Sanah Helwah Kakak Sayang

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa setiap tahun, tarikh yang sama adalah hari lahir Kakak, satu-satunya anak dara Kak Sue. Sanah Helwa...

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa setiap tahun, tarikh yang sama adalah hari lahir Kakak, satu-satunya anak dara Kak Sue. Sanah Helwah Kakak Sayang.. semoga Kakak sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berkat, cemerlang dalam hidup, semoga semua yang Kakak rancang dalam hidup Kakak dimakbulkan dan akhir sekali semoga semua urusan Kakak dimudahkan dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb..

Sanah Helwah Kakak Sayang
Sanah Helwah Kakak Sayang

Sambutan Hari Jadi Kakak

Tahun nie sama macam tahun lepas tak ada buat sambutan hari jadi Kakak pun. Di tambahkan lagi bila Tok Pah dah tak ada nie kan, semua sambutan pun jadi hambar aja. Apapun hadiah hari jadi Kakak tetap Kak Sue dan Abang Man sediakan, macam tahun-tahun yang sebelumnya juga..

Tengah timbang-timbang mana satu hadiah nak bagi sebab ada dua hadiah yang Kak Sue rasa Kakak nak sangat, tapi lebih suka beli dengan duit sendiri.. Kalau nak tau, itu lah perangai Kakak, apa-apa yang Kakak berhajat dihati nak benda tu Kakak akan usahakan sampai dapat dengan hasil duit sendiri.. Ibu bangga tau dengan Kakak.. tapi kali nie Ibu dan Abah dah pilih hadiah untuk Kakak dah.. taraaaa..

Sanah Helwah Kakak Sayang
Sanah Helwah Kakak Sayang
Sebenarnya kan masa kami sekeluarga balik kampung Kak Sue baru-baru nie adik Kak Sue ada buat kejutan sambutan untuk hari jadi Kakak. Malam raya haji hari tu, kami adik beradik semua buat makan-makan BBQ. Sambil tu buat lah sambutan harijadi Kakak, Ateh dan Pak Su.. senang buat serentak semua sebab Kakak punya harijadi sama dengan adik-adik Kak Sue yang dua orang tu, Ateh dan Adik Asyraf..

Harap nanti ada kelapangan masa nak juga bawa Kakak dan keluarga kami keluar makan-makan. Maklum lah Abang Man memang agak sibuk dengan urusan niaga ditambahkan Kakak pun dah bekerja sekarang nie. Cuma sementara aja lah kerja sebab nanti Kakak dah nak sambung belajar. Nanti Kak Sue kongsikan kat sini ya Kakak sambung belajar kat mana..

Sanah Helwah Kakak Sayang
Sanah Helwah Kakak Sayang - Lots of Love
Akhir sekali.. untuk Kakak, Ibu sentiasa doakan semoga Kakak sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah, walau dimana sekali pun Kakak berada. Terima kasih menjadi anak yang baik dan menyenangkan hati Ibu dan Abah.. we love you so much nak.. ❤

Tahun lepas punya cerita Happy Birthday Kakak


You Might Also Like

10 ulasan

  1. Alhamdulillah. happy belated bedayyy anak dara kak shu yang cantik manis ikut maknya nii hehehe. #bodek hahaha.

    ReplyDelete
  2. Happy birthday dear. You look gorgeous

    ReplyDelete
  3. Cantiknya kakak.. Selamat hari jadi. Semoga success selalu

    ReplyDelete
  4. dah besar anak dara akak, mcm iras-iras muka pelakon Fara Nabilah pula.

    ReplyDelete
  5. Happy birthday semoga ceria dimurahkan rezeki diberi kesihatan yg baik dan sukses

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir kakak...be a good daughter ya...

    ReplyDelete
  7. cantik kakak :)
    moga menjadi anak yg solehah, kekal cantik!

    ReplyDelete
  8. Sanah helwah yg jamilah. Ehhe.. Dah besar dh kakak ye... Moga jd ank yg baik ya

    ReplyDelete
  9. Cantik orangnya. Selamat hari lahir ye!

    ReplyDelete
  10. Wah cantik la, moga jadi anak yang baik baik ya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.