Deko Rumah Dengan Barang Ikea

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi idea Kak Sue Deko Rumah Dengan Barang Ikea pula dengan korang. Nak kata Kak Sue nie hebat sangat dalam bab yang satu nie tak lah juga, cuma Kak Sue suka nak berkongsi idea deko rumah dengan barang Ikea nie dengan korang yang sama minat dengan Kak Sue. Bila rumah cantik dan kemas, rasa seronok dan puashati sangat kan..
Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Deko Rumah Dengan Barang Ikea

Deko Rumah Dengan Barang Ikea

Sebenarnya kan, kita tak payah pun nak keluarkan modal yang besar dan mahal untuk jadikan rumah kita nampak cantik dan menarik. Banyak pilihan yang ada untuk kita deko rumah dengan barang Ikea nie, cuma kita nak kena pandai mix and match aja. Macam rumah Kak Sue sendiri, setakat nie barang Ikea yang paling mahal Kak Sue beli adalah katil bilik tidur Kakak, tak sampai beribu pun. Cuma bilik Kakak belum siap deko dan semua idea dari Kakak sendiri. Kebanyakan barang kat bilik Kakak pakai duit sendiri tau,, syabas Kakak, Ibu proud of you tau.. pandai simpan duit dan berjimat.. chewah!

Sejak Kak Sue pindah rumah baru nie, Kak Sue memang berangan nak deko rumah konsep ala Scandinavian macam yang Kak Sue selalu tengok dekat feed Instagram (IG). Banyak sebenarnya idea yang Kak Sue dapat dari IG nie tak kira lah dari dalam dan luar negara semuanya cantik dan menarik belaka. Kak Sue pula jenis memang suka deko yang simple tapi nampak menarik. Barang yang Kak Sue beli untuk deko rumah pun semuanya tak ada lah mahal sangat pun, rasanya masih dalam kemampuan kita semua..

Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Macam untuk ruang tamu Kak Sue nie, Kak Sue beli kabinet tv Ikea PS warna putih. Ada pilhan tiga warna tau putih, merah dan biru. Lepas tu sebelah kanan pula Kak Sue letak sheft Leberg Ikea juga warna putih. Yang nie ada pilihan warna putih dan kelabu. Cuma meja kopi tu Kak Sue dah tak ingat apa nama dia juga dari Ikea dan korang percaya tak semua barang nie tak sampai pun RM600.. jimat sangat kan..

Rasanya setakat nie siap dah deko bahagian ruang tamu, tak tau lah akan ada penambahan masa akan datang kan. Lepas dah siap dan puashati deko ruang tamu, Kak Sue beralih bahagian ruang makan pula. Pun dari Ikea juga tapi Kak Sue lupa nama meja dan kerusi tu sebab kadang lepas beli barang Kak Sue padam gambar dan nombor kod yang perlu kita cari sendiri bila kita shopping kat Ikea. Nanti Kak Sue update balik ya.. kalau pergi lagi. Pun masih pilih yang ringkas dan warna putih..

Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Bahagian dapur dan bilik kami lima beranak pula masihb belum siap deko sepenuhnya lagi. Nanti dah siap Kak Sue akan kongsikan lagi kat sini ya dengan korang. Cuma bahagian dinding dapur nampak macam kosong sangat, jadi Kak Sue beli buat letak pokok dan rasanya tak sampai kut RM5. Baru nampak ceria sikit dapur kan bila ada pokok menghijau. Kak Sue ada juga beli kabinet tinggi berpintu Brusali juga dari Ikea, warna pun putih juga lagi. Dah siap deko dah tapi nanti lah Kak Sue kongsi kat nie okay..

Sebenarnya bahagian dapur Kak Sue nie agak mencabar sikit nak dekonya. Sebab dapur Kak Sue kali nie jenis terbuka, kira dari ruang tamu memang boleh nampak terus ke dapur. Tu yang harus kena pastikan dapur sentiasa kemas dan bersih. Abang Man ada plan juga nak buat table top untuk pisahkan ruang dapur dan ruang makan nanti. Jadi tak ada lah nampak terus sangat ke dapur kan.. segan..
Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Kalau ikutkan sebenarnya kami masih ada banyak lagi plan nak deko rumah nie cumanya kena tunggu tabung penuh dulu lah. Ruang kerja Kak Sue, bilik stor bawah tangga, ruang menonton kat atas semua dok caca marba lagi. Kadang sakit juga mata nengoknya. Apa kan daya kewangan masih belum mengizinkan jadi kita bawa bersabar lah dulu ya.. hehehe..

Rasanya setakat nie dulu lah sembang deko Kak Sue kali nie. Nanti kita jumpa lagi sembang deko di entri yang lain ya. Masih kumpul-kumpul modal lagi nie, maklum lah pindah rumah nie makan banyak belanja kan, deko mana yang mampu dulu. Selamat mendeko dengan Ikea ya semua.. papai!

Korang boleh juga baca Projek Hijaukan Rumah

Post a Comment

14 Comments

  1. Cantikk rumah Akak, sejuk mata memandang..Suka Lin tengok..kemas dan tersusun je Kak...

    ReplyDelete
  2. Ringkas dan sejuk mata tengok kombinasi putih, pandai kak sue susun tau. Nak dtg beraya boleh kak sue haha

    ReplyDelete
  3. Nampak kemas dan terang rumah kak sue. Sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  4. Suka tengok akak hiaskan rumah guna barangan IKEA...nasib la IKEA tu jauh dari Seremban..kalau dekat dah macam- macam SA beli dah ni...cuma warna putih x sesuai kalau rumah SA kak..anak- anak buah kecik lagi semuanya...

    ReplyDelete
  5. I really love ikea home range too

    ReplyDelete
  6. Cantik Decoration umah Kak Sue. Kemas dan tersusun jer.

    ReplyDelete
  7. Cantik, kemas, rapi, terang, nampak luas, simple, rase tenang je... Terbaik kak 👍👍👍

    ReplyDelete
  8. I kalau masuk IKEA memang berjam jam duk kat situ, mesti ada jer barang yang saya nak beli.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya pandai kak sue deco rumah.. brg Ikea mmg sgt sesuai buat deco rumah kan

    ReplyDelete
  10. white.
    cerah.
    aman damai jer.
    aida byk juga guna brg ikea utk deko rumah.
    ni pun, lepas upsr, plan nak ke ikea lagi sekali.
    ada skit lagi perabot nak kena beli.

    ReplyDelete
  11. bestnyaaa.. itu adalah cecita kita jugak one day bila da ade rumah sendiri =D

    ReplyDelete
  12. Kita gang laa Kak Sue, hampir 80% perabot rumah LZ barang Ikea.

    ReplyDelete
  13. saya je pelik kak, xreti be;i brg ikea hehe..sb nk kena pasang2 tu, nak upah mcm jadi mahal pula huhu last beli kedai biasa je kak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️