Kami Tunggu Mak

Assalamualaikum, hai semua. Sebenarnya entri nie Kak Sue tulis masa Tok Pah masih dalam ICU Hospital Taiping. Kami tunggu Mak. Kali nie datang lagi ujian buat keluarga Kak Sue. Dua ujian paling besar tahun nie buat keluarga Kak Sue. Belum hilang lagi macam-macam 'rasa' sebelum nie datang lagi ujian yang baru.. Allahu! Kadang rasa memang tak kuat dah, tapi Allah uji pada yang mampu. Takan Allah nak seksa atau aniaya kita, melainkan Allah tahu.. Kuat ya Mak, kami tunggu Mak nie..

Kami Tunggu Mak
Kami Tunggu Mak.. Gambar kenangan hari raya 2018 

Kami Tunggu Mak

Hari Selasa lepas Mak demam agak teruk, badan panas dan lemah. Mak memang takut sangat nak jumpa doktor, nak pergi klinik atau hospital. Biasalah orang tua kan, Kak Sue ada juga telefon Mak sebelum tu tanya khabar dan pujuk Mak pergi hospital atau klinik. Kak Sue tak bercakap lama sebab dengar suara Mak pun lemah sangat, Alhamdullilah berkat kami adik beradik pujuk Mak akhirnya petang tu Mak yang minta nak ke hospital..

Kak Sue andaikan bila Mak ke hospital semuanya akan baik macam biasa.. Tetiba dalam pukul tiga pagi Acik, adik Kak Sue telefon nak bagi tau dan tanya pendapat Kak Sue pasal Tok Pah. Rasa macam berhenti degup jantung Kak Sue, pilihan yang kami ada samada Tok Pah ditidurkan atau bahasa lain dikomakan atau risiko tinggi Tok Pah akan pergi selamanya. Kelu lidah.. tak tau nak reaksi macam mana. Lepas letak telefon terus Kak Sue menangis sungguh-sungguh.. Allahu.. kesiannya Mak..

Terus Kak Sue tak boleh nak tidur semalaman, ambik wuduk solat doakan agar Tok Pah tak apa-apa. Nak tunggu siang rasa sangat lama, sebab nak bergerak malam risau Abang Man tak cukup rehat sebab baru balik berniaga. Kalau Kak Sue yang drive, rasanya tak tau lah mampu ke tak sebab Kak Sue pun baru lelap mata tadi dengan emosi macam nie. Nak sampai waktu subuh terlelap sekejap, bangun lagi.. Allah kenapa lama sangat nie. Tak sabar dah rasa hati macam nak terbang peluk Tok Pah Allah aja yang tahu. Mak kuat ya Mak. Pilu rasa hati nie tak terucap dengan kata-kata..

Kami Tunggu Mak
Kenangan terakhir dengan Mak di Menara Condong Teluk Intan
Sampai di wad, Kak Sue memang tak dapat nak tahan sedih dan airmata. Nampak Tok Pah berselirat dengar tiub dan wayar.. Allahu kesiannya Mak. Semua adik-beradik Kak Sue ada, Kak Sue peluk.. tenangkan depa walaupun hati sendiri macam nak pecah. Tak sanggupnya Ya Allah nak tengok Mak sakit macam nie. Abang Man bagi izin Kak Sue jaga dan tinggal di Taiping sampai Tok Pah sihat. Terima kasih Abang.. semoga Allah beri rahmat pada Abang.. Kak Sue terpisah dengan suami dan anak-anak buat sementara demi Mak yang tersayang. Kak Sue redha.. janji Mak depan mata Kak Sue setiap hari..

Esoknya Tok Pah dpindahkan ke ICU, bermula lah rutin kami adik beradik menjaga Mak. Masa kami lebih banyak kat Hospital Taiping dari kat rumah. Tak pernah sehari pun kami tak datang ziarah Tok Pah. Dari mula waktu melawat sebelah tengahari sampai lah ke petang, kami anak-anak setia tunggu Mak. Sampai dah kenal guard dan sesetengah jururawat dan doktor kat sana. Hari-hari ulang alik ke surau, hari-hari sedekahkan Mak Yasin, hari-hari buat solat hajat supaya Tok Pah sembuh tanpa jemu. Hari-hari ramai saudara dan kawan,-kawan Tok Pah, kawan-kawan kami anak beranak datang ziarah. Jauh dan dekat semua datang ziarah dan doakan Tok Pah..

Kami Tunggu Mak
Al Fatihah Untuk Mak Tersayang

Tapi.. akhirnya, setelah penat Tok Pah kuat melawan sakit.. Allah jemput Tok Pah pagi Jumaat, hari yang mulia. Lagak tenang dan menahan airmata tak mampu Kak Sue sorok lagi. Ditambahkan lagi Kak Sue tinggalkan Tok Pah dijaga Ateh malam tu balik ke Rawang.. terkilannya Ya Allah.. Kak Sue menangis semahu-mahunya.. rupanya macam nie lah rasa kehilangan syurga kita.. sakitnya tak terperi. Syukur pada Allah, kami adik beradik dapat mandikan, kafankan dan kebumikan Mak dengan baik bantuan dari keluarga rapat juga orang yang lebih arif. Semuanya mudah dan selesai macam semua kami anak-anak Mak nak.. Alhamdullilah..

Pergilah Mak dengan tenang.. Kami anak-anak redha.. rehat lah. Kita akan berjumpa lagi satu hari nanti. Kami sentiasa akan ingat dan doakan Mak. Semoga Mak sentiasa dalam rahmat Allah, diluaskan dan diterangkan kubur Mak. Kami sayang Mak dunia dan akhirat.. Al Fatihah.. Terima kasih pada yang selalu ada, semoga Allah merahmati kamu semua.. aamiin ya rabb..




Post a Comment

13 Comments

  1. Allahu.Ini yang selalu PC bayangkan..bila ibu bapa kita Allah ambil semula.Berat rasanya..
    Al Fatihah..moga sejahtera ibu kak Sue di alam sana.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..
    Sabar ye Kak..Moga Allah beri akk kekuatan dan tarik kesedihan akk.

    Salam takziah buat akk sekeluarga.
    MOga arwah ibu akk di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..aamiinn

    ReplyDelete
  3. INNALILLAHHIWAINNAILAIHIROJIUN...Semoga roh arwah mak Kak Sue tenang disana dan ditempatkan dikalangan mereka- mereka yang terpilih. Salam takziah dari SA..sedih hati baca rintihan pilu Kak Sue..banyakkan bersabar..insyaallah..ada hikmah di sebalik dugaan yang menimpa..

    ReplyDelete
  4. takziah k.sue..moga arwah ditempat dikalangan org2 yg beriman..al-fatihah

    ReplyDelete
  5. Takziah kak.. sha doakan akak sekeluarga tabah melalui perpisahan ini..

    ReplyDelete
  6. Innalillah.. Semoga tenang disana

    ReplyDelete
  7. Salam Takziah kak sekeluarga. semoga mak tenang disana

    ReplyDelete
  8. salam takziah kak, moga arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama2 org beriman

    ReplyDelete
  9. tak mampu nak baca kak.. saya faham perasaan tu. salam takziah buat mak kak sue semoga dia dikalangan orang kesayangan allah

    ReplyDelete
  10. Innalillahwainnailaihirajiun .. Salam takziah buat kak sue. Beratnya ujian kehilangan ibu bapa.. Tak terbayang rasanya satu hari nanti bila Allah ambil semula pinjaman indah itu😥😥

    ReplyDelete
  11. Semoga sakit yang ditanggung menghapus segala dosa2 untuk ditempatkan tok pah bersama org yg beriman.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️