Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Assalamualaikum, hai semua. Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel. Kali nie masih lagi dengan cerita berbuka puasa dan makan-makan kat blog Kak Sue nie. Jangan jemu tau, mana tau salah satunya dapat bantu korang yang tengah tercari nak berbuka puasa kat mana nanti. Boleh lah cuba Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel nie ya.. InsyaAllah puashati..

Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Korang yang masih tercari-cari nak berbuka puasa dengan keluarga, kawan atau kawan sekerja area Bangi, Putrajaya atau kawasan berdekatan sini boleh lah nanti cuba Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel nie tau. Kalau dari Kuala Lumpur pun tak jauh mana, 30 minit InsyaAllah dah boleh sampai dah. Kiranya tak kira lah yang bekerja atau tinggal kawasan kawasan sini boleh lah datang cuba menu buffet Ramadhan kat sini.

Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Selain tu, bercerita pasal kemudahan yang disediakan kat sini parking percuma untuk korang semua dan ada kemudahan surau juga yang disediakan di tingkat satu dan dua. Jadi bab surau nie tak payah risau, sebab Kak Sue pun kalau pergi makan mana-mana kalau ada surau nie rasa lega sikit tak perlu kita nak kelam kabut nanti kan. Boleh ja enjoy makan pelan-pelan, biasa lah waktu maghrib kan pendek..

Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Pilhan menu Buffet Cahaya Ramadhan di Restoran Funtasia nie pula disediakan lebih dua ratus pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa. Daripada hidangan pembuka selera yang dipamerkan diatas 'Ferris Wheel' setinggi 12 kaki hingga Kambing Golek Bakar, Satay Malaysia dan BBQ ala Mongolia. Memang sedap dapat makan panas-panas kan..

Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Selain tu hidangan kegemaran di Restoran Funtasia nie ialah Gyoza Jepun, Nasi Robo-wok, hidangan eksklusif Sup Tulang dan Sup Kambing, Kari Kepala Ikan dan Serawa Durian. Serawa Durian tu korang kena cuba tau memang sebab sangat bila makan campur dengan pulut. Anak bongsu Kak Sue berapa kali ulang tambah hari tu.. hehehe.. Ada juga pilihan pizza juga kat sini bagi korang yang suka makan pizza..

Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Tak lupa juga pilihan pemanis mulut seperti Ais Kacang dan Cendol, Kuih Ketayap yang di masak secara langsung lagi tau dan gelato berlainan perisa setiap hari. Selain nie ada banyak lagi pilihan kuih muih tradisional yang lain, pilihan kek dan juga buah-buahan.

Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Tarikan istimewa buffet Ramadhan kat sini tahun nie ialah Robot Barista bernama "Robie" yang boleh sedikan aiskrim dan minuman berasaskan kopi. Korang kalau nak tau dan rasa macam mana robot buatkan untuk korang kenalah datang sini okay.

Pilihan minuman kat sini pun korang boleh pilih nak panas atau sejuk. Semua nie dan banyak lagi pilihan menu buffet Ramadhan yang tentu buat korang puashati.

Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Buffet Cahaya Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Untuk info korang juga Dapur Funtasia, Harmoni, Pastry dan bankuet adalah disahkan halal oleh Jakim tau. Korang yang mana berminat nak berbuka puasa kat sini macam biasa Kak Sue akan kongsikan detail kat bawah nie nanti ya..

Bangi Resort Hotel

Harga promosi
15 Mac - 15 April 2019
RM75.00+ (dewasa)
RM37.50+ (kanak-kanak)

Harga Pra Bayar
minimum 24 jam sebelum
RM90.00+ (dewasa)
RM45.00+ (kanak-kanak)

Harga Walk In
RM120.00+ (dewasa)
RM60.00 (kanak-kanak)

Untuk Tempahan

No Tel 
03 8210 2222

Email
fb reservations@hotelbangi-putrajaya.com

Website

Bagi setiap pelanggan dewasa untuk promosi Buffet Cahaya Ramadhan, RM3.50 akan disalurkan ke tabung Islamic Relief Malaysia. Rezeki sama dikongsi..





7 comments

  1. Terkenang2 kesedapan makanan dekat sini. Antara bufet yg berbaloi utk kita berbuka puasa.

    ReplyDelete
  2. Sedap-sedap semua hidangan yang disediakan. Tak sabarnya. Hee..

    ReplyDelete
  3. Tempat dia nampak tentang Dan selesa nk makan

    ReplyDelete
  4. Macam-macam menu yang menarik dan harganya pun nampak okey jugak.. Oh ya, kak Sue, TAHNIAH diucapkan kerana akak terpilih untuk direview dalam jurnal saya..

    https://www.shikinrazali.com/2019/04/sahabat-blogger-pilihan_30.html

    ReplyDelete
  5. Banyaknya menu buffet ramadhan. Semua nampak sedap tau

    ReplyDelete
  6. Cantiknya interior dia.. pilihan makanan pun ohsem..

    ReplyDelete
  7. Dah puasa nih jom kita iftar sama-sama Kak Sue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤