Selamat Hari Jadi Ibu dan Adik

Assalamualaikum, hai semua. Selamat Hari Jadi Ibu dan Adik. Macam tahun-tahun sebelum nie juga hari jadi Ibu dan Adik hanya selang sehari aja. Semalam Ibu dan hari nie giliran Adik pula. Kami tak ada buat sambutan apa-apa pun tapi plan nak buat makan-makan hujung minggu nanti. Alang-alang buat sekali ja senang kan, baru meriah sekali dua orang buat sambutan kan.. hehehe..

Selamat Hari Jadi Ibu dan Adik
Selamat Hari Jadi Ibu dan Adik

Hari Jadi Ibu dan Adik

Hari jadi Ibu dan Adik tahun nie tak buat sambutan juga on the date, sebab plan nak buat makan-makan kat luar sekali gus ja nanti. Cuma belikan Adik hadiah dan kek aja dulu, tapi tak sangka pula Abang Man buat kejutan tulis nama Ibu sekali atas kek tu. Bila masa entah sempat pergi beli tadi, macam ada kat rumah ja.. hehehe.. Apapun terima kasih ya sayangku. Adik pun bukan main suka ada kejutan kek dan hadiah tadi.. Seronok Ibu bila nampak Adik suka macam tu..

Selamat Hari Jadi Ibu dan Adik
Selamat Hari Jadi Ibu dan Adik
Rasa macam sekejap ja Adik dah besar, dah tinggi pun dari Ibu. Suara pun macam nak pecah dah tu, dah nak jadi anak teruna.. hahaha! Cuma manjanya tu masih ada, anak bongsu lah katakan. Manja tu manja lah juga tapi tak ada lah sampai tak pandai nak berdikari kan. Ada juga suruh bantu kerja rumah dan baju sekolah semua gosok sendiri dah sekarang nie, berniaga pun dah pandai tolong sikit-sikit.. Alhamdullilah. Tak nak lah manja sampai tak pandai buat kerja kan. Anak lelaki pun kena pandai juga urus diri dan buat kerja rumah tau..

Selamat Hari Jadi Ibu dan Adik
Selamat Hari Jadi Ibu dan Adik
Apapun sekali lagi, Ibu nak ucapkan selamat hari jadi Adik.. semoga membesar dengan sihat, rezeki yang murah, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, cemerlang dunia, akhirat dan dipermudahkan semua urusan.. aamiin ya rabb.. Semoga bertambahnya usia kita berdua nie akan lebih bertambah dan istiqomah kita dalam perbaiki diri dan amal kita agar lebih baik dari sebelumnya ya.. love you so much Nak.. 

12 comments

  1. Selamat ulangtahun kak Sue..dan anak :)

    ReplyDelete
  2. dkt2 birthday kaksue & ank kaksue..bole celebrates skali kn..anyway happy birthday to both of you...13 nov birthday Papa amy juga

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..nikmat usia.
    Selamat ulangtahun kelahiran Kak Sue dan adik..moga sentiasa istiqhomah dalam kebaikkan..lancar urusan dunia akhirat.Aamin.

    ReplyDelete
  4. happy birthday kak sue dan adik..semoga pjg umur dan dimurahkan rezeki ya

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir KakSue dan Adik..

    Aah..tgk adik dah tinggi betul.. Baru 12 tahun tu.. Confirm akan naik tinggi lagi tu.. Nanti ibu nye yg maintain comel..hee..

    ReplyDelete
  6. Happy belated Bday utk ibu & anak..seronok kalau sambut sama2..

    ReplyDelete
  7. Sanah helwah buat akak dan adik. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

    ReplyDelete
  8. sanah helwah ibu dan adik semoga bertambah murah rezeki dan disayangi allah

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday buat ibu dan adik.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
  10. selamat hari lahir buat Sue dan adik..Alhamdulillah dah pandai mengosok baju tu dah kira kurang kerja buat ibu kan..semoga Sue sihat selalu dan adik menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  11. Selamat hari lahir kak sue dan adik walaupun dah lwoas wish nugak. Semoga dilimpahi rezeki yg banyak dan dilindungi Allah selalu

    ReplyDelete
  12. happy birthday. Moga panjang umur dan di murahkan ezeki adik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.