Resepi Laksa Batu Kurau

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie pun rasa lama Kak Sue berehat, rindu pula nak tulis-tulis kat blog Kak Sue nie. Minggu lepas memang sibuk sikit dengan urusan anak-anak dan kenduri anak buah. Minggu nie rasanya dah lapang dan lega sikit. Boleh lah intai-intai kat sini sekejap kan.. hehehe.. Sebelum nie ada yang tanya resepi Laksa Batu Kurau kat Kak Sue, jadi entri kali nie Kak Sue akan kongsi resepi Laksa Batu Kurau dengan korang lah ya. Senang ja pun nak buat..

Resepi Laksa Batu Kurau
Laksa Batu Kurau

Resepi Laksa Batu Kurau

Resepi Laksa Batu Kurau nie sama aja dengan resepi laksa lain sebenarnya. Cara masak pun sama, bahan pun sama. Cuma Kak Sue namakan Laksa Batu Kurau sebab Kak Sue asal dari Batu Kurau. Mesti korang tau kan Batu Kurau kat mana, salah satu tempat top nak cari durian bila tiba musim durian.. hehehe.. Okay lah, tak mau buang masa lagi jom Kak Sue kongsikan bahan dan cara nak masak Laksa Batu Kurau nie jom..

Laksa Batu Kurau

Bahan-bahan
1 kilo ikan sardin
2 biji bawang besar
1 inci halia
1 mangkuk cili kisar
4 kuntum bunga kantan
6 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis
1 ikat daun kesum
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa

Bahan Ulam Laksa
Timun
Daun salad
Bawang besar
Limau nipis
Cili padi
Ikut korang nak banyak mana

Cara-cara
Rebus ikan sardin dengan asam keping
Toskan ikan sardin tadi dan sejukkan sekejap
Asingkan isi dan tulang ikan sardin tadi
Kemudian kisar isi ikan dengan sedikit air, ikut nak pekat macam mana tau
Tulang ikan tadi kalau suka boleh juga kisar dengan sedikit air dan tapis
Kemudian masukkan balik air rebusan ikan tadi, isi ikan dan tulang ikan yang dikisar tadi
Tak lupa juga masukkan cili kering kisar dan asam keping
Kemudian didihkan bahan tadi dengan api sederhana
Bila kuah dah mendidih dan mesra, masukkan bunga kantan dan daun kesum
Akhir sekali masukkan kiub ikan bilis Knorr, garam dan serbuk perasa
Biar didih sekejap, kemudian boleh tutup api

Untuk bahan utama, selain kuah laksa ialah laksa tu sendiri kan. Kak Sue guna laksa jenama Eka. Selalunya masa tengah nak sediakan kuah laksa, Kak Sue dah rendam lah laksa. Nanti bila tengah didihkan kuah boleh lah sambil rebus laksa tu sekali. Nanti bila dah lembut, biarkan kejap laksa tu terendam dan boleh lah cuci dan toskan. Siap dah resepi Laksa Batu Kurau, boleh lah dihidangkan.. Selamat mencuba korang, papai!





7 comments

  1. mudah resepinya ..lebih kurang saya juga kak..cuma tak pernah pakai kiub ikan bilis.

    ReplyDelete
  2. Bila kak?? Bila nak dapat rasa ni. Kecur air liur tgk haa.

    ReplyDelete
  3. Sedap ni makan time musim hujan sekarang. Panas panas, nyumnyum!

    ReplyDelete
  4. Alahai.. lama tak makan laksa.. sedap nampaknya..

    ReplyDelete
  5. X nak buat sendiri..nak akak yang buatkan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.