Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak sembang pasal produk kecantikan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum pula dengan korang. Biasa lah kita orang perempuan nie kalau bab yang satu nie memang nak kena jaga. Tambah macam Kak Sue nie, usia semakin meningkat memang nak kena jaga lebih lah kan. Tu yang Kak Sue cuba Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant serum nie produk penjagaan kulit terbaru buatan Malaysia.

Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum
Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum

Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum

Pertama sekali Kak Sue nak kongsi dengan korang tentang Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum nie ialah misi mereka  untuk menghasilkan produk-produk yang ringkas dan juga premium kepada pengguna tanpa bahan kimia merbahaya juga dengan harga yang berpatutan. Ya lah, kadang takut nak guna atau cuba sembarang produk kan, silap-silap boleh rosakkan kulit muka kita. Bila barang bagus dan harga pun okay harus lah kita berminat nak cuba kan..

Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum
Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum
Bila kita baca antioxidant serum mesti ada antara kita tertanya-tanya apa antioxidant serum nie kan, sama lah macam Kak Sue. Rupanya antioksidan nie adalah bahan semulajadi yang boleh mengawal dan menyingkirkan radikal bebas pada kulit. Yang lebih menariknya korang, antioksidan nie juga terbukti dapat memperlahakan proses penuaan kerana antioksidan adalah pembersih dalaman kulit dan pengawet muda dengan menaturalkan radikal bebas..

Selain tu, yang menariknya Antioxidant Serum nie ia mengandungi "Tocotrieonal" premium vitamin E yang mengandungi 40 hingga 60 kali ganda antioksidan berbanding dengan vitamin E alpha-ticopherol yang biasa digunakan oleh produk-produk lain. Serum Antioxidant nie juga diformulasi tanpa minyak dan sejuk bila kita pakaikan dikulit muka. Sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit sensetif..

Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum
Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum
Antioxidant Serum nie juga dapat mencerahkan, mensihatkan dan menghidratkan kulit muka tau korang. Selain boleh pakai kat muka, serum nie juga boleh pakai kat badan juga. Ianya tak berminyak dan cepat meresap ke dalan kulit. Korang boleh gunakan dua kali sehari selepas mencuci muka atau badan. Waktu yang yang sesuai di pakai macam biasalah korang siang dan juga malam..

Apapun, macam biasa yang Kak Sue bagi tau kalau nak kulit cantik dan sihat kita kena rajin dan konsisten selalu lah ya. Untuk info korang juga, Antioksidan Serum nie berdaftar dengan KKM tau. Pada korang yang berminat boleh lah dapatkan di farmasi yang tersenarai. Untuk lebih detail macam biasa, Kak Sue kongsi kat bawah nie ya.. papai!

Sanny & Joleen Lifestyle

Webiste

Facebook

Instagram


Post a Comment

15 Comments

  1. Serum antioksidan ni bagus utk kulit kan kak sue. Nak2 kulit yang kusam atau tak sekata.

    ReplyDelete
  2. aida guna serum sebegini juga.
    tapi brand lain.
    pakai sebelum pakai make up d pagi hari.
    agar make up nampak flawless.

    ReplyDelete
  3. Memang best sangat antioxidant serum ni... LeYa rasa kekal segar dan sejuk je lepas pakai... Sangat recommended

    ReplyDelete
  4. pakai serum memang best dan bagus untuk kulit

    ReplyDelete
  5. Memang elok amal pakai serum kak. Banyak kebaikannya utk kulit kita.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah pakai lg... Tp nmpak mcm best

    ReplyDelete
  7. I'm also using this serum. Nice

    ReplyDelete
  8. Kalau namanya perempuan mmg kena amik berat sal kulit lagi2 kulit muka kan. 1st tahu sal produk ni. Thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  9. Part melambatkan penuaan ni menarik betul...hahahaha...dah la produk buatan Malaysia...harus usha nnt!

    ReplyDelete
  10. sebelum ni nampak ramai pakai ni..packaging simple je..tapi nampak banyak kelebihan dia

    ReplyDelete
  11. Memnag best pakai ni kak sue. Kulit rasa soft je

    ReplyDelete
  12. Serum ni boleh hilangkan bekas jerawat tak

    ReplyDelete
  13. suka pakai serum sblum tidur hee

    ReplyDelete
  14. Marsha dah nak road to 40's dah ni...serum memang kena pakai

    ReplyDelete
  15. SA suka serum ni...tapi dah habis dah..nanti la nak beli lagi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️