Peranan MAIWP Dalam Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi peranan MAIWP dalam pengurusan zakat di Wilayah Perseketuan pula dengan korang. Mesti ada yang tertanya sebelum nie kan apakah peranan MAIWP dalam pengurusan zakat kan, okay jom Kak Sue sambung lagi cerita kat bawah nie ya..

Peranan MAIWP Dalam Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan
Peranan MAIWP Dalam Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan

Peranan MAIWP Dalam Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan

Apakah peranan MAIWP dalam pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan? MAIWP berperananenguruskan zakat di Wilayah Perseketuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kutipan zakat dilaksanakan oleh MAIWP melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Untuk aktiviti agihan zakat pula dilaksanakan sendiri MAIWP.

Betulkah MAIWP tak agihkan zakat?

Haa.. nie yang Kak Sue nak kongsikan dengan korang nie. Betul ke tidak.. Persepsi dan tanggap negatif memang kita tau dah bersarang di kalangan masyarakat kan. Sebab tu MAIWP telah merangka pelbagai bentuk program agihan zakat.

Agihan zakat dibuat menerusi 28 skim bantuan zakat yang membantu asnaf daripada segala aspek termasuk keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukan pada bulan-bulan tertentu aja tau korang..

Sebagai contoh satu keluarga yang dah dikenalpasti tergolong dalam golongan asnaf miskin. Mereka nie akan dibantu antaranya dengan :

Bantuan Kewangan Bulanan
Bantuan Sewa Rumah - sekiranya tak mampu bayar sewa rumah
Bantuan Pelajaran kepada anak-anak
Bantuan Perubatan - sekiranya mereka ada masalah kesihatan
Bantuan Perniagaan - sekiranya mereka ada buat perniagaan kecil-kecilan

Peranan MAIWP Dalam Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan
Peranan MAIWP Dalam Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan

Bagaimanakah MAIWP mempermudahkan proses permohonan dan penyaluran zakat?

Sebelum ini, proses peemohonan bantuan zakat hanya boleh dibuat di ibu pejabat Baitumal MAIWP. Bermula tahun 2008, bagi memudahkan lagi orang ramai untuk berurusan dengan Baitumal, maka MAIWP telah membuka cawangan dikenali sebagai Pusat Agihan Zakat atau ringkasnya PAZA.

Sehingga kini ada 10 buah PAZA telah dibuka iaitu 9 di Kuala Lumpur dan satu di Labuan. Lokasi PAZA : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/hubungi-kami/lokasi-kami. Di PAZA,, semua bentuk urusan permohonan yang boleh dibuat di ibu pejabat kesemuanya bolrh dibuat di PAZA. MAIWP juga sediakan borang permohonan yang ringkas dan mudah iaitu sehelai kertas sahaja dengan dua halaman.

MAIWP juga turut menyediakan Kaunter bergerak Baitulmal MAIWP yang turun ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramau seperti di masjjud, bazar-bazar Ramadhan, pasar malam dan sebagainya.Skuad Jejak Asbaf Baitumal MAIWP telah ditubuhkan untuk turun padang mencari dan menjejaki mereka yang tercicir daripaada menerima bantuan zakat. Skuad ini secara rutib turun padang ke PPR dan lain-lain lokasi yang dilihat ada ramai yang memerlukan.

Kita juga harus ingat kita sebagai masyarakat turut kena memainkan peranan untuk membantu. Jangan hanya pandai tunding jari salahkam pusat zakat. Jadi kalau kita ada terjumpa orang dalam kesusahan di Wilayah Perseketuan ini, boleh bantu laporkan kepada MAIWP

Hotline : 012-518 3614/ 012-512 7614
Talian bebas tol : 1800885222
Facebook : Baitulmal MAIWP dan MAIWP

Peranan MAIWP Dalam Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan
Peranan MAIWP Dalam Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan

Cara lain MAIWP agih zakat?

Menerusi agihan zakar secara tidak langsung MAIWP di mana dana zakat dimanfaatkan untuk penubuhan prasarana yang dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang. Dalam aktiviti pendidikan, MAIWP membuka institusi bermula dari peringkat usia muda sehingga pengajian tinggi.

Institusi pendidikan di bawah MAIWP

Taska Darul Hannan - pusat asuhan kanak-kanak
Tadika-tadika Islam - 81 buah
Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri
SMA-MAIWP Labuan
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak
Institit Kemahiran Baitumal (IKB) di Kampung Pandan
Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur du Kampung Pandan
Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
Darul Ilmi di Sungai Penchala
Pondok Moden Al-A'baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
Ma'alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah

Institusi Perlindungan dan Kebajikan

Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak untuk anak-anak yatim
Dar Asaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam grjala sosial
Datul Hidayah - perlindungan untuk muaallaf

Birokrasi dalam permohonan bantuan zakat?

Tiada istilah birokrasi yang menyusahkan dalam permohonan bantuan zakat di MAIWP.

Megisi borang untuk mendapatkan maklumat asas penting pemohon tidak boleh dilihat sebagai birokrasi yang menyusahkan apatah lagi borang permohonan hanyalah sehelai sahaja (w halaman)

Maklumat penting ini diperlukan bagi memastikan pemohon benar-benar termasuk dalam golongan yang layak menerima zakat ini kerana MAIWP memikul amanah para pembayar zakat di Wilayah Persektuan untuk mengagihkannya kepada mereka layak.

Permohonan juga tidak perlukam pegesahan mana-mana pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya.

Proses kelulusan bantuan juga dipercepatkan kepada 5 hari manakala bagi kes-kes kecemasan, baantuan akan disalurkam segera.

Peranan MAIWP Dalam Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan
Peranan MAIWP Dalam Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan

Ada orang yang mempersoalkan pengurusam zakat?

Di MAIWP, kita sentiasa diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Kita juga perlu mendapatkan kelulusan daripada JK Perundingan Hukum Syara' Wilayah Perseketuan yang dipengerusikan oleh Mufti bagi setiap sen zakat yang ingin dibelanjakan.

Alhamdullilah, MAIWP telah meneriam Sijil Audit Bersih Lebih 10 Berturut-turut sejak 2006 dan Penarafan 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan juga daripasa Jabatan Audit neggara selama 3 tahun berturut-turut 2011 hingga 2013.

Bagaimana nak taju tentang agihan zakat MAIWP?

Website
www.maiwp.gov.my

Facebook MAIWP
www.facebook.com/maiwp.hq

Instagram
www.instagram.com/hqmaiwp

Youtube
MAIWP TV

Haa.. jelas dah kan semua tentang PPZ-MAIWP dan Baitumal nie kan. Harap lepas nie tak ada lagi lah yang tertanya-tanya. Semoga bermanfaat untuk korang semua ya.

Post a Comment

7 Comments

  1. CSR PPZ ni bagus. ALhamdulillah, tahniah jayakan tugas dgn sebaiknya

    ReplyDelete
  2. thanks to maiwp mmg peranan mereka sgt besar

    ReplyDelete
  3. Wow menjawab semua persoalan selama ni tentang pusat zakat

    ReplyDelete
  4. Best.. Dah terjawab semuanya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. semoga urusan MAIWP dalam memberi sumbangan kepada yang berhak dipermudahkan..

    ReplyDelete
  6. Tahniah MAIWP kerana menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang

    ReplyDelete
  7. Terima kongsikan artikle ni kak. Tahniah MAIWP kerana menjalankan tanggungjawab untuk masyarakat dan agama.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️