Spaklean Amazing Nano Collagen

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang satu produk kecantikan diri Spaklean Amazing Nano Collagen yang lain dari yang lain. Bukan setakat penjagaan kulit tapi juga untuk rambut kita. Selalu kita orang perempuan nie memang teruja kalau bab nak cantik nie kan. Tambah bila umur dah meningkat macam Kak Sue nie, harus ada extra penjagaan kulit dan rambut. Apa yang best pasal Spaklean Amazing Nano Collagen nie ialah boleh dicampurkan dengan bahan penjagaan kulit dan juga rambut tau korang. Menarik kan.. dua dalam satu gitu..

Spaklean Amazing Nano Collagen
Spaklean Amazing Nano Collagen

Spaklean Amazing Nano Collagen

Selalunya kalau produk dari Korea memang best dan unik kan. Sama la juga dengan Spaklean Amazing Nano Collagen nie. Selain fungsi dua dalam satu, ia adalah rawatan tambahan untuk kulit dan rambut kita, juga mengandungi lebih banyak asid almino, glisin dan proline daripada banyak protein lain. Ia bukan saja membantu rambut dan kulit tapi menghalang dan memperbaiki kerosakan daripada tekanan alam sekitar atau faktor sinar UV dan pencemaran.

Selain tu ia juga mengurangkan penguguran rambut dan dapat meningkat keanjalan dan gloss pada rambut juga. Produk dari Korea nie juga dibuat seratus peratus Hydrolyzed Fish Collagen yang kaya dengan Glycine Acid Amino, Protein dan Prolien yang merupakan bahan penting dalam penghasilam tisu tubuh badan kita. Ia juga disahkan halal oleh JAKIM tau. Jadi korang tak payah risau nak pakai produk nie.

Spaklean Amazing Nano Collagen
Spaklean Amazing Nano Collagen
Jom Kak Sue nak kongsi cara gunakan  dan kebaikan Spaklean Amazing Nano Collagen nie dengan korang pula jom. Produk nie ada molekul lebih halus dan ringan jadi ia bertindak dan menyerap dengan lebih cepat dan pantas. Ia juga bebas kimia, pewarna dan pewangi bahaya. Jadi selamat nak digunakan dan hanya untuk kegunaan luar aja tau. Jangan pi makan pula, lain jadinya nanti.. hehehe..

Spaklean Amazing Nano Collagen nie datang dengan scop dan sepatula yang mudahkan tugas korang untuk sukat bahan. Jadi boleh agak berapa banyak sukatan setiap kali kita nak guna kan. Korang boleh rujuk gambar bawah nie okay..

Spaklean Amazing Nano Collagen
Spaklean Amazing Nano Collagen

Cara gunakan Spaklean Amazing Nano Collagen
Boleh campur produk nie dengan air, produk penjagaan kulit dan produk penjagaan rambut seperti krim, foam clenaser, losyen badan, krim tangan, serum, toner, conditioner, shampoo dan ubat gigi. 

Kebaikan Spaklean Amazing Nano Collagen

* Mengurangkan masalah rambut gugur, bercabang dan kelemumur

* Rambut lebih sihat dan bersinar

* Mengurangkan kedutan dan garis halus pada kulit

* Kulit jadi tegang, cerah, lembut dan sihat

Spaklean Amazing Nano Collagen
Spaklean Amazing Nano Collagen
Haa.. bestkan dalam satu produk boleh gunakan untuk penjagaan kulit dan rambut, jimat pun jimat. Personal review Kak Sue yang Kak Sue guna selama tiga hari, kulit Kak Sue rasa tegang, pori muka mengecil dan kulit rasa natural tak kering dan berminyak bila bangun tidur.

Apapun Kak Sue nak ingatkan kesan pengunaan berbeza tau ikut kulit dan cara korang guna. Bagi korang yang berminat nak cuba juga boleh singgah bawah nie okay.. papai!


Website
www.myspaklean.com.my






Post a Comment

7 Comments

  1. Menarik juga ni. Memang tak pernah lagi la produk Korea yang menghampakan LeYa.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Banyak kegunaan nano collagen ni ye

    ReplyDelete
  3. Dah lama x guna nano colagen...

    ReplyDelete
  4. Jimat ni kak Sue...kira macam 2 in 1.

    ReplyDelete
  5. wah baguslah produk ni utk kesihatan rambut

    ReplyDelete
  6. Wah menarik.. satu produk tapi banyak kegunaannya..

    ReplyDelete
  7. Nasib baca betul betul sebab bila duk tengok kalagen je mesti boleh minum.. hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️