Kenangan Yang Takan Dilupakan

Assalamualaikum, hai semua. Lama juga Kak Sue menyepi kali nie kan. Mencari kekuatan diri yang hilang dengan perkara yang meluluhkan hati kami sekeluarga. Kak Sue bukan nak ulas panjang pun, tak berniat nak berkongsi secara detail. Sengaja nak kongsi kat sini sebagai kenangan yang takan dilupakan seumur hidup bagi kami sekeluarga dan sebagai panduan untuk anak-anak bila Kak Sue dah tak ada untuk depa nanti..

Kenangan Yang Takan Dilupakan
Kenangan Yang Takan Dilupakan

Kenangan Yang Takan Dilupakan

Tak tau nak mula dari mana, cuma musibah yang Kak Sue sekeluarga anggap sebagai ujian hidup yang paling perit dan luluhnya hati kami sekeluarga. Apa yang jadi buat Kak Sue musahabah diri walau hakikatnya tetap ada kesan dendam yang mendalam dalam hati. Rasa marah, tak puashati, geram akan berulang-ulang setiap kali bila terimbas cerita sedih yang luluhkan hati kami sekeluarga..

Sepanjang minggu tak dapat berfikir dan bertindak dengan baik. Penuh dengan emosi sedih, marah dan dendam. Susahnya lah hati nie nak redhakan, Allah ja maha mengetahui. Bercakap sabar dan redha tak semudah kalau kita yang merasa. Hari-hari.. setiap masa pujuk hati sendiri.. InsyaAllah tak ada apa-apa.. redhakan lah.. maafkan lah.. tapi tak boleh.. 

Alhamdullilah, selesai kami sekeluarga jumpa kaunseling lebih tenang dan redha sikit rasa hati. Anak-anak pun nampak dah macam biasa balik, harap dapat redhakan semua perlahan-lahan. Kami bertemu dan terjadi perkara yang tak kami duga dengan orang yang salah. Harapnya lepas nie kami sekeluarga lebih berhati-hati dengan orang sekeliling. Biasa lah, kita manusia nie tak lari dari khilaf kan.. ada hikmahnya..

Untuk anak-anak Ibu, semua ibu bapa kat dunia nie mahukan yang terbaik untuk anak depa. Nasihat dan marah ibu bapa tu tanda sayang, redha ibu bapa tu tanda berkat hidup anak. Musibah yang datang untuk kita, anggap saja sebagai ujian. Kita sama-sama musahabah diri. Dalam setiap ujian pasti ada hikmah. InsyaAllah yang datang lepas nie semua baik-baik aja.. aamiin ya rabb.. Ibu nak kongsikan kata-kata yang Ibu ambil dari Facebook Acik untuk renungan kita bersama..

Apa-apa yang buatkan kita bersedih hari nie.. semoga Allah mengantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah.. Walaupun airmata tu harus tangan kita sendiri yang mengusapnya. Walaupun hati tu hanya kita sendiri yang memujuknya. Semoga digantikan kesedihan kita, dengan sesuatu yang lebih baik..

Tidak lah Allah mengambil sesuatu dan mentakdirkan sesuatu, melainkan Allah Tahu, tu yang terbaik..

Ibu doakan semoga Allah sentiasa lindung anak-anak Ibu dari segala malapetaka, dari segala niat jahat manusia atau makhluk lain. Hidup kita nie biarlah berlandaskan Allah semata-mata ya nak.. Bila Ibu dan Abah tak ada nanti untuk anak-anak Ibu ingat Allah ya, Allah ada untuk kita dalam keadaan apa sekali pun. Ingat tu.. Semoga Allah pelihara hati kita. Kasih sayang Ibu untuk Abah dan anak-anak Ibu hingga ke syurga Allah.. 




9 comments

  1. InsyaAllah kak semoga apa yang berlaku memberi 1001 hikmah dalam hidup kita. Semoga lebih banyak kebaikan menanti kita semua. Amin ya rabbala'lamin.

    ReplyDelete
  2. Terkadang untuk Allah memberi sesuatu yang terbaik ujiannya sangat hebat...insyaAllah..kalau nikmatnya tidak dirasai di dunia...di akhirat menanti...aamin.moga kak Sue sekeluarga sentiasa dilindungi Allah SWT...

    ReplyDelete
  3. Take care kak..take it easy ye

    ReplyDelete
  4. Kita hanya mampu berdua agar ahli keluarga Kita selamat.. semoga segala yg terjadi Allah hikmahkan Dan berikut ganjaran lebih baik buat keluarga kak sue

    ReplyDelete
  5. nampak berat jer.
    pe pun, moga semua settle dgn baik dan penuh hikmah ye.

    ReplyDelete
  6. Semoga akak dan keluarga tabah melalui ujian dan dugaan ini.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..

    ReplyDelete
  7. Semoga kak sue sekeluarga kuat dan tabah. Ada hikmah di sebalik yang berlaku. Alhamdulillah abang semakin baik

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan kak SU

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.