Resepi Mee Bandung Adabi

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Mee Bandung Adabi pula dengan korang. Ini kali pertama Kak Sue cuba resepi Mee Bandung Adabi nie nasib menjadi dan sedap juga tau. Bukan apa kadang bila pertama kali mencuba nie mesti ada aja yang tak kena kan. Bila menjadi memang puashati dan seronok sangat. Lain kali boleh lah masak lagi sebab anak-anak pun suka dan cakap sedap. Okay jom lah Kak Sue nak kongsi bahan dan cara masaknya jom..

Resepi Mee Bandung Adabi
Mee Bandung Adabi

Resepi Mee Bandung Adabi

Sebenarnya senang sangat resepi Mee Bandung Adabi nie korang, tak banyak bahan pun nak kena sediakan. Sebelum tu Kak Sue dah google awal-awal dah resepi Mee Bandung nie, tapi sebabkan Kak Sue nak cuba nasib Cook, Tag n Win anjuran Adabi jadi Kak Sue kena gunakan Perencah Mee Bandung Adabi. 

Cuma kalau nak sedap lagi tambah sikit bahan yang sedia ada dalam perencah Adabi tu. Kak Sue tambah udang kering dan kacang sebab nak tambah rasa dan nak pekatkan kuah. Korang boleh ja kalau tak nak masukkan sebab dalam perencah tu memang dah ada semua, kecuali kacang. Mudahkan kerja kita, tambah ibu atau isteri yang bekerja tu kan. Nak cepat boleh ja guna perencah dari Adabi nie okay macam-macam perencah ada tau..

Mee Bandung Adabi

Bahan-bahan :
Udang saiz sederhana - ikut nak banyak mana
1 paket bebola ikan
2 paket Perencah Adabi Mee Bandung
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 mangkuk kecil cili kering - dikisar
4 biji telur
1 kiub ayam Knorr
Sedikit kacang tanah - digoreng dan ditumbuk
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan lain :
Sayur sawi - dicelur
Sayur Tauge - dicelur
Daun bawang - dihiris halus
Cili padi -dihiris halus
Tauhu - digoreng dan dipotong kecil

Cara-cara :
Tumis bahan kisar tadi sehingga masak
Kemudian masukkan perencah Adabi Mee Bandung, kacau dan masak hingga bergaul mesra
Masukkan sedikit air, biarkan mendidih
Masukkan kiub ayam dan kacang yang ditumbuk tadi, kemudian kacau lagi
Kemudian masukkan pula udang dan bebola ikan, biarkan masak sekejap
Akhir sekali pecahkan telur, tapi jangan kacau tau. Biar sekejap kemudian tutup api
Sedia untuk dihidangkan





10 comments

  1. thanks share resepi, mcm senang nak buat, tapi perencah tu pedas tak? anak anak saya tak makan pedas langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesama.. rasanya tak pedas sangat atau tak payah letak cili kering tu ya..

      Delete
  2. Alaaaa sedapmnya...sayangnya SA masih lagi menjaga pemakanan,bestnya kalau dapat makan...nanti bila dah sihat sepenuhnya SA nak cuba buat la...

    ReplyDelete
  3. sedapnya, saya suka mee bandung. tp mls nakbuat sebab nanti sengsorang je makan hehe

    ReplyDelete
  4. Asasnya dah ada..tinggal tambah-tambah sikit ikut selera ya kak Sue.Best.

    ReplyDelete
  5. feveret saya ni kak.. boleh lah cuba nanti

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nampak. Ana suka juga mee bandung. Boleh try nanti.

    ReplyDelete
  7. Alahai sedapnya kak sue, teringin nak cuba buat. Boleh bookmark entri kak sue ni 😍

    ReplyDelete
  8. Tq kak sue share resepi.. bolehlah Sha cuba nanti..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.