Rezeki Piala Malaysia

Assalamualaikum, hai semua. Rasanya masih belum terlambat Kak Sue nak kongsi cerita kat sini sebagai kenangan negeri kelahiran Kak Sue Perak juara Piala Malaysia 2018. Walaupun kali nie kami tak beria dan pulun macam selalu tapi nama Abang Man tetap terpilih, dah namanya rezeki Piala Malaysia kan, Alhamdullilah. Kebetulan pula rezeki Piala Malaysia kali nie kami berniaga di kiosk sebeleh fan Perak, ceria juga lah kan dapat jumpa orang satu kampung.. hehehe..

Rezeki Piala Malaysia
Rezeki Piala Malaysia

Rezeki Piala Malaysia

Alhamdullilah, dalam beberapa tahun nie kami masih diberi rezeki dan peluang berniaga di kiosk Stadium Shah Alam. Macam baru-baru nie untuk game yang melayakan Perak juara Piala Malaysia, kami hampir terlepas peluang berniaga disebabkan fokus pada beberapa benda dan perkara yang sedang melanda keluarga kami. Tak sangka pula terpilih sebab masa macam suntuk dah masa tu..

Ikutkan macam tak ada rasa nak berniaga pun, tapi kata Abang Man tak apa lah kita santai-santai ja dan tak payah letak target berniaga kali nie. Kak Sue pun ikut ajalah, asalkan dapat kami lupakan sekejap perkara yang jadi pada keluarga kami beberapa minggu lepas. Barang niaga semua beli last minit ja dan tak banyak pun kami buat kali nie. Asalkan semua habis terjual pun okay dah kata Abang Man..

Rezeki Piala Malaysia
Piala Malaysia
Piala Malaysia
Piala Malaysia
Piala Malaysia
Semua urusan berjalan lancar ja, cuma masa nak masuk pintu pagar terpaksa keluarkan Abang Tihie dan kawan Abang sebab dah limit dari yang dibenarkan. Rasa angin juga bila kadang orang yang bertanggung jawab urus syarat berniaga kat stadium nie tau, bukan apa hanya enam orang dibenarkan berada dalam kiosk. Apa korang ingat cukup ka nak handle kalau pembeli sekali datang dalam 50 orang dengan order yang banyak?? 

Nasib lah lepas beberapa minit lepas tu Abang Tihie dan kawan dapat masuk juga. Kalau masih tak berpuasahati nak ja hala peniaga kiosk sebelah Kak Sue, dekat 20 orang kut.. boleh pulak!! Stadium Shah Alam nie kadang paling menyampah kalau peniaga ikut syarat yang betul lah korang nak kacau. Peniaga lain selamba badak langgar korang buat tak nampak pulak.. apooo???

Rezeki Piala Malaysia
Piala Malaysia
Piala Malaysia
Rezeki Piala Malaysia
Piala Malaysia
Rezeki Piala Malaysia
Piala Malaysia
Apapun nasib semua berjalan lancar lepas tu walaupun hujan lebat dengan angin kuat. Bila fan masuk dalam stadium hujan pun berhenti dan stadium penuh sampai ke kiosk kami. Agak lambat lah juga fan sampai ke kiosk kami sebab kedudukan kiosk yang berada belakang tiang gol. Selalunya fan tak berapa gemar kawasan sini, jadi depa penuhkan kawasan lain dulu..

Kak Sue dan Abang Man pun tak mau stress-stress memang tawakal ja semua. Alhamdullilah, berbaloi dengan semua yang kami lalui semua tadi, barang jualan pun laris. Tak ada rasa nak bengang atau apa dengan situasi budak rambo, just follow the flow ja. Harap masa akan datang pihak pengurusan Stadium Shah Alam dapat perbaiki kelemahan yang ada. Sekali lagi.. tahniah Perak negeri ku yang tercinta.. papai!

9 comments

  1. Alhamdulillah syukur dpt niaga tempat mcm ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...rezeki Kak Sue sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ada juga rezeki kak sue sekeluarga. Bab syarat tu kena lah sama utk semua kan. Baru adil.

    ReplyDelete
  4. masa hari kejadian, sy dgn husband dari Perak nak ke Damansara, tengok banyak kereta kibar bendera perak kat highway.. bila berhenti kat rnr mata nampak kuning hitammm jee. hahaa. kita pulak teruja. bukan selalu kannn. tahniah perak dan penyokong2 perak..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, walaupun ada cabaran namun tetap rezeki akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. Akak kat sini.. Time ni saya dekat D'Kayangan. Boleh dengar orang bersorak kak

    ReplyDelete
  7. banyaknya! alhamdulillah semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..semoga rezeki akak bertambah murah ye kak...

    ReplyDelete
  9. wahhh seronok sungguh dapat meniaga nak2 pulak meniaga waktu perlawanan negeri kelahiran kan Sue..apa pun semoga Sue dan keluarga dimurahkan rezeki

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.