Rezeki di Stadium Shah Alam

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie alhamdullilah kami masih berpeluang dan di beri  Rezeki di Stadium Shah Alam  lagi. Rasa nya banyak k...

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie alhamdullilah kami masih berpeluang dan di beri Rezeki di Stadium Shah Alam lagi. Rasa nya banyak kali juga dah Abang Man terpilih sebagai salah seorang peniaga kiosk untuk tahun nie, cuma yang lebih teruja dan bersyukurnya kami terpilih lagi untuk game Piala Sultan Selangor untuk tahun nie di Stadium Shah Alam untuk kali yang Kak Sue sendiri pun tak ingat dah sebenarnya..

Rezeki di Stadium Shah Alam
Rezeki di Stadium Shah Alam

Rezeki Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam

Tahun nie memang kami harap sangat ada peluang dan rezeki Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam nie. Bukan apa, sebelum nie final Piala FA kami memang tak ada peluang atau dengan kata lain tak layak berniaga di kiosk Stadium Bukit Jalil. Sebabnya pengurusan baru mewajibkan setiap peniaga harus ada food truck sebagai salah satu syarat berniaga. Dan kami memang tak ada pun food truck, jadi memang harapan nak dapat tu agak tipis lah kecuali ada buka tapak untuk biasa..

Rezeki di Stadium Shah Alam
Rezeki di Stadium Shah Alam
Nasib lah Piala Sultan Selangor masih diteruskan di Stadium Shah Alam tahun nie, jadi dapat lah Kak Sue dan Abang Man berniaga kali nie. Rasanya tahun lepas buat dekat Singapura, memang tak lah kan nak gigih berniaga sampai ke sana. Tahun nie buat semula dekat sini, alhamdullilah ada rezeki kami lagi. Seawal pagi semua peniaga dah mula datang untuk mengundi tapak. Meriah juga lah dan alhamdullilah kali nie pengurusan stadium yang dah di swastakan juga tahun nie sangat bagus.. memang puashati. Tahniah Stadium Shah Alam..

Tahun nie kami dapat rezeki kiosk 17A dan semuanya berjalan lancar daripada masa mengundi tapak sampailah habis niaga. Tandas dan surau pun dekat, lega rasa. Tahun nie juga rasanya banyak muka baru yang mula berniaga di kiosk Stadium Shah Alam nie. Banyak yang tak kenal, tapi kawan-kawan dan peniaga lama masih ada lagi. Harap ada umur panjang dan ada rezeki tahun depan dapat lah kami berniaga Piala Sultan Selangor lagi. Salah satu perlawanan dan bonus untuk kami peniaga nie sebab pelawat yang datang macam final dah. Memang seronok niaga tau korang..

Rezeki di Stadium Shah Alam
Rezeki di Stadium Shah Alam
Apapun Kak Sue bersyukur sangat kali nie sebab semuanya berjalan lancar walaupun katanya masih ada budak ranbow tapi disebabkan barang niaga habis dijual jadi tak ada lah isu sangat kan. Yang jadi tak bestnya bila barang kita banyak tak habis, tu yang jadi nak marah tu.. hehehe.. Okay lah sampai sini dulu ya, harap ada rezeki kami di Stadium Shah lagi untuk perlawanan yang lain.. Tahniah Selangor.. papai!

Jom baca sini juga Rezeki Piala Malaysia



You Might Also Like

17 ulasan

  1. Alhamdulillah.. kalau kaksue dpt masa piaal malaysai hritu mesti kita jumpa lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..semoga allah buka rezeki seluasnya buat akak dan abang Man...

    ReplyDelete
  3. nice! Haven't been to the stadium before

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. rezeki kak sue..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..rezeki akk sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... Rezeki Kak Sue dan Abg Man. InsyaAllah apa yang dihajati pasti tertunai. Moga ada rezeki lebih lagi di lain hari buat Kak Sue dan Abg Man Java

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Murah rezeki kak sue dan suami.. Moga apa yg dihajati tercapai..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki kan kak sue. Semoga rezeki kak sue bertambah lagi selepas ni

    ReplyDelete
  9. Tahun ni tak dapat pergi perlawanan bola Piala Sultan Selangor nih, klu tak boleh singgah dekat Kak Sue nak jus kedondong he he he

    ReplyDelete
  10. Hari tu pun tunang pi stadium shah alam. Selangor menang kan

    ReplyDelete
  11. rezeki niaga agak mencurah-curah, semoga kaya raya tau

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah kak, Syioknya dpt niaga mcm ni kak

    ReplyDelete
  13. wahhh.. bestnya dapat niaga dan untung pulak tu.. mesti rasa happy giler kan

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah tumpang gembira baca entri kak sue ni 😊😍

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah :)
    rezeki kak sue.
    moga pasni ada peluang lagi ye.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.