realme XT Pertama di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera SnapDragon

Assalamualaikum, hai semua. realme Malaysia hari nie secara rasmi melancarkan Telefon Pintar realme XT Pertama di Malaysia Dengan 64MP Quad...

Assalamualaikum, hai semua. realme Malaysia hari nie secara rasmi melancarkan Telefon Pintar realme XT Pertama di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera SnapDragon tau. Bukan setakat tu aja, ada banyak kelebihan lain yang ada pada telefon pintar realme XT nie. Jom Kak Sue kongsikan lagi kat bawah nie ya..
realme XT Pertama di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera SnapDragon
realme XT Dengan 64MP Quad Camera SnapDragon

Telefon Pintar realme XT Pertama di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera SnapDragon

Selain dari kelebihan telefon realme XT Pertama di Malaysia dengan 64MP Quad Camera SnapDragon, ia juga mrnyediakan resolusi gambar terbaik dengan butiran yang tidak dapat diperkatakan untuk pengguna mereka.

Untuk model realme XT, ia memberikan pengguna kebebasan untuk berkongsi kreativiti mereka melalui fotigrafi. Dilengkapi dengan sensor Qualcomm® Snapdragon ™712 dan 64MP resolusi tinggi dengan penambahan teknologi Tetracell dan 3D HDR, realme XT memastikan korang mengambil gambar dengan jelas dan terperinci.

Menurut kata Tiffany Teh, Brand Manager realme Malaysia " Sebagai sebuah syarikat yang digerakkan oleh anak-anak muda, kuta tidak hanya memahami pasaran sasaran kita tetapi kita berbangga untuk menggatakan bahawa kita juga ingin berkongsi citaras yang sama dengan mereka iaitu "Dare To Leap"..
realme XT Pertama di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera SnapDragon
realme XT Dengan 64MP Quad Camera SnapDragon
realme telah membantu berjuta-juta pengguna setia di seluruh dunia, terutamanya anak muda untuk mengejar impian atau cita-cita mereka dan mencapai matlamat mereka. Kini dengan realme XT, ia terus membantu pengguna telefon pintar untuk melangkah sedepan lagi dengan lebih bertenaga. Dengan semua ciri-ciri ini ada di dalam satu telefon pintar, kini pengguna mempunyai keupayaan untuk merebut detik-detik bergerak maju ke hadapan dengan segala cabaran yang ada tanpa risau.

Untuk info korang semua juga Realme XT dikuasakan oleh kelajuan jam 2.3Ghz Snapdragon 712 AIE bersama-sama dengan sensor ultra resolusi tinggi 64MP, mempunyai binning piksel pintar empat-dalam-satu, f/1.8 aperture besar, dan kanta 6P dengan pengumpulan cahaya yang unggul keupayaan, memberikan realme XT setanding dengan fotografi peringkat perdana.

realme XT juga mempunyai Gorilla Glass 5 dibahagian depan dan belakang reka bentuk kaca melengkung yang terdapat dalam dua pilihan warna ceria, Pearl Blue dan Pearl White. Kamera quad perdana realme XT yang dibentuk dengan sensor 64 MP GW1 Samsung untuk kamera utama, lensa sudut lebar 8MP, kanta makro 2MP bersama-sama dengan 16MP Sony pada kamera depan, menghasilkan gambar yang tiada tandingan yang kelihatan segar dan terperinci walaupun dengan mengezum masuk.

Untuk video pula, realme XT menyokong rakaman video 4K pada 30fps, rakaman video HD 1080p pada 30fps/60fps, rakaman Video HD 720p pada 30fps/60fps, dan gerakan perlahan sehingga 960fps. realme XT ini mempunyai skrin penuh iaitu 6.4 inchi dan tekstur skrin Suoer AMOLED. Selain tu model nie juga dilengkapi dengan dual nano-SIM yang doperluas melalui slot kad microSD hingga 245GB.
realme XT Pertama di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera SnapDragon
realme XT Dengan 64MP Quad Camera SnapDragon
realme XT juga dilengkapi dengan teknologi terkini iaitu menggunakan cap jari. Selain itu ciri-ciri yang dinantikan adalah Dolby Atoms. Ia menggabungkan pembesar suara superlinear dan penguatkuasa pintar yang menggandakan kelantangan audio dan meningkatkan kualiti bunyi untuk pengalaman audio terbaik. realme Power Bank realme Malaysia turut mengeluarkan power bank dengan kapasiti 10000mAh.

Bateri litium dengan pengecasan cepat 18W serta ada 2 ports USB Type A dan Type C. Boleh dicaj power bank dan telefon korang secara serentak. Dua warna yang korang boleh pilihan samada kuning atau kelabu. Korang juga boleh menikmati premium earphone 11,2mm bass yabg terdiri daripada Multi-layer Composite Diaphragm dan Daikoku Vouce Coil Jepun. Reka bentuk kapsul coaxal membolehkan gegelung alih 11.2mm untuk menyampaikan muzik Hi-Fi tanpa sebarang gangguan.

Lebih menarik lagi realme Bud Wireless Aksedori terbaru dengan kerjasama pengeluar muzik tetkenal dunia DJ Alan Walker mempunyai konsep reka bentuk yang minimalis yang dibuat daripada gel silika yang mesra logam dan kulit. Sambungan magnet menjadikannay lebih mudah untuk kita simpan dan pada masa sama berfungsi sebagai suis.

Ia secara automatik akan dihidupkan dan disambungkan ke peranti apabila dipisahkan. Ia akan dimatikan secara automatik apabila disambungkan. Alan Walker telah bekerjasama dengan pasukan pakar penalaan akustuk dari realme untuk memastikan pengguna mendapat respons bass yang paling tepat dan kuat dengan Dinamik Bass Boost (DBB). realme Buds Wireless mencipta pengalaman mendengar yang menakjubkan, terutama untuk muzik elektronik.
realme XT Pertama di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera SnapDragon
realme XT Dengan 64MP Quad Camera SnapDragon
Harga realme XT 
RM1,399.00
Pearl Blue dan Pearl White (8+128 GB)
Tarikh jualan - 11.11.2019 pada 12am

Harga realme 5 (Terkini)
RM499.00 (Falsh sale 11.11 - RM549.00)
Crystal Purple dan Crystal Blue (3+32GB)
Tarikh jualan - 11.11.2019 pada 12am

Sempena 11.11 Lazada akan membuat penjualan untuk realme 5 (3+32GB) akan memperkenalkan sebagai model eksklusif dalam talian sebenar dan promosi khas akan dikongsi di platform ini. Pada korang yang membeli realme XT di Lazada pada 11.11 korang akan dapat PERCUMA beg realme berharga RM159. Untuk relame XT dan realme 5 (3+32 GB) akan dijual secara eksklusif di platform Lazada. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://bit.ly/rmlazada

realme Power Bank ( Grey and Yellow)
Harga : RM129

realme Buds 2 (Black and Yellow)
Harga : RM39
Flash sale 11.11 RM49

realme Buds Wireless
Harga : RM149

Semua kat atas dijual pada 11.11.2019

Untuk realme Buds Wireless sahaja, pre order akan bermula dari 30.10.2019. Segala aksesori yang disebutkan di atas juga dijual secara eksklusif di atas akan juga dijual secara eksklusif di Shopee semasa Jualan 11.11 Big Sale. Untuk lebih lanjut, layari http://bit.ly/realmeshp
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk realme layari https://www.realme.com/my/


You Might Also Like

8 ulasan

  1. Wah hp realme memang teebaiklah.. Gatal pulak tapak tangan nak beli. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Cantik! Harga pun mampu milik.. Tetiba rasa nak buat bisikan mesra di telinga Otomen plak.. Hahaha...

    ReplyDelete
  3. mkin lama, smartphone ni semakin mengoda sahaja... aduh..aduh sayang

    ReplyDelete
  4. banyak model baru kan.. semua pakat bersaing. tatau nak plih mana satu =D

    ReplyDelete
  5. Eh murah jugak regenyaaa... Sally berkenan kat earbuds dia je

    ReplyDelete
  6. Wah , ada yg murah juga zira biasa nak beli phone budget rm500 je

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.