Cerita Taman Mini Kami Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi Cerita Taman Mini Kami Lagi dengan korang nie. Deko-deko Taman Mini Kami nie terhenti beberapa bulan yang lepas disebabkan pemergian Mak Kak Sue ke ramahtullah. Memang tak ada semangat nak buat apa-apa pun waktu tu. Hilang semua semangat bila Mak kita dah tak ada nie tau..

Cerita Taman Mini Kami Lagi
Cerita Taman Mini Kami Lagi

Cerita Taman Mini Kami Lagi

Hampir sebulan lepas Mak pergi tinggalkan kami semua, Kak Sue cuba pujuk hati kuatkan hati dan semangat. Tak boleh nak ikutkan rasa sedih nie sangat, sebab rasa sedih nie memang takan hilang pun seumur hidup Kak Sue. Jadi untuk sembukan rasa sedih kat hati nie, Kak Sue mula siapkan Taman Mini Kami nie.

Cerita Taman Mini Kami Lagi
Cari pokok bunga untuk Taman Mini kami
Cerita Taman Mini Kami Lagi
Pilihan pokok bunga untuk Taman Mini Kami
Cerita Taman Mini Kami Lagi
Memborong untuk projek Taman Mini Kami

Kadang bila sibuk dengan pokok-pokok bunga nie rasa tenang dan kurang sikit sedih hati Kak Sue nie. Lagi pun minat tanam-tanam pokok nie rasanya Kak Sue dapat dari Mak Kak Sue juga. Mak memang suka tanam pokok. Setiap kali kalau balik rumah Mak, kalau Mak tetiba ja hilang harus ada kat belakang rumah dok tengok pokok-pokok kesayangan Mak. Macam-macam pokok ada, pokok bunga ada, pokok ulam ulaman pun ada. Sekarang nie kalau berdiri tepi pintu dapur mengadap pokok-pokok Mak memang mengundang sebak dihati aja.. huhuhu..

Okay lah, sambung balik cerita Taman Mini kami balik ya. Macam yang Kak Sue pernah bagi tau kat sini, Kak Sue nak kongsikan pokok Periuk Kera dan proses deko Taman Mini kami kan. Jadi kali nie Kak Sue kongsikan gambar dan proses deko-deko sikit lah ya. Sebenarnya ada dua, tiga pokok Periuk Kera nie dah mati pun, mungkin sebab kurang penjagaan dan tanah yang Abang Man guna tu tak subur. Ditambahkan lagi cuaca panas hari tu kan.. sian kat pokok kan.. tinggal empat pokok dah sekarang masih bertahan..

Cerita Taman Mini Kami Lagi
Pokok Periuk Kera di Taman Mini Kami
Cerita Taman Mini Kami Lagi
Koleksi pokok bunga di Taman Mini Kami
Cerita Taman Mini Kami Lagi
Projek untuk Taman Mini Kami bahagian depan pagar

Selain pokok Periuk Kera, kami ada tambah pokok bunga lain juga. Ada pokok bunga Jepun, pokok Kaktus, pokok bunga Ros dan beberapa jenis pokok lain yang Kak Sue tak tau namanya pun. Asal tertarik kat mata dan hati Kak Sue dan Abang Man kami beli ja. Paling penting yang mudah nak jaga, sebab Kak Sue tak pandai sangat bab jaga pokok yang rumit. Masih banyak lagi belum siap sebenarnya.. nanti bila dah betul-betul siap dan cantik Kak Sue kongsi kat sini lagi tau. Sampai sini dulu ya.. papai!

Korang boleh baca juga kat sini Taman Mini Kami

8 comments

  1. Cantik Dan kreatif akk dgn abg man

    ReplyDelete
  2. Alfatihah untuk arwah ibu kak su, salam takziah utk kak sue sekeluarga. Ya betul tu bila ibu tiada lagi rasa nak buat apa pun tersekat kan kak sue...alhamdulilah tak lama lagi cantik taman mini ni nanti...subur!

    ReplyDelete
  3. amboi banyak shopping pokok tu. mesti cantik rumah akak nanti.

    ReplyDelete
  4. rajinnya Sue tp menanam pokok dan tengok pokok bunga berbunga tu akan jadi terapi minda dan diri..semoga Sue terus tabah ya

    ReplyDelete
  5. Alfatihah buat Ibu Kak Sue. Memang tenang dan senang bila dapat mengadap tanaman hijau ni. LeYa pun suka jugak tengok. Ibu leya pun minat menanam. Banyak betul dah taman bunga kat kg..hehe..

    ReplyDelete
  6. Rajinnya kak Sue .Saya ni tunggu anak anak besar sikitlah baru boleh buat kot taman mini macam ni

    ReplyDelete
  7. Cantiknya kak Sue... teringin nak ada juga macam ni.. dalam planning lagi nih...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤