Resepi Sup Ayam Achik

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Resepi Sup Ayam Achik yang dah jadi kegemaran Kak Sue dan Kakak. Sebenarnya resepi Sup Ayam Achik nie Kak Sue dapat dari adik Kak Sue Syuhaina Atikah yang kami panggil Achik. Rasanya setengah blogger kenal dah adik Kak Sue yang sorang nie salah seorang lifestyle blogger macam Kak Sue juga..

Resepi Sup Ayam Achik
Sup Ayam Achik

Resepi Sup Ayam Achik

Bercerita pasal resepi Sup Ayam Achik nie sebenarnya masa raya hari tu, Kak Sue tak berapa sihat. Kebetulan Achik masak Sup Ayam hari tu dan nampak lain pula kuah dia, macam pekat sikit dari biasa. Memula ingatkan masak kurma sekali tengok sup rupanya. Bila tak sihat dan tak ada selera nak makan Kak Sue cuba lah makan Sup Ayam Achik tu, sedap lah pula rasa dia korang. Sampai teringat-ingat bila balik rumah sendiri.

Kali nie kiranya kali kedua dah Kak Sue masak Sup Ayam Achik nie. Memang Kakak akan bertambah-tambah lah makan. Nak pula letak sayur sikit kan memang laju lah Kakak menambah. Cuma resepi Achik yang original rasanya lebih pekat kut dan cili padi tu Achik tak kisar cuma masukkan aja dalam periuk. Lepas tu Acik masukkan tomato juga, dapat kat Kak Sue memandai derhaka kat resepi Acik. Ampun ya adikku.. hahaha.. Jom lah kita tengok bahan dan cara nak masak ya..

Sup Ayam Achik

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dikisar
6 biji bawang putih - dikisar
10 biji cili padi - dikisar 
1 inci halia - diketuk
1 batang karrot - dipotong kecil
4 biji kentang - dipotong empat
2 sudu besar serbuk Sup Ayam Adabi
1 sup bunjut Adabi
Sedikit sayur - kalau suka
Sedikit daun sup dan bawang
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi dengan sup bunjut Adabi sehingga naik bau
Masukkan air dan biarkan mendidih
Masukkan kentang kemudian karrot  dan biarkan sedikit empuk
Kemudian masukkan ayam dan serbuk sup ayam Adabi tadi
Kacau sebati dan boleh lah perasakan dengan garam
Akhir sekali masukkan sayur dan tutup api
Sebelum dihidangkan boleh lah tabur daun sup dan bawang







18 comments

  1. Selalu buat sup ayam kampung

    ReplyDelete
  2. baru jap tadi aida singgah blog achik :)

    ReplyDelete
  3. Wah..kalau sup ni..macam mana pun PC tetap suka kuahnya.

    ReplyDelete
  4. Salam singgah. erm sedapnya sup makan dengan nasi panas-panas

    ReplyDelete
  5. This soup looks so nourishing. Yum

    ReplyDelete
  6. Masa demam memang sesuai hirup sup kak. Lega sikit rasa badan tu kan. Ana pun suka sup masa rasa tak sihat.

    ReplyDelete
  7. sedap tu kak.. letak halia keluar angin satu badan kan

    ReplyDelete
  8. Untung ada adik pandai masak.Bila tak sihat ada orang boleh take over dapur.heheh..

    ReplyDelete
  9. baca sup bunjut teringat ceta nur.. aahahha

    ReplyDelete
  10. Sup ayam sedapnye..klu time demam2 hirup sup ayam rasa segar

    ReplyDelete
  11. Bahan simple je tapi sure terangkat ni kak sue...nak rasa masakan kak sue lahh

    ReplyDelete
  12. Tak pernh guna serbuk sup ayam.. Boleh cuba cati nnti.. Sellau guna kiub atau sup bunjut

    ReplyDelete
  13. Nanti nak try la. Sebab sup pun favourite kami anak beranak kat rumah ni.

    ReplyDelete
  14. Lama dh x buat sup.. tgk sup kak sue ni mengundang selera jerk..

    ReplyDelete
  15. Wah.. nampak sedap sup nya.. harraz pun suka sup.. kalau nampak sup.. di hirupnya.. huhu

    ReplyDelete
  16. sup ayam febret sepanjang zaman 👍👍👍

    ReplyDelete
  17. I like chicken soup and its very easy to cook using multipurpose pot

    ReplyDelete
  18. Kalau tak sihat memang suplah yang mampu membuka selera..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤