kek cawan nie juga..
Haa.. menarik kan semua hidangan yang Dato' Fazley sediakan, kreatif dan istimewa. Dengan memperkenalkan tiga hidangan hebat nie dalam menu, BOH berharap dapat lahirkan minat rakyat Malaysia untuk teroka pelbagai cara berbeza menggunakan produk BOH di dalam masakam harian mereka semua dengan keunikan minuman keluaran BOH. Ada BOH, Ada Ummph.. !
Untuk ketiga-ketiga resepi nie nanti Kak Sue akan kongsikan di entri akan datang tau. Senang aja nak sediakan, bahan pun tak susah nak cari. Dengan BOH bukan setakat buat minuman tapi kita juga boleh sediakan hidangan istimewa untuk keluarga tersayang..
![]() |
Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan BOH Malaysia bersama Dato' Fazley |
Semasa sesi demo masak-masak yang diadakan di Dewan Acara SukaSucre hari tu BOH dan Juara MasterChef Selebriti tersebut berkongsi idea dan masakan dengan mengunakan teh dalam masakan harian. Kak Sue dan kawan-kawan yang lain pun diberi peluang untuk belajar dan mencuba hidangan utama dari Dato' Fazley sendiri.
![]() |
Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan BOH Malaysia |
Menurut beliau lagi, sebagai rakyat Malaysia BOH Malaysia sedar makanan memainkan peranan penting dalam menyatukan kita semua. Sebab tu, dalam acara macam nie dengan memperkenalkan tiga hidangan istimewa ini mereka berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan teh dalam masakan harian untuk rasa yang lebih Ummph!
![]() |
Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan BOH Malaysia bersama Dato' Fazley |
Untuk menu kali nie, Dato' Fazley memilih untuk mencipta hidangan yang mudah dibuat di rumah kerana setiap bahannya senang nak dapatkan di pasaran. Lima produk yang terpilih adalah daripada pelbagai jenis kerama sasaran mereka adalah untuk menghasilkan gabungan rasa yang unik dan sudah tentulah lebih 'Ummph' dalam ketiga-tiga hidangan ini.
![]() |
Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan BOH Malaysia Bersama Dato' Fazley |
![]() |
Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan BOH Malaysia - Hibiscus Zest |
![]() |
Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan BOH Malaysia - Herba Ratus Seafood Pasta dengan Sirih Purut Krim |
![]() |
Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan BOH Malaysia - Teh Tarik Mug Cake |
![]() |
Resepi Kreatif dan Istimewa Dengan BOH Malaysia |
10 ulasan
Setau SA selama ni teh Boh bleh buat air jer..x tau plak boleh jadi hidangan yang unik
ReplyDeletewah, macam-macam resepi boleh buat ye kak
ReplyDeleteNampak sedap semuanya kak. Tak sangka boleh cipta macam2 resipi dengan teh.
ReplyDeleteWow memang menarik Dan kretif la menu dia
ReplyDeleteMmg nak cuba la nnt... teuja lak tahu BOH ada produk baru
ReplyDeleteHebat la, dgn teh boh boleh buat mcm2 jenis resepi..nanti nak cuba jgk la kak...
ReplyDeleteSeafood pasta dengan teh tarik mug cake tu nampak menyelerakan lah. Mesti bestkan dapat belajar byk ilmu dengan Dato fazley. Bertuahnya
ReplyDeleteAmboi ngan teh boh pun boleh buat makanan modern yer hurmm bak kena try ni wakakaka...
ReplyDeletePernah buat puding teh guna serbuk agar2, sedap layan bila cuaca panas.
ReplyDeleteMemang kreatif masakan yang disediakan menggunakan teh BOH. Tak terfikir pun boleh digunakan dalam masakan
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen ❤