Resepi Kari Daging Kerisik

Assalamualaikum, hai semua. Sekarang nie memang Kak Sue dan keluarga lebih suka masakan rumah dari makan luar. Cumanya kadang tu asyik masak menu yang sama ja jadi tak ada nak kongsi resepi baru kat sini. Cuma baru-baru nie Kak Sue cuba Resepi  Kari Daging Kerisik yang Kak Sue dapat dari Tok Pah. Sedap juga Kari Daging Kerisik nie tau.. kuah pun macam pekat sikit..

Resepi Kari Daging Kerisik
Kari Daging Kerisik

Resepi Kari Daging Kerisik

Sebenarnya resepi Kari Daging Kerisik nie Kak Sue pertama kali cuba masak. Kakak anak dara Kak Sue minta masakkan Kari Daging, kebetulan hari tu sebelum masak sempat telefon Tok Pah tanya khabar. Biasa lah bila dah sembang tu, mesti tanya buat apa.. masak apa.. Kak Sue pun tanya lah cara nak masak macam mana. Tok Pah bagi tau kalau nak sedap letak kerisik sikit. Tu yang Kak Sue cuba letak kerisik tu, sedap pulak. Resepinya sama ja macam masak kari yang lain cuma tambah kerisik ja sikit. Jom kita tengok resepinya ya..

Kari Daging Kerisik

Bahan-bahan :

Bahan Untuk Menumis
1 biji bawang besar yang size kecil - dihiris nipis
4 biji bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Kari :
1 mangkuk daging batang pinang - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 peket kari daging Adabi

Bahan lain :
1 biji kentang - dipotong lapan
1 batang lobak merah - dipotong memanjang
1 kotak santan Kara
1 keping asam keping
1 kiub Ayam Knor
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Tumis bahan untuk menumis tadi sampai naik bau
Kemudian masukkan bahan untuk kari tadi, tumis sampai kari masak atau pecah minyak
Kemudian masukkan asam keping, kacau mesra
Masukkan daging yang dipotong kecil tadi
Masak sampai daging lembut, masukkan pula kentang dan lobak merah tadi
Kemudian masukkan santan, masak sehingga mendidih dan kentang dan lobak merah tadi empuk
Bila dah mendidih, masukkan kiub ayam Knorr
Akhir sekali perasakan dengan garam, kacau sekejap
Tutup api, kacau lagi beberapa minit nak elak kuah jadi pecah lemak
Sedia untuk dihidangkan







9 comments

  1. Sedapnya kari tu..nmpk pekat memikat..

    ReplyDelete
  2. sdpnya kak...suka kari jenis yg macamni sbb letak kerisik.

    ReplyDelete
  3. Pekat..makan dengan roti...sedapnya...Ya Allah..

    ReplyDelete
  4. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete
  5. tengok resepi ni lapar lauk kenduri pulak

    ReplyDelete
  6. Hari ni SA masakkan untuk kawan2 umah sewa ni kari paru campur limpa lembu..SA x leh makan .makan sayur je la...

    ReplyDelete
  7. wow..baru tauu..mau cuba la nnti..thanks resepi sukaaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.