Resepi Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi resepi kat sini dah kan. Kadang tu asyik masak menu yang sama tu yang tak ada menu baru nak kongsi dengan korang tu. Jadi hari nie Kak Sue akan kongsi satu resepi yang mudah dan cepat untuk korang Resepi Ayam Goreng Kunyit. Tambah tak lama lagi nak puasa dah kan, resepi Ayam Goreng Kunyit antara menu paling cepat nak sediakan. Maklum lah ada ibu-ibu yang bekerja kan terkejar-terkejar balik tu nak masak.. jadi ada resepi mudah macam nie lega lah sikit kan..

Resepi Ayam Goreng Kunyit
Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Sebenarnya Kak Sue ternampak blogger Diya Nadia yang masak-masak kat IG beliau hari tu. Nampak sedap dan senang sangat nak masak, terus Kak Sue pun cuba. Bahan untuk resepi Ayam Goreng Kunyit nie mudah sangat korang tak payah susah nak cari. Korang boleh ja nak tukar bahan lain macam udang ka, sotong ka pun boleh. Kita yang buat dia kan.

Macam keluarga Kak Sue suka makan pedas jadi Kak Sue guna cili padi dalam resepi Kak Sue. Korang yang tak makan pedas boleh je letak cili besar atau tak letak pun tak apa. Sayur pun boleh ja nak tukar sayur apa. Ikut selera masing-masing kan. Jom lah kita tengok cara masak dan bahannya ya..

Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan :
2 ketul dada ayam - dipotong kecil
1 pokok sayur brokoli - dipotong pendek
1 biji lobak merah - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji bawang putih - dihiris nipis
10 biji cili padi - dihiris nipis
1 kiub ayam
Sedikit kunyit
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara-cara :
Gaul ayam yang dipotong kecil tadi dengan kunyit dan garam
Kemudian panaskan minyak dan goreng hingga masak kekuningan
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi tadi
Kemudian boleh lah masukkan lobak merah dan goreng hingga empuk
Masukkan pula sayur brokoli tadi, gaul sebati
Akhir sekali masukkan kiub ayam dan lada sulah, gaul sebati
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Korang boleh juga cuba Resepi Sotong Goreng Kunyit Ala Cik Mat Gebu



13 comments

  1. antara my fav makanan! hehehe. apa yang kunyit kunyit memang sodap. ayam, udang, sotong :D

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. sha suka buat bila nak cepat.. ayam dan sayur dalam satu menu.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. SA buat ayam goreng kunyit susah nak jadi cantik macam ni kak..x tau la pesal..padahal bukan susah pun

    ReplyDelete
  4. lauk ni paling simple senang and sedap ..yelah kita mak2 ni pening nak pikir masak apa pas2 pikir masa x cukup..menu2 mcm ni lah senang..hihi

    ReplyDelete
  5. Antara menu mudah utk buka. Campak2 siap dah kak. Sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  6. Menu yg simple tapi menyelerakan tekak. Hehee.. Lauk fav kita ni.m

    ReplyDelete
  7. Yeay..marsha punya fav ni...hihi

    ReplyDelete
  8. masak ni memng senang..nad suka masak sotong goreng kunyit..anak-anak suka makan..kalau ayam diaorang kureng sikit

    ReplyDelete
  9. Heyyy, kenapa nampak sedap sangat niii. Geram tau

    ReplyDelete
  10. I have tried this recipe at home before and like it thou.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya kak sue. Resipi favourite saya ni

    ReplyDelete
  12. simple tp sodap ni kakak sue..

    ReplyDelete
  13. Erm.. Selalu pening kepala pikir menu. Awat la tak teringat dengan menu simple ni. Okay, esok punya lauk berbuka masak ni. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤