Projek Taman Mini Kami

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Projek Taman Mini lagi dengan korang. Sebenarnya asyik terhenti ja Projek Taman Mini Kami nie, sebelum nie baru nak naik semangat dah masuk bulan Ramadhan pula. Biasa lah kalau bulan Ramadhan Kak Sue memang sibuk dengan urusan lain memang tak sempat nak deko-deko dah lah,  setakat jirus pokok-pokok dan baja aja lah sesekali..

Projek Taman Mini Kami
Projek Taman Mini Kami

Projek Taman Mini Kami

Baru-baru nie bila dah habis cuti raya dan balik dari kampung, Kak Sue tengok ada beberapa pokok bunga macam nak mati, kering dah semua daun. Sedih betul.. nasib Abang Man rajin siram dan ubah pokok tu terlindung sikit bagi redup. Nie dah mula naik daun balik dan dah mula menghijau. Tu yang Kak Sue terus nak sambung Projek Taman Mini Kami nie, nak deko dan susun balik semua..

Sebenarnya Kak Sue plan nak buat tempat lepak kat luar rumah Kak Sue dan tepinya tu buat macam Taman Mini. Sambil lepak bersembang atau minum boleh hirup udara segar dan semulajadi kan. Idea nie Kak Sue tengok dari Ikea sebenarnya. Lepas tu ada beberapa pokok Kak Sue plan nak letak juga dalam rumah. Dalam rumah pun haruslah nak udara segar juga kan. Jadi Kak Sue dah pilih pokok mana dan dah tanam dalam pasu yang khas untuk dalam rumah..

Projek Taman Mini Kami
Projek Taman Mini Kami - Idea dari Ikea

Terima kasih juga Kak Sue nak ucapkan pada kawan blogger Kak Sue yang satu nie baik sangat, Ana Jingga yang hadiah pokok bunga untuk Kak Sue hari tu. Memula Kak Sue yang telefon Ana nak mintak benih pokok Lidah Mertua, sekali bila pergi rumah Ana dah macam-macam pokok pula Ana bagi, siap hadiahkan lagi satu pokok nie siap pasu sekali lagi. Allahu.. semoga Ana sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki ya.. aamiin ya rabb..

Nanti kalau dah betul-betul siap Taman Mini Kami nie Kak Sue akan  kongsi dengan korang ya. Asyik lah tertangguh dari mula duduk rumah baru nie sampai lah dah berapa bulan dah nie masih tak siap-siap lagi. Kadang nak dah nak mula menanam tak ada pasu pula, bila ada pasu tak cukup tanah pula. Nie InsyaAllah, Kak Sue ingat nak siapkan juga Taman Mini Kami siap dengan tempat lepak sekali.. tunggu tau.. papai!

Korang juga boleh baca sini Cerita Taman Mini Kami Lagi

Post a Comment

18 Comments

  1. Mudah2an hidup subur tanaman2 hiasannya.

    ReplyDelete
  2. Seronok bab tanam-menanam ni, terapi minda..

    ReplyDelete
  3. Cepat2 buat meja kopi dekat luar tu. Kami nk datang lepak sesama lagi.hehe.

    ReplyDelete
  4. that's such a lovely garden. so relaxing

    ReplyDelete
  5. this looks like such a lovely garden

    ReplyDelete
  6. Mendekorasi taman mini ya Kak Sue..bestnya.Satu terapi sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. Cepat buat kak. Seronoknya ada taman mini cmni. Fresh je mata memandang, udara pun segar je. Cepat buat tau kak.

    ReplyDelete
  8. cantik taman tu,.nad pun nak buat macam tu juga..hehee..tengah cari pokok apa yang sesuai ni..

    ReplyDelete
  9. Cantik kak sue..el pun suka ada taman mini..mcm2 kan boleh deko nti

    ReplyDelete
  10. Rajinnya kak sue. Cantik taman mini kak sue buat

    ReplyDelete
  11. wah seronoknya dapat pokok2 tambahan.. seronok kan bercucuk tanam ni boleh bakar lemak

    ReplyDelete
  12. wah teringin juga!! btw cantik taman mininyaaa!!suka!!

    ReplyDelete
  13. cantiknya ..rajin kak sue ni.. mudah-mudahan tanaman mudah subur..

    ReplyDelete
  14. menarik.
    aida akan folo rapat ni, kak sue.
    kebetulan, aida sedang dlm usaha jaya kan taman mini sendiri juga :)
    boleh la cedok idea ye.

    ReplyDelete
  15. This is so fun, i want to do it for my mini garden too

    ReplyDelete
  16. Suka tengok rumah yang ada dekorasi taman mini nie.. sejuk je mata..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️