Hadiah Istimewa Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Lama betul rasanya Kak Sue tak menulis kat blog kesayangan Kak Sue nie kan. Sejak dua menjak nie macam tak cuku...

Assalamualaikum, hai semua. Lama betul rasanya Kak Sue tak menulis kat blog kesayangan Kak Sue nie kan. Sejak dua menjak nie macam tak cukup masa ditambahkan lagi sibuk uruskan Kakak nak sambung belajar beberapa minggu lepas. Untuk kali nie Kak Sue nak kongsi entri santai aja lah dengan korang dulu. Kak Sue nak kongsi Hadiah Istimewa yang Kak Sue terima dari kawan Kak Sue yang sorang nie. Terima kasih jemahku Fara bagi hadiah istimewa nie untuk Kak Sue ya.. semoga dimurahkan rezeki selalu tau.. aamiin ya rabb..

Hadiah Istimewa Lagi
Hadiah Istimewa Lagi

Hadiah Istimewa Lagi

Kawan Kak Sue yang sorang nie kalau ke mana-mana mesti tak lupa belikan hadiah istimewa untuk Kak Sue. Dah macam-macam dah Fara hadiahkan, kadang naik segan juga tapi tu lah dah jenis pemurah nie kan ada aja yang dibelinya. Kadang Kak Sue kirim belikan, tapi akhirnya jadi hadiah pula untuk Kak Sue sama lah macam beg rotan nie haa..

Sebenarnya Kak Sue dah beli dah beg rotan nie saiz kecil di Pasar Tani Shah Alam. Kebetulan masa tu Abang Man niaga kat sana jadi bila harga pun okay beli lah satu tapi bila tau Fara bercuti ke Indonesia Kak Sue pun lelaju kirim lagi satu. Konon nak sedondon dengan Kakak, tapi bila sampai sini jadi hadiah pula untuk Kakak kali nie..

Disebabkan Kakak dah pakai beg yang lagi satu, beg yang Fara hadiahkan nie Kakak kata Ibu lah pakai. Sampai sekarang Ibu tak pakai-pakai lagi pun, asyik dok pakai beg yang sama aja. Sampai dah naik reput dah tali beg tu pun.. hahaha! Lagi pun beg rotan nie kalau nak pakai kena tengok tempat juga kan, nanti tak kena dengan suasana dan tempat pula orang tengok atas bawah.. hehehe..

Apapun sekali lagi Kak Sue nak ucapkan terima kasih sangat pada Fara.. semoga sifat pemurah Fara nie dikurniakan pahala dan rezeki yang murah, berpanjangan untuk Fara sekeluarga ya.. aamiin ya rabb.. Bukan hadiah yang kita nak kan sangat tapi kawan yang baik yang selalu mendoakan, membimbingdan mengajak kita ke jalan lebih baik. Love you jemahku Fara.. papai semua!

You Might Also Like

18 ulasan

  1. oh ada jual rupanya dekat pasar tani shah alam. Nice la ada kawan macam Fara ni, jenis pemurah.

    ReplyDelete
  2. Rindu kak sueee. selalu2 update blog yee boleh baca hehehe. Alhamdulillah rezeki kak sue dpt hadiah, rezeki jugak tu kawan yg baik. cantikk la beg rotan tu. skrg mcm trend kan org pakai. teringin jugak nak beli. dkt shopee tu ada ha dlm chart tpi tu la huhuhu tak beli lagi pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala terharunya ada orang rindu.. InsyaAllah tau Ain.. tq tau sudi baca dan singgah blog Kak Sue.. ❤

      Delete
  3. Wah dapat hadiah spesial daripada kawan ye kak sue. Cantik

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. hadiah yang special.. Cantik beg tu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Sue, kemanisan ukhuwah kan, comel beg tu :)

    ReplyDelete
  6. Lama zira tak dapat hadiah special. Teringin nak dapat

    ReplyDelete
  7. Love this bag! Thanks for the sharing info :)

    ReplyDelete
  8. Murah rezeki kak sue.. cantik beg Tu kak

    ReplyDelete
  9. suka rotan bag... Bonde pon ada 1...

    ReplyDelete
  10. Lia pun suka beg rotan ni. Ada satu kat rumah

    ReplyDelete
  11. Lia pun suka beg rotan ni. Ada satu kat rumah

    ReplyDelete
  12. ada gak beg rotan ni..tapi tue la tak muat plak nak letak purse..sbb purse jenis pnjang..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.