Pujuk Hati Redha

Assalamualaikum, hai semua. Pujuk Hati Redha.. Susah juga rupanya nak betul-betul redha dan ikhlas. Sebenarnya kan hari-hari Kak Sue pujuk hati sendiri. Hari-hari doa supaya Kak Sue redha dengan ikhlas. Terima ketentuan Allah, kuat dan terima dengan kententuan yang satu nie.. tapi kadang kalah juga dengan perasaan sendiri nak pujuk hati redha dengan semuanya nie..

Pujuk Hati Redha
Pujuk Hati Redha.. Al Fatihah untuk Mak Tersayang

Pujuk Hati Redha

Nak pujuk hati redha makan masa juga sebenarnya. Di mulut cakap kita redha tapi dihati tidak dengan seikhlasnya. Bercakap dengan nak laksanakan tu agak payah.. untuk diri Kak Sue sendiri lah kan. Tapi Kak Sue memang respect orang-orang yang kuat hatinya, redha dengan ikhlas. Tak setanding dengan diri Kak Sue yang nipis imannya nie..

Tak mudah pun sebenarnya. Apatah lagi kehilangan orang terdekat dengan kita. Mak yang melahirkan kita.. tempat kita curah kasih sayang, rindu dan mengadu.. tiba-tiba hilang sekelip mata. Peritnya tu Allah saja yang tahu.. Bila terbayang dan datang rindu rasa sesaknya dada.. Hanya doa dan ayat-ayat Allah penyembuh duka..

Cuma Kak Sue pasti.. hari demi hari perasaan redha dengan seikhlasnya akan datang juga dengan sendiri nanti. Yang pergi tetap akan pergi, tinggal kita yang masih kat sini perlu teruskan hidup yang berbaki. Satu hari nanti kita juga akan ke sana yang kekal abadi..

Mak.. kenangan, kasih sayang dan tunjuk ajar Mak akan kekal selamanya dihati. "Orang" akan lalui hari-hari yang berbaki buat "orang" nie dengan mengenang Mak dalam doa yang tiada penghujung. Tenang lah Mak disana, kita bakal berjumpa juga nanti di syurga abadi. Semoga Mak ditempatkan bersama-sama orang yang diredhai Allah dan yang beramal soleh. Sayang Mak selamanya.. Al Fatihah buat Mak Tersayang..

10 comments

  1. Betul kak Sue...redha,sabar,tawakkal,usaha,doa..tu semua sangat mudah disebut..tapi nak lakukan tu..Allahu..berat sangat-sangat.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Kak Sue.. Bukan mudah menjemput redha dengan pemergian yang tersayang.. Walaupun Sha merasai apa yang Kak Sue rasa namun Kak Sue jugalah yang memikul beban itu.. Sha doakan semoga hati kak Sue akan redha dengan pemergian mak tersayang seiring masa berlalu.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Ya kak, bukan mudah semua ni kak, insyaallah saya yakin adanya suami dan anak-anak akan buatkan akk terus kuat.

    ReplyDelete
  4. banyakkan doa dan bersedakah buatnya kak

    ReplyDelete
  5. Iye Kak Sue... Semoga Kak Sue dipermudahkan segalanya. Memang perit mengenangkan orang yang kita sayang tiada di sisi. Al-Fatihah buat Mak Kak Sue

    ReplyDelete
  6. memang mengambil masa kak sue...

    ReplyDelete
  7. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh arwah mak kak sue dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  8. semoga arwah di letakkan bersama orang-orang beriman. Moga terus tabah kak

    ReplyDelete
  9. Salam takziah buat kak Sue sekeluarga.. semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh arwah mak kak Sue dikalangan org2 beriman... aamiin. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  10. terbaca sekali lagi entry ni buat air mata saya terbit kak.. teringat arwah mak saya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.