Projek Hijaukan Rumah Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue masih gigih siapkan Projek Hijaukan Rumah Lagi  nie. Hari tu terhenti kejap dengan event dan kerja-kerj...

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue masih gigih siapkan Projek Hijaukan Rumah Lagi nie. Hari tu terhenti kejap dengan event dan kerja-kerja di blog. Bila balik rumah dah penat, tak sempat sangat nak intai-intai pokok. Harap nanti dapat juga siapkan projek hijaukan rumah Kak Sue seepenuhnya nanti..

Projek Hijaukan Rumah Lagi
Projek Hijaukan Rumah

Projek Hijaukan Rumah Lagi

Sebenarnya Kak Sue tengah tambah koleksi untuk projek hijaukan rumah Kak Sue nie. Ada pokok yang memang untuk out door, ada yang untuk in door. Ada yang beli online, ada yang Kak Sue beli terus di kedai bunga yang ada banyak kat kawasan Sungai Buluh yang tak berapa jauh pun dari rumah Kak Sue. Memang rambang mata dibuatnya..

Projek Hijaukan Rumah Lagi
Projek Hijaukan Rumah
Sambil bercerita pasal projek hijaukan rumah nie, Kak Sue nak kongsikan sikit tips yang Kak Sue dapat masa buat rawatan Islam hari tu. Kak Sue kadang kalau letih, berat kepala memang kadang jumpa abang angkat Abang Man yang boleh buat rawatan Islam. Siap ada buat kaunseling dulu tau sebelum rawatan. Nanti bebila Kak Sue kongsi pasal rawatan Islam nie ya..

Sambung balik tips tadi, sebenarnya memang elok kita tanam pokok dalam rumah. Dapat alirkan udara semulajadi, sambil tu kalau ada gangguan boleh lah buat jirus air atau gel bidara pada pokok tu. Jadi benda atau aura tak elok tu boleh lah kita kurangkan. Kita hanya ikhtiar, apapun semuanya dengan izin Allah hendaknya..

Projek Hijaukan Rumah Lagi
Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah Lagi
Projek Hijaukan Rumah
Berbalik pada projek hijaukan rumah nie balik, Kak Sue ada tambah lagi beberapa pokok tapi untuk out door je yang banyak. Yang indoor kebanyakannya Kak Sue guna lidah mertua dan pokok macam keladi menjalar tu. Tak tau pula namanya haa korang. Nanti lah Kak Sue cari atau tanya penjual pokok. Pastu ada lah tambah dua tiga pokok untuk indoor. Harap semua hidup subur dan sihat lah hendaknya lepas nie..

Nasib lah Abang Man pun layankan aja minat Kak Sue yang satu nie. Kadang Abang Man pun siap tolong jagakan pokok-pokok Kak Sue tu. Sekarang nie pun port baru Abang Man kalau kat rumah lepak kat depan rumah yang kami gantung pokok-pokok bunga Kak Sue tu. Ada set kerusi Abang Man letak kat situ, jadi boleh lah rehat-rehat sambil baca surat khabar atau tulis order..

Projek Hijaukan Rumah Lagi
Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah Lagi
Projek Hijaukan Rumah
Harapnya tak lama lagi siaplah projek hijaukan rumah kami nie. Kak Sue ingat nak pindah pokok ke bilik Kakak dan bilik Abang dan Adik nanti. Nie Kak Sue ada nampak dan dah beli pun pokok yang ada batu yang boleh kita tuang EO kat situ. Makanya semerbak lah ruang tamu Kak Sue bau EO.. memang suka sangat-sangat. Nanti Kak Sue kongsi kat sini ya, till then.. papai!

Korang boleh baca kat sini juga Projek Hijaukan Rumah

You Might Also Like

11 ulasan

  1. Kehijaun itu menenangkan mata dan jiwa kan Kak Sue..

    ReplyDelete
  2. Memang kita kena ada sedikit kehijauan... boleh tenangkan mata dan jiwa

    ReplyDelete
  3. Meriah dengan tumbuhan sekeliling kita udara rasa segar kan Kak Sue..bangun pagi pun tengok pokok-pokok lapang fikiran..

    ReplyDelete
  4. Owh, ingatkan cat rumah warna hijau

    ReplyDelete
  5. Satu perasaan tenang bila dapat segarkan mata memandang pokok2 hijau.. Best! Leya pun suka

    ReplyDelete
  6. wah..sejuk mata memandang dengan kehijauan pokok yg ada :)

    salam singgah & follow. https://sweetepalhijau.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Comel dan sweet je tanaman kak sue.. 😍
    Cantik sangat. Husniey teringin juga ni nak bercucuk tanam boleh buat hilang bosan time suami outstation boleh cakap dengan pokok pulak.. Hehe

    ReplyDelete
  8. kalau rajin jaga memang best. macam dalam fam Mak je yang suka benda2 macam ni. CT memang out hehehe jadi dia jele layan hobi pokok2 ni.

    ReplyDelete
  9. suka dengan semua pokok bunga kak sue tu....SA tak bleh la buat masa sekarang ni ada pokok bunga...bukan apa..anak- anak buah kecik2 lagi kan..kalau nak beli pun maybe yang jenis gantung ni kot..

    ReplyDelete
  10. teringin nak semangat macam ni..nk juga hijaukan rumah tp semangt tu tak jumpa jalan pulang..haha

    ReplyDelete
  11. terbaik lah kak sue.. saya suka tgk rumah yg byk pokok.. kaksue.. template baru ye. cantik la

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.