Deko Pokok Bunga Dalam Rumah

Assalamualaikum, hai semua. Sekarang nie rasanya memang trend Deko Pokok Bunga Dalam Rumah kan. Sana sini Kak Sue tengok orang sibuk nak le...

Assalamualaikum, hai semua. Sekarang nie rasanya memang trend Deko Pokok Bunga Dalam Rumah kan. Sana sini Kak Sue tengok orang sibuk nak letak atau deko pokok bunga dalam rumah.. nampak cantik dan berseri ja ruang dalam rumah bila ada pokok menghijau macam tu. Kak Sue pun tak terkecuali juga, punya lah gigih membeli dan menjaga pokok walaupun ada juga yang kering mati. Sedih tau.. tak tau kat mana silapnya. Nak kena belajar dan tau lebih lagi cara jaga pokok yang Kak Sue beli supaya kes sama tak berulang..

Deko Pokok Bunga Dalam Rumah
Deko Pokok Bunga Dalam Rumah

Deko Pokok Bunga Dalam Rumah

Memang sejak Kak Sue sekeluarga berpindah ke rumah baru nie Kak Sue memang teruja sangat nak deko pokok bunga dalam rumah. Nie semua gara-gara Kak Sue selalu tengok post kat Instagram (IG) lah. Kak Sue memang suka layan IG yang deko rumah atau masak-masak. Banyak kita boleh dapat idea deko rumah dan idea nak masak kat sana tau. Kalau rumah mat salleh tu lagi lah lawa gila korang..

Lagi pun katanya kalau kita letak pokok dalam rumah udara dalam rumah lebih segar dan natural. Macam pokok Lidah Mertua katanya boleh menyerap racun dalam udara tau. Memang gigih lah Kak Sue tanam dan semai banyak-banyak. Nanti nak letak kat ruang menonton kat atas dengan dekat dalam bilik tidur kami sekeluarga pula. Setakat nie Kak Sue dah letak dalam bilik tidur Kak Sue dah..

Kak Sue masih tengah belajar lagi jenis dan nama pokok. Juga cara penjagaan, yang mana sesuai letak dalam atau luar rumah. Ya lah kalau tak kena gaya habis kecut dan mati pokok, kesian pokok tu.. Nanti Kak Sue kongsikan lagi kat sini tau. Sekarang nie nak beli pokok online pun boleh dah tau. Meh Kak Sue kongsikan nama IG depa.. @Pokokkakpen @Kebunsalma dan @Syaraslittlegarden. Memang rambang mata.. naik gila tau tengok koleksi pokok yang depa jual.

Sebenarnya Kak Sue belum lagi beli kat IG yang Kak Sue kongsi tu tapi tengah rancang nak beli juga. Ada beberapa pokok bunga yang Kak Sue berkenan dah boleh letak dalam rumah. Okay lah korang sampai sini dulu sembang pasal deko pokok dalam rumah nie. Nanti kita sambung lagi di entri yang lain. Korang kalau ada tips jaga pokok atau tempat beli pokok murah boleh lah kongsi dengan Kak Sue juga tau.. papai!

Korang boleh juga baca kat sini Projek Hijaukan Rumah

You Might Also Like

13 ulasan

  1. Kemasss bila putih dimasukkan dgn nature berwarna hijau.. teringin nak pi rumah kak su

    ReplyDelete
  2. Kita kan kaksue, bukan kata nak hias pokok je dalam rumah. Kalau boleh nak tanam pokok sayuran jugak kat rumah. Tapi umah kita ni kauters. Tapi tu la. Nak letak balkoni belakang tu macam tak kena cahaya betu betul. Bestnya kalau dapat menanam..

    ReplyDelete
  3. cantiknya kaksue.. tenang ja tgok hijau dalam rumah kan. Pandai kaksue deco rumah

    ReplyDelete
  4. Cantik lah kak sue. Mak mertua ana pundah addicted dgn tanaman dalam rumah ni.

    ReplyDelete
  5. memang pokok2 hijau macam ni main peranan buat rumah nampak berseri kan.. Teringat pulak masa lepas berpantang masuk rumah hubby buat perubahan dalam rumah untuk surprise TB dan baby yang nak balik umah selepas berpantang 2 tahun lepas.. hehehehe.. hubby letak banyak pokok2 hijau macam ni dalam rumah.. sangat buat TB teruja.. rasa macam berseri je rumah kan..

    ReplyDelete
  6. cantik sangat kak..suka tengok pokok menghijau daam rumah ni..rasa ada udara je..hehee

    ReplyDelete
  7. Selain sebagai perhiasan, ada tambahan oksigen dalam rumah. Baik untuk kesihatan tu.

    ReplyDelete
  8. Cantik and i luv greens tapi apakan daya habis bersepah rumah si kembar buat

    ReplyDelete
  9. saya suka bila ada pokok dlm rumah.. nampak lively dan tentunya byk oksigen semulajadi bagus utk kesihatan

    ReplyDelete
  10. Lawa betul kak sue deko...kena belajar dengan kak sue ni

    ReplyDelete
  11. nice.
    memang ada pokok yg bagus dijadikan indoor plant kan.
    hijau and white always perfect di mata aida.
    cantik k sue snap angle gambar tu...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.