Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Assalamualaikum, hai semua. Rasanya belum terlambat Kak Sue nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada korang semua.. maaf zahir dan batin ya. Tahun nie sambutan Raya Kak Sue memang hambar aja rasa.. raya pertama kali tanpa Mak. Raya pun rasa macam tak raya ja, cuma Kak Sue tetap kuatkan hati demi keluarga dan adik beradik Kak Sue. Memang lain sangat Hari Raya Aidilfitri tahun nie..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Dari kami sekeluarga

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tahun nie giliran beraya kampung Abang Man tapi macam biasa lah balik Batu Kurau dulu berbuka dua hari dengan adik beradik Kak Sue. Macam tu lah rutin kami sekeluarga setiap tahun, dua belah keluarga dapat merasa berbuka dengan keluarga kecil Kak Sue. Walaupun setiap tahun giliran beraya bertukar, tapi rutin berbuka puasa dengan keluarga tu memang kami akan penuhi..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Selamat Hari Raya Aidilfitri - dari kami
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Buah Hati Ibu

Memula Kak Sue rasa tak sanggup nak tinggalkan adik beradik beraya tanpa Kak Sue sekeluarga, tapi bila adik-adik bagi kata semangat Kak Sue akur dengan giliran macam biasa. Ya lah pertama kali Mak tak ada kan, memang pilu dan sebak ja nak tinggalkan adik beradik hadap malam dan pagi raya. Ditambahkan lagi tahun nie pun macam tahun lepas Kak Sue tak berapa sihat rasa lebih selesa kalau dapat beraya dengan adik beradik Kak Sue..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Kesayangan Ibu
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Selamat Hari Raya Aidilfitri -  Ibu, Abang dan Adik
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Ibu dan Kakak
Pagi Raya macam biasa lah berkumpul dan bersalaman macam biasa. Cuma tahun nie sebak dan pilu hati nie Allah saja yang tau. Masa nak bersalaman dengan mertua Kak Sue, terus sebak teringat Mak sendiri sampai tak terkeluar kata-kata. Sama juga masa bersalaman dengan Abang Man dan anak-anak.. memang sebak lain macam. Dah selesai aktiviti bersalaman kami terus sambung aktiviti bergambar sebagai kenang kenagan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Kami dan Mbah
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Keluarga Haji Nasir
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Free Style
Biasanya kat rumah mertua Kak Sue memang tak henti-henti orang datang. Memang kat dapur ja lah bantu Kak Jam apa yang patut. Walaupun letih tapi seronok bila sama-sama dan saling tolong menolong.. meriah jadinya. Semoga ada rezeki dan umur panjang kita bertemu lagi raya tahun depan. Apapun Al Fatihah untuk bidadariku Mak Tersayang..  Selamat Hari Raya semua.. papai!




Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 Reviewed by Kak Sue on June 14, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. Salam Aidilfitri Kak Sue..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya kak sue.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kak

    ReplyDelete
  4. Comel dan cantik semuanya...
    Selamat hari raya Kak, maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  5. What a happy Raya celebration! Meriahnya

    ReplyDelete
  6. seronok kak ramai tetamu dtg ziarah.. kami pun gitu jugak.. mak abah dah jadi antara yg paling tua..

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Kak Sue sekeluarga..Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya kak sue.

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya! meriahnyaaa

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya Kak Sue sekeluarga

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya, cantik & berseri seri nyer baju raya you.

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya Kak Sue. Nice tema kak sue tahun ni

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya Aidilfitri

    ReplyDelete
  14. Selamat hari raya kak sue. Semoga raya tahun ni walau ada yang kurang namun moga lebih bererti dan menghargai.

    ReplyDelete
  15. Selamat hari raya, zira tak sempat nak buat entry raya mcm tak semangat je raya tahun ni.

    ReplyDelete
  16. wah ramai ye yg datang.. meriah tu kak

    ReplyDelete
  17. Meriahnya dapat ambil gambar ramai2 macam ni..

    ReplyDelete
  18. Selamat hari raya Kak Sue

    ReplyDelete
  19. alahai.
    sudah abis raya, baru baca entri kak sue ni :)
    x dpt nak wish selamat hari raya...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Powered by Blogger.