Kelebihan Surah Al Fatihah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Kelebihan Surah Al Fatihah  yang boleh kita amalkan sehari-hari. Sela...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Kelebihan Surah Al Fatihah yang boleh kita amalkan sehari-hari. Selain antara surah yang wajib kita baca dalam setiap solat kita, ada beberapa kelebihan surah Al Fatihah yang Kak Sue nak kongsikan kat bawah nie.. Jom baca..

Kelebihan Surah Al Fatihah
Kelebihan Surah Al Fatihah


Kelebihan Surah Al Fatihah

Rasanya semua orang dah hafal dan faham maksud surah Al Fatihah nie kan. Hari-hari kita baca dalam solat dan haruslah ada beberapa kelebihan surah Al Fatihah yang dapat kita amalkan dalam rutin harian kita. Antara yang boleh kita amalkan..

1. Baca surah Al Fatihah empat belas kali insyaAllah suami dan anak-anak akan ingat pada kita selalu

2. Baca surah Al Fatihah empat puluh satu kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian dapat melepaskan sakit dalaman

3. Baca Al Fatihah tujuh kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur kepada orang yang berpenyakit mental 

4. Baca Al Fatihah tiga kali, tiup dalam segelas air. Minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit untuk sakit yang keterlaluan

5. Baca Al Fatihah tujuh kali dan sapu ke ats kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6. Baca Al Fatihah tiga atau tujuh kali, gunakan ibu jari dan tekan pada langit-langit (mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Untuk luka berdarah, sengat lebah atau jari tersepit di pintu

Haa.. itulah antara kelebihan surah Al Fatihah yang dapat kita amalkan seharian atau dalam keadaan yang memerlukan. Baca dan berdoalah dengan ikhlas dan bersungguh semoga Allah memakbulkan permintaan kita hambaNya yang sentiasa memerlukan pertolongan. 

Akhir sekali, semoga perkongsian kecil Kak Sue nie beri manfaat kepada korang semua ya. Terima kasih juga Kak Sue ucapkan pada berkongsi di media sosial, lupa dah Kak Sue ambil kat mana hari tu. Tapi Kak Sue ada nampak pada gambar rupanya sumber sebenar dari blog Sarungsarungcinta.blogspot.com. Semoga pahala berpanjangan untuk beliau juga ya.. terima kasih berkongsi.. jumpa lagi di entri yang lain.. papai!

* Gambar sumber Google

Korang boleh juga baca yang lain di Sebab Kenapa Perlu Selalu Baca Quran di Rumah

You Might Also Like

7 ulasan

  1. nice sharing.. insyallah jom sama2 jadikan amalan..
    bukan sekadar baca time solat ja..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak Sue. Nice sharing. Yang no 2 tu Ruby pernah buat. Untuk anak. Anak alhamdulillah sihat dengan izinnya.

    Al fatihah untuk amalan harian :)

    Tq kak Sue

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak Sue perkongsian..mana boleh amal..kita sama-sama amalkan.

    ReplyDelete
  4. Surah yg penuh manfaat.
    Aida wajib baca kat kepala anak2 time kekecik.
    Bobok diorang, bila diorang dah mamai, aida bacakan kat ubun2.
    Moga terpelihara selamanya...

    ReplyDelete
  5. Inilah surah yang biasa dibaca dalam solat lima waktu. Boleh juga dibacakan berulangkali terhadap orang yang dirasuk syaitan.

    ReplyDelete
  6. Inilah surah yang biasa dibaca dalam solat lima waktu. Boleh juga dibacakan berulangkali terhadap orang yang dirasuk syaitan.

    ReplyDelete
  7. Tq kak atas perkongsian

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤