Hijrah Tempat Baru

Assalamualaikum, hai semua. Tak berapa hari lagi kami sekeluarga akan hijrah tempat baru secara rasmi. Bukan apa sebenarnya kami dah mula pindahkan barang walau pun sepatutnya hujan bulan nie yang sebetulnya pindah. Rasa sedih juga nak tinggalkan rumah yang kami duduk nie hampir 10 tahun juga. Banyak kenangan susah payah, pahit dan manis yang kami lalui di rumah nie. Selepas dibincang, ditimbangkan bersama keluarga akhirnya dengan redha kami buat keputusan hijrah tempat baru..

Hijrah Tempat Baru
Hijrah Tempat Baru

Hijrah Tempat Baru

Kami sekeluarga berharap sangat bila berhijrah aja ke tempat baru kami dapat mulakan kehidupan baru. Kalau korang ada baca entri sebelum nie keluarga Kak Sue menempuh ujian yang kami sekeluarga takan dapat lupakan seumur hidup kami.. harapnya bila suasana baru nie sikit-sikit hati kami sekeluarga dapat redhakan dengan seikhlas-ikhlasnya.. sebab kadang bila datang balik rasa tu masih ada lagi yang terbuku dalam hati nie..

Hijrah Tempat Baru
Hijrah Tempat Baru
Kak Sue masih lagi tinggal area Rawang dan dekat dengan taman perumahan lama. Cuma sekarang nie kat taman perumahan baru dan dekat dengan sekolah Ustaz Kecik. Senang sikit nak hantar dan jemput hari-hari kan. Cuma kalau nak keluar ke kedai agak jauh sikit lah tapi tak apa lama-lama nanti mesti dapat biasakan diri. Everything take time kan.. hehehe..

Apa yang kami sekeluarga suka dengan tempat baru nie kawasannya sunyi dan tenang. Ada kawalan keselamatan 24 jam dan kalau hujung minggu memang tak dibenarkan aktiviti 'renovation' rumah atau apa-apa aktiviti sebab tak nak bising dan ganggu orang lain. Maklumlah hujung minggu semua orang nak berehat kan. Bagus juga macam nie dan jiran-jiran pun setakat nie Alhamdullilah semua baik belaka dan mesra sangat.

Hijrah Tempat Baru
Hijrah Tempat Baru
Kak Sue harap sangat semuanya baik-baik saja dengan tempat baru nie. Rasanya macam nak buat aktiviti berkebun kat belakang rumah tambah tengok jiran-jiran semuanya boleh katakan berkebun dan tanam macam-macam kat belakang rumah masing-masing, seronok pula tengok. Nanti Kak Sue kongsikan kat sini ya taman mini dan kebun mini Kak Sue.. jumpa lagi nanti, papai!

Post a Comment

11 Comments

  1. Aamin..moga Kak Sue sekeluarga lebih tenang dikediaman baru ni..

    ReplyDelete
  2. Dah nak masuk rumah baru dah ye. Moga keluarga kak sue lebih tenang dan aman di sini. Cantik kawasan perumahan kak sue

    ReplyDelete
  3. tahniah Sue. Seronok tengok persekitaran perumahan baru tu...semoga Sue dan Man serta ahli lain sihat dan dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  4. seronoknya ada kawasan utk menanam di belakang rumah, moga dengan berpindah ditempat baru ni segala2nya akan berubah menjadi lebih baik

    ReplyDelete
  5. Good luck kat tempat baru kak sue. semoga urusan pindah dan mengemas berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...cantik kawasan ni kak..kawasan baru ye...semoga akak dan keluarga dapat mencipta kenangan baru disini dengan manis semuanya...

    ReplyDelete
  7. Tahniah. Nampak selesa dan tenang kawasan perumahan ni

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah nampak lagi selesa Semoga bertambah baik kehidupan kak sue sekeluarga

    ReplyDelete
  9. Cantiknya rumah akak. Nanti nak dtg lah ziarah rumah baru akak.

    ReplyDelete
  10. Aamin.. Semoga penghijrahan Kak sue sekeluarga ke tempat baru akan lebih menggembirakan dan memberikan kebaikan.. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️