Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi produk Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru dengan korang pula. Biasa lah kita orang perempuan nie harus lah kena jaga dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki. Salah satunya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White nie lah bagi menjaga kebersihan feminin kita orang perempuan nie..

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru

Pernah tak korang tertanya kenapa kulit di sekitar kawasan intim korang lebih gelap kalau nak banding dengan kulit badan kita yang lain? Mesti korang pernah cuba macam-macam cara dan petua kan untuk cerahkan bahagian intim tapi masih tak berkesan kan? Sampai rasa kurang keyakinan diri kan.. huhuhu..

Sebenarnya kan korang bukan korang ja rasa macam tu, ramai dikalangan wanita di seluruh dunia pun ada masalah yang sama. Ada bermacam sebab yang boleh sebabkan kegelapan bahagian intim tau korang, antaranya faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasan bercukur. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White nie korang tak payah risau lagi hokay..

Okay jom Kak Sue nak cerita lagi.. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White nie ada 3 ekstrak pemutih semulajadi yang dapat bantu ringankan dan cerahkan tona warna kulit. Estrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru
Sejak berabad lalu, licorice dah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia tapi digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanan untuk dapatkan tona kulit yang cerah. Bengkaong pula, mengandungi vitamin B1 dan C dimana dapat bantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Akhir sekali susu pula, bermanfaat kurangkan perubahan warna, perbaiki tona kulit tak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit. Haa.. menarik kan..

Dengan memilih pencuci feminin Sumber Ayu 3X Whitening Pearl White yang mengandungi tahap 3.5 yang berada dalam linkunngan PH normal feminin iaitu diantara 3.5 hingga 4.5 bagi memastikan kawasan feminin dalam keadaan selesa. Ia juga mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan  bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan

Selain dari kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White nie juga menggandakan kuantitinya untuk faedah yang lebih besar kepada pengguna. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani adalah bahan semulajadi yang membantu mengetatkan kawasan feminin dan memberi keyakinan yang tinggi kepada wanita moden dan memberikan perkahwinan yang lebih mesra

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru
Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian sederhana. Selain itu, juga memberi keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan berikan kesegaran sepanjang hari. Menghargai kepentingan pengguna Islam, produk nie diikhtiraf halal tau. Jadi tak perlu risau nak gunakan ya..

Apabila ramuan-ramuan nie dibentuk dalam Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit serta mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan PH disekitarnya

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White nie dengan pembungkusan klasik diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan ada penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk nie korang boleh dapatkan dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ml dengan harga RM9.20 dan 200ml dengan harga RM15.50

Untuk info korang, Sumber Ayu rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawa untuk korang semua oleh Wipro Unza. Rangkaian produk Sumber Ayu nie juga korang boleh dapatkan di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi


7 comments

  1. wanita, ini memang penting.. untuk penjagaan peribadi..thanks for sharing sis..

    ReplyDelete
  2. boleh try lah yang ni pulak lepas ni!

    ReplyDelete
  3. menariknya produk ni...nak try jugak nanti la

    ReplyDelete
  4. mama tgk adik mama ada pakai dan baunya mmg best. cuma mama je xleh pakai sebab alergy mmg xleh pakai fw

    ReplyDelete
  5. Wah.. baru.. boleh cuba nie nanti..

    ReplyDelete
  6. Ana memang pakai sumber ayu ni kak. Rasa bersih dan segar je sepanjang hari.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.