Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita menarik dan mungkin dapat beri semangat pada kita semua. Kisah  Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya memang menarik untuk kita baca dan selami. Biasanya kita nie memang banyak alasan kan, macam-macam peluang ada tinggal usaha sikit aja pun tak nak. Harap bila kita ikuti kisah Pengasah JamuMall.Com buktikan OKU pun boleh berjaya nie membuka mata kita semua supaya terus berusaha untuk hidup yang lebih baik dan lebih berjaya..

Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya
Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Kisah Pengasas JamuMall. Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Kisah pengasas JamuMall.Com buktikan OKU pun boleh berjaya memang buat kita sangat terkesan dengan perkongsian di fecebook beliau. Dalam usia 30 tahun, dalam keadaan tak sempurna beliau tetap bersyukur dengan kehidupan yang dutetapkan olehNya. Beliau berjaya membina satu syarikat JamuMall Sdn Bhd dan membina platform jualan JamuMall..

Dengan apa yang ada sekarang, beliau mampu beli apa yang teringin di hati, mampu makan dan hidup mewah. Mampu nak travel keluar negara seperti ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara lain dah beliau pergi. Dan yang paling buat beliau seronok ialah dapat sediakan rumah mewah dan dapat menjaga segala keperluan keluarga. Tak lupa juga dengan kejayaan yang ada sekarang beliau tak lupa untuk bersedekah setiap hari.. hebat betul seorang yang bernama Nizam nie kan..

Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya
Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Kata Nizam lagi, niat beliau bercerita semua nie bukan lah ada niat nak menunjuk atau riak tapi beliau tau ramai sebenarnya kat luar sana nak jadi macam beliau. Nak berjaya, nak mewah, nak bahagiakan keluarga macam mana Nizam buat sekarang. Tapi.. adakah kita semua sekuat dan setabah Nizam?

Menurut Nizam lagi, kehidupan Niz dulu tak macam nie pun korang. Bayangkan lah seandainya kita tak sempurna macam Nizam.. makan nak kena suap, mandi nak kena ada yang urus, duduk nak kena diangkat dan tidur nak kena dijaga.. bukan satu benda yang mudah untuk Nizam teruskan hidup seharian.

Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya
Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Kehidupan yang Nizam lalui nie bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun-tahun korang. Banyangkan lah kalau kita yang lalui semua tu, adakah kita sekuat Nizam? Sampai ada ketika Nizam rasa sangat terkesan bila ada masa rasa dahaga, lapar, penat.. tapi tak ada orang disisi untuk beliau. Sampai Nizam terfikir takan lah nak mengharapkan semua nie sehingga akhir hayat? Beliau terpikir dan bercakap sendiri.. Allah beri beliau nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal.. pasti ada sesuatu manfaat yang boleh beliau buat dan usaha..

Nizam cuba renung dan imbas kehidupan ramai orang lain diluar sana.. kalaulah beliau diberi tubuh fizikal sempurna.. boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan beliau gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain. Allahu.. bagus sangatkan niat hati beliau.. Nizam tengok ramai yang malas nak ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja dan ramai yang cepat putus asa bila ada cabaran..

Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya
Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Ramai cuba memilih untuk kerja senang, tak nak susah, lebih memilih hidup susah tanpa usaha dengan lebih gigih. Sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan pada Nizam ialah nak bagi duit atau bantu Mak, Ayah, keluarga dan orang sekeliling pun susah. Itu yang terdetik di hati Nizam untuk bantu mereka nie..

Disebabkan semua tu lah Nizam bangkit penuh semangat. Beliau cuba buktikan pada masyarakat kehidupan yang baik adalah sentiasa bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah tentukan dan jangan sia-siakan. Nizam bangkit untuk beri manfaat pada orang lain dan nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal beliau dapat memberi dan melihat kegembiraan dan senyuman orang-orang disekeliling beliau..

Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya
Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Sekarang nie Nizam sedar.. untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan mahupun bisnes bukan satu perkara mudah. Tapi dengan keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar, memperbaki diri dan juga berkomitmen tinggi membawa hidup Nizam ke tahap sekarang nie..

Selain dari tu semua harga yang ada dalam diri beliau akan beliau bawakan dalam semua team dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan barjaya! Hebat dan penuh semangat kan seorang Nizam nie.. Jom kita layan video kat bawah nie ya..


Akhir kata.. kalau Nizam ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagian orang sekeliling.. kita semua ada berapa jari untuk ubah kehidupan? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kita ja mampu ubah diri kita kan. Semoga cerita Nizam 3 Jari nie beri manfaat dan inspirasi untuk kita semua ya..

Post a Comment

10 Comments

  1. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    ReplyDelete
  2. Hebat walau bukan normal macam org biasa tp dia boleh berjaya..

    ReplyDelete
  3. Kagum dengan kejayaan yg diperolehi. Menjadi inspirasi pada mereka di luar sana.

    ReplyDelete
  4. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  5. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  6. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  7. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  8. Allahu.Sangat menginspirasi.

    ReplyDelete
  9. Semangat beliau yang menjadikan siapa beliau hari ini

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Inspirasi yang bagus..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️