Susu Dutch Lady + Protein Terbaru

Assalamualaikum, hai korang. Kak Sue nak kongsi dengan korang Susu Dutch Lady + Protein Terbaru yang dah ada di pasaran sekarang nie. Macam yang korang tau susu Dutch Lady nie ada beberapa pilihan kan sebelum nie dan sekarang ada susu Dutch Lady + Protein terbaru pula untuk korang yang suka dan peminat susu. Sedap juga tau rasa susu nie dan lain dari susu sebelum nie..

Susu Dutch Lady +Protein Terbaru
Susu Dutch Lady +Protein Terbaru

Susu Dutch Lady + Protein Terbaru

Biasanya kat rumah Kak Sue memang akan ada stok makanan dan minuman untuk kami sekeluarga. Antaranya susu Dutch Lady nie lah. Tambah sekarang nie dah ada susu Dutch Lady + Protein terbaru pula memang harus ada dalam senarai nanti nie..

Sekarang nie, kebanyakan keluarga di bandar dengan gaya hidup yang sangat lah  sibuk memang susah nak ada masa untuk sediakan sarapan yang bernutrisi pada waktu pagi kan. Sekarang nie tak payah risau dah korang dengan adanya susu Dutch Lady + Protein baru  yang penuh dengan nutrisi dapat berikan keluarga kita permulaan pagi yang kuat dan sihat dengan protein berkualiti tinggi dan kandunhan kalsium yang tinggi..

Susu Dutch Lady +Protein Terbaru
Susu Dutch Lady +Protein Terbaru

Untuk info bagi korang yang belum tau, protein adalah asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilakn rambut, kulit, mata, otot dan organ kita. Nutrien pula bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat yang kita perlukan untuk setiap aktiviti rutin dalam kehidupan seharian kita. Sebab tu lah pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada di sekolah atau di tempat kerja.

"Minum Dutch Lady +Protein pada waktu pagi merupakan cara yang mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi untuk sepanjang hari. Yang paling penting, ia kaya dengan protein berkualaiti tinggi, berkalsium tinggi, dan penuh dengan nutrien penting untuk membantu membina otot dan tulang yang kuat" kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Ramjeet Kaur Virik.

Susu Dutch Lady +Protein Terbaru
Susu Dutch Lady +Protein Terbaru

Kata Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition - The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam pula bukan semua protein tu sama. Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, terdapat sesetengah protein mempunyai profil asid amino yang lebih lengkap berbanding yang lain, menjadikannya lebih berniai untuk diet kita.

Kata Indra lagi, sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan. Tapi kan makanan macam tu perlukan masa untuk diseciakan atau dimakan pada waktu pagi yang sibuk dan kalau daging dan ikan yang terlebih masak boleh rosakkan nutrien penting tau sekaligus menghalang penyerapan nutrien untuk badan kita.

Susu Dutch Lady +Protein Terbaru
Susu Dutch Lady +Protein Terbaru

Oleh sebab itu, kita sekeluarga kena tingkatkan pengambilan protein dan kalsium masa sarapan untuk otot dan tulang yang kuat dengan Susu Dutch Lady +Protein mulai hari ini untuk permulaan hari yang lebih kuat! Korang boleh dapatkan susu Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L nie di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih seluruh negara. Jom sihat dan kuat dengan Susu Dutch Lady +Protein jom..

Untuk lebih detail korang boleh singgah kat sini ya..

Facebook - Dutch Lady Malaysia
Website - www.dutchlady.com

6 comments

  1. Sedap. Suka minum .Kadang PC minum susu ni kawankan dengan kurma kak Sue .Biasa bulan puasa kerap beli untuk sahur dan berbuka puasa.

    ReplyDelete
  2. wow ada yang baru ye boleh try la

    ReplyDelete
  3. Habis dah sekotak air susu ni aa share dengan syafi. Kurang lemak tp masih sedap kak.

    ReplyDelete
  4. Sedap yg kali ni, lemak berkrim ada sedikit manis berlemak

    ReplyDelete
  5. Tak berjaya lagi nak cuba susu ini..

    ReplyDelete
  6. Belum tey lagi minum susu dutch lady baru ni .syaa nak try minum confirm tak boleh kak sue .alergik sungguh susu putih .kalao coklat ke strawberi ok lagi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤