Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie tahun pertama kami adik beradik sambut Hari Raya Tanpa Mak. Memang macam-macam perasaan akan datang bercampur baur. Kebetulan tahun nie giliran raya sebelah keluarga Abang Man, terpaksa Kak Sue timggalkan adik beradik sambut hari Raya tanpa Mak dan tanpa Kak Sue sekeluarga. Rasa sebak, hiba, pilu hati Kak Sue nie..

Hari Raya Tanpa Mak
Hari Raya Tanpa Mak

Hari Raya Tanpa Mak

Hari Raya tanpa Mak untuk pertama kali nie memang tak dapat nak gambar perasaan kita dengan kata-kata. Walaupun ada senyuman tapi dihati rasa sedih tetap ada. Tambah bila tiba malam Raya dengar takbir Raya, Allahu.. hiba hati nie Allah saja yang tau. Tapi terpaksa lah berlagak macam tak ada apa walaupun dah bergenang airmata masa tu. Selalunya petang atau malam Raya Mak lah paling sibuk sediakan Ketupat Palas, Sambal Daging dan Rendang Ayam.. terbayang-bayang Mak tengah masak kat dapur..

Hari Raya Tanpa Mak
Hari Raya Tanpa Mak - Bergambar kenangan
Hari Raya Tanpa Mak
Hari Raya Tanpa Mak - Gambar Raya Pertama
Raya pertama dan kedua tahun nie Kak Sue beraya di kampung Abang Man dulu. Raya kedua tu petang baru dapat balik sebab ramai tetamu yang datang tak sampai hati pula nak tinggal Mak dan Kakak Jam melayan tetamu tak putus-putus. Biasanya rumah Mak mertua Kak Sue memang meriah dengan tetamu. Kadang dari pagi sampai malam pun masih ada tetamu datang, jauh dan dekat. Walaupun letih tapi seronok dengan suasana raya tu tau, terasa kemeriahannya..

Hari Raya Tanpa Mak
Hari Raya Tanpa Mak - Bergambar Kenangan dengan mertua
Hari Raya Tanpa Mak
Hari Raya Tanpa Mak - Bergambar Raya Keluarga Haji Nasir
Raya ketiga sampai keenam Kak Sue beraya kat Batu Kurau. Raya kami tak meriah sangat tahun nie tapi masih kekalkan tradisi ziarah saudara mara terdekat. Kebanyakan masa kami semua lepak-lepak kat rumah dan masak memasak ja ramai-ramai. Masing-masing pujuk hati kan. Lepas tu kami plan nak ambik gambar keluarga untuk kenangan, tapi tak menjadi lah pulak sebab macam-macam perkara yang jadi luar kawalan kami semua. Jadi yang mana ada aja lah ambik gambar untuk tahun nie..

Hari Raya Tanpa Mak
Hari Raya Tanpa Mak - Gambar Bersama Ateh Family
Hari Raya Tanpa Mak
Hari Raya Tanpa Mak - Bergambar dengan Ateh Family
Raya ke empat tu Abang Man dah plan bulan puasa nak buat bbq, kata Abang nak buat meriah dan nak semua adik beradik berkumpul.. cuma Alang dan family aja tak datang kali nie. Baru meriah sikit sebab ada sepupu, sedara dan kawan-kawan yang datang. Boleh lah sembang-sembang kan, buat hilang sunyi. Jangan tak tau walau ada ramai kat rumah tu rasa sunyi yang satu nie tetap ada sebab Mak kita dah tak ada. Rasa kosong dan sunyi yang satu  nie takan pernah hilang. Yang pernah merasa sahaja akan faham perasaan yang satu nie..

Hari Raya Tanpa Mak
Hari Raya Tanpa Mak - Malam BBQ Abang Lan dan Abang Man
Hari Raya Tanpa Mak
Hari Raya Tanpa Mak - Malam BBQ
Apapun semoga hari Raya tahun depan lebih baik, dapat tabahkan lagihati keluarga Kak Sue semua dan lebih redha seikhlasnya. Hilang Mak nie memang perit sangat hati kita tak tergambar dengan kata-kata. Umur panjang dan ada rezeki tahun depan giliran beraya rumah Mak Kak Sue pula. Ada juga lah kami buat plan dan sembang kosong apa nak buat tahun depan. Harap semuanya berlajalan lancar lah kan. Akhir kata Kak Sue mohon doakan untuk Mak Kak Sue semoga diampunkan semua dosa dan ditempatkan bersama orang yang diredhai Allah.. aamiin ya rabb.. Terima kasih semua.. papai!

Hari Raya Tanpa Mak
Hari Raya Tanpa Mak