Resepi Sup Tulang Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi Resepi Sup Tulang Mudah dan Sedap pula dengan korang kali nie. Kebetulan Raya Haji hari tu Abang Man bawa balik banyak daging korban dari kampung. Ada daging dan tulang juga, daging hari tu Kak Sue dah masak sambal dah. Jadi kali nie Kak Sue nak buat Sup Tulang pula lah. Sedap juga kan dapat hirup dan ratah sup dengan nasi panas. Nak sedap lagi tambah sambal kicap, memang bertambah lah makan.. hehehe.. 

Resepi Sup Tulang Mudah dan Sedap
Sup Tulang Mudah dan Sedap

Resepi Sup Tulang Mudah dan Sedap

Resepi Sup Tulang mudah dan sedap nie pertama kali Kak Sue cuba. Seingat Kak Sue macam tak pernah masak lagi sebab selalunya Abang Man yang masak kalau kat rumah nie. Cuma kali nie Kak Sue rasa teruja pula nak cuba masak guna pressure cooker Philips yang Kak Sue dapat hadiah hari tu. Ya lah asyik simpan aja kan, sayang lah tak guna kemudahakan yang ada. Boleh kira berapa kali aja Kak Sue guna tau, lain kali boleh lah cuba resepi yang lain pula..

Korang yang mana ada pressure cooker mesti dah tau kan betapa senangnya ada periuk ajaib nie kan. Kak Sue guna masa lebih kurang 45minit untuk lembut kan Sup Tulang Kak Sue nie. Siap bila makan tu daging boleh tarik dan tertanggal dari tulang. Pula tu sambil masak Sup Tulang tu Kak Sue siap boleh siapkan kerja lain lagi. Dengar bunyi bip kita tau masakan kita dah siap dah. Senang sangat kan. Okay, cukup lah Kak Sue membebel jom kita tengok resepinya pula jom..

Resepi Sup Tulang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :
Tulang dan daging - agak nak banyak mana
2 biji bawang besar - dikisar
6 biji bawang putih - dikisar
2 inci halia - diketuk
2 sup bunjut Adabi
2 biji tomato - di potong enam
Sedikit saderi - dipotong kecil
Sedikit cili padi
Sedikit garam

Cara-cara :
Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama halia yang diketuk
Masukkan juga sup bunjut Adabi
Kacau, biarkan naik bau dan sedikit kekuningan
Kemudian masukkan sedikit air dan tulang tadi 
Biarkan tulang dan daging tadi masak sehingga lembut
Perasakan dengan garam
Akhir sekali masukkan saderi, cili padi dan tomato
Sedia untuk dihidangkan

Post a Comment

15 Comments

  1. Aduhhh baca pulak entry kaksue malam2 mcm ni. tetiba teringinnn huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tengok menu Sup Kak Sue ni... Terliur pulak. LeYa pun dah lama tak masak sup... Hehe..

    ReplyDelete
  3. sup + nasi panas2 tu.. dia punya nikmat.. perghh

    Slaam jumaat sis =)

    ReplyDelete
  4. Baik untuk antibodi ni broth macam ni.. ;)

    ReplyDelete
  5. the soup looks so colourful and yummy

    ReplyDelete
  6. hoh cm tetahu jerk lea nk wat sup tulang.. leh cuba ni..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya..sabar la duhai hati...tengah dalam pantang ni...

    ReplyDelete
  8. sedapnya sup tulang. kalau saya pulak buat sup tulang mesti celur bihun sekali .Hahaha.. Boleh cuba resepi ni nanti sebab tak pernah lagi buat sup tulang guna minyak untuk tumis. Biasanya saya buat sup, blend dan campak je sekali dengan air dan tulang. masak je gitu sampai tulang lembut. Tabur daun sup daun bawang dan bawang goreng. gitu je.

    ReplyDelete
  9. Ni masa takde selera atau tak sihat, memang sedap dapat hirup kan kak.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya, zira memang suka Sup tulang... Kalau makan waktu hujan mesti tambah banyak kali segar makan time cuaca sejuk

    ReplyDelete
  11. Memang simple je nak masak sup tulang ni kan. Makan dgn nasi putih sedapnya

    ReplyDelete
  12. sedapnya ... boleh try ni.. halalkan ye kalau saya try resepi ni

    ReplyDelete
  13. Thanks for the recipe sharing, nampak sedap and senang nak masak guna magic pot kan.

    ReplyDelete
  14. Favorite Marsha sup tulang ni kak sue. Thanks sharing kak Marsha nak buatlah.

    ReplyDelete
  15. sedap nyer sup tulang.
    sederi tu, ohsem!
    cantik hijau nyer...
    aida pun kalau buat sup tulang skang, guna pc je.
    cepat. lembut. sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️