A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

Assalamualaikum, hai semua. Teruja dan seronok betul Kak Sue bila dapat kejutan dari A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea Korea sebelum ...

Assalamualaikum, hai semua. Teruja dan seronok betul Kak Sue bila dapat kejutan dari A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea Korea sebelum raya hari tu. Tambah teruja lagi produk dan kotak A'Bloom koleksi terbaru dari Althea nie menarik dan comel sangat. Siap ikut tema Hari Raya lagi tau, suka sangat..

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea
A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

Masa memula dapat kotak A'Bloom koleksi terbaru dari Althea nie kan dah tak sabar nak tengok apa yang ada kat dalam. Tambah lagi dengan kotak tema Hari Raya tertanya apa produk yang boleh Kak Sue guna untuk sambutan Raya nanti. Maklum lah Raya kan, haruslah nak cantik dan berseri. Sebenarnya Kakak anak dara Kak Sue yang paling teruja. Tak sabar-sabar nak buka nak tengok apa ada kat dalam kotak tu..

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea
A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea
Bila dah tengok apa ada dalam kotak tu kemahin seronok lah kami anak beranak sebab memang kami teringin nak produk yang ada dalam set A'Bloom nie. Dah lah comel pula tu bila tengok pilihan mask dengan buah-buahan, merigue puff yang rasa macam nak makan tu dan BHA Blackhead Blaster yang memang kami perlukan sangat. Memang cukup complete dah untuk cantik masa Raya..

Kakak kalau bab cantik-cantik nie memang suka dan minat. Jadi Kakak memang tau lah sikit macam mana nak guna semua barang tu. Sekarang nie Kak Sue nie kongsi dengan korang macam mana nak guna semua barang nie ya.. jommm..

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea
A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

A'Bloom Merigue Puff - Giant (RM8/pc) dan Baby (RM11/pcs)

Dalam beberapa pilihan yang ada dalam kotak A'Bloom Alhtea nie Kak Sue dan Kakak paling suka dan tertarik sangat dengan merigue puff nie, comel gila kut. Ada dua pilhan size giant dan baby puff. Yang Giant Merigue Puff nie korang boleh guna untuk ratakan foundation dan concelar. Yang Baby Merigue Puff pula korang boleh guna kat kawasan mata, hidung dan kawasan yang susah nak guna bila korang gunakan giant puff atau span.

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea
A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

Korang juga boleh gunakan merigue puff nie secara kering atau dibasahkan. Dan kalau korang rendam dalam air boleh membesar 1.5 kali ganda tau. A'Bloom Althea Merigue Puff nie bukan diperbuat dari span biasa, tapi dari material high density latex free foam tau. Sebab tu lembut, kenyal dan tak mudah koyak. Best sangat kan..

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea
A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

A'Bloom Fruits Mask (RM2/1pcs)
Kalau korang jenis yang suka face mask yang dibuat dari estrak dan berbau buah-buahan, korang harus cuba A'Bloom Fruits Mask nie tau. Selain bau wangi, face mask nie sesuai untuk semua jenis kulit. Kebaikan lain yang ada pada face mask nie mempunyai kesan penyejukkan dan penyerapan dengan baik ke dalam kulit untuk kekal lembap sehingga keesokkannya. Yang lebih menariknya, siri whitening face mask nie boleh beri kesan kecerahan dengan cepat tau. Haa.. best sangat kan..

Untuk koleksi A'Bloom Athea Fruits Mask kali nie ada empat jenis pilhan buah-buahan yang menarik dan seronok untuk korang cuba..

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea
A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

Watermelon Moist Mask
Mengandungi estrak tembikai dan ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan kelembapan pada kulit. Estrak lavender juga membantu menenangkan kulit sensetif. Juga mengandungi asid amonoik semulajadi (Citrulin & Betain) yang membentuk membran pelembap pada kulit, menjadikan kulit kekal lembap dan lembut

Peach Ac Control Mask
Mengandungi estrak pokok teh yang membantu membersih dan mengawal masalah liang roma di muka. Kaya dengan kelembapan dan vitamin A retinol yang membantu mengawal minyak dan air pada kulit. Selain tu retinol juga membantu normalkan kitaran kulit dan singkirkan sel kulit mati untuk kulit lebih licin dan terhidrat

Avacado Nourishing Mask
Mengandungi estrak avacado dan ekstrak bunga matahari yang kaya dengan Antocyanin antioksidan yang mencegah penuaan. Selain dari tu antioksidan yang kuat dengan tocopherol vitamin E menjadikan kulit cerah berseri dan anjal.

Lemon Lime Whitening Mask
Mengandungi estrak teh hijau yang kaya dengan vitamin C untuk bantu mengawal pengeluaran melanin. Menjadikan kulit lebih cerah dan kaya dengan vitamin C untuk membaiki dan melindungi kulit dari sinar UV

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea
A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

Cara guna Mask A'Bloom Althea

1. Basuh muka korang bersih-bersih dulu lepas pakai toner

2. Buka pek dan pakai mask di muka selama 10 hingga 20 minit

3. Tanggalkan mask dan sapu lebihan esen pada kulit muka sehingga meresap sepenuhnya

Kak Sue suka sangat dengan mask A'Bloom Althea nie rasa kulit segar dan lembut ja lepas pakai. Pula tu face mask nie dibuat dari ekstrak buah-buhan kan memang sedap bau dia. Nak pakai pun senang dan kalau dah pakai lama pun masih terasa kulit kita lembab. Harus kena top up stok lagi nie.. hehehe..

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea
A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

A'Bloom BHA Blackhead Blaster (RM16)
Bagi korang yang masih tercari-cari macam mana nak hilangkan blackhead, whiteheat atau kulit mati korang boleh cuba BHA Blackhead Blaster nie. Yang lagi menariknya bentuk stick macam lipstik tu kan, korang pusing ja dan terus boleh pakai. Dengan size kecil korang boleh ja letak dalam hand bag dan bawak ke mana-mana aja. Senang sangat kan..

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea
A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

BHA Blackhead Blastet nie mengandungi bahan semulajadi seperti arang, apricot seeds, tea tree leaf oil dan BHA semulajadi. BHA Blackhead Blaster juga membantu dengan lembut bersihkan pori muka sehingga hingga ke akar. Boleh digunkan setiap hari sebab bersifat lembut dan tak cederakan kulit.

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea
A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

Cara Guna A'Bloom BHA Blackhead Blaster

Korang hanya perlu basahkan muka dengan air suam. Kemudian keringkan muka dengan tuala dan barulah sapukan stick nie seluruh muka dan hidung. Korang boleh juga urut muka untuk beberapa saat lepas tu boleh lah bilas sampai bersih. Rasa kulit muka kita bersih dan segar..

Okay lah tu aja Kak Sue nak kongsi dengan korang pasal brand kesayangan Kak Sue nie. Kalau korang berminat juga nak set A'Bloom Althea macam.Kak Sue nie macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie okay..

Althea Korea

Website - my althea.kr

Facebook - AltheaMalaysia

Instagram - @AltheaKorea













You Might Also Like

17 ulasan

  1. arghhhhhhhh comelnyeeeeee

    ReplyDelete
  2. Best pakai produk dari Althea ni. Comel-comel pulak tu. Japgi Qiss shopping pulak.hee

    ReplyDelete
  3. Bonde dah cuba semua nya A'Bloom group ni semua manarik, mask tembikai tu paling suka sejuk je muka

    ReplyDelete
  4. Saya pun guna ni. Memang best

    ReplyDelete
  5. Comelllll sangat kan produk ABloom ni kak. Harga pun mur mur je semua. Berbaloi beli.

    ReplyDelete
  6. Mmg best kak. Abes dah mask saya hehe

    ReplyDelete
  7. Produk Althea memang best kan.. comel2 lak tuu. btw gambar2 semua cantik lah

    ReplyDelete
  8. Cantiknya kulit akk.. Set2 ni pun zaza mmg pakai.. Mask tu dh beli borong.. Syok sgt guna

    ReplyDelete
  9. PC belum pernah lagi mencuba produk Althes ni kak Sue..cuma rajin jugalah ke laman webnya..tapi Althea ni progresif..sentiasa mengeluarkan produk baru.

    ReplyDelete
  10. Best kan kak sue. Sy siap repeat order mask lenon dengan peach. Nanti nak belu watermelon dengan avocado pulak

    ReplyDelete
  11. Cikza dah try memang syok and best

    ReplyDelete
  12. Suka sangat dengan althea nie satu produk dia best, kedua kiut sangat..

    ReplyDelete
  13. sies, rasa nak kumpul all collection althea. dan a'bloom antara #musthave . semua dalam tu best

    ReplyDelete
  14. wah.
    byk kali dah baca review ni.
    paling aida berkenan = puff.
    comel!!! geram :)

    ReplyDelete
  15. Barang2 dari Althea A'Bloom semua best2

    ReplyDelete
  16. Meriah betul produk dalam satu kotak tu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.