H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang yang tengah merancang nak buat majlis perkahwinan atau pada bakal-bakal pengantin satu pakej  yang menarik iaitu H Garden Cafe tawarkan majlis berkonsepkan taman. Kak Sue pun sebenarnya suka juga dengab tema yang H Garden Cafe tawarkan majlis berkonsepkan taman nie. Ya lah ada bunga-bungaan ala-ala kat taman cantik dan menarik ja kan. Lain sikit dari majlis-majlia yang dah biasa orang buat..

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman

Sekarang nie boleh dikatakan ramai suka buat majlis macam H Garden Cafe tawarkan nie kan, majlis berkonsepkan taman. Dengan adanya perkhidmatan macam nie korang yang merancang nak adakan majlis konsep macam nie dah tak payah risau dah, sebab semua lengkap dalam satu pakej nie. Bukan setakat majlis perkahwinan aja tau, ada pilihan majlis lain yang boleh korang buat kat cafe nie juga antaranya majlis pertunangan, sambutan harijadi atau majlis-majlis lain..

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
H Garden Cafe - Photo by Ana Suhana
Untuk info korang juga, H Garden Cafe nie berada di bawah syarikat Wedding Studio Sdn Bhd. Syarikat nie memang sediakan pakej dan juga tempat untuk majlis perkahwinan. Korang boleh ja nak pilih yang mana dan kat mana nanti. Selain dari tu syarikat nie juga dah lama berada dalam bidang nie sejak dari tahun 2009 lagi tau. Bertempat di Plaza Jelutong, Persiaaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, Shah Alam. Jadi korang tak perlu risau, sebab dah lama berada dalam bidang nie kan..

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
H Garden Cafe - Photo By Ana Suhana
Sekarang, jom Kak Sue nak kongsi pakej yang ada kat H Garden Cafe nie pula. Pakej perkahwinan yang disediakan di cafe nie ada satu pilihan ja tau korang. Pakej yang disediakan ialah untuk 500 tetamu  dengan harga RM21,000. Korang akan dihidangkan dengan menu buffet, 4 buah dome VIP, 25 buah meja dan 250 kerusi termasuk 10 orang pelayan. Kalau tak cukup korang jangan risau, sebab boleh tambah khemah kat bahagian luar cafe nie juga.

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
Menu di H Garden Cafe 
H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
Menu H Garden Cafe
H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
Menu H Garden Cafe
H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
Menu H Garden Cafe
Untuk pengantin pula, ada disediakan sepasang baju sanding, make up, pelamin ala taman, kek pengantin tiga tingkat dan bilik hotel untuk bermalam. Bukan tu aja tau, ada kompang secara live lagi. Tak lupa juga set PA system dan emcee juga ada khidmat photography dan videography siap dengan CD sekali. Haa.. tak payah risau dah bab pelamin, make up, nak upah photoq lain kan semua siap sekali dalam pakej nie. Senang dah, dari bab makan sampai lah bab persiapan pengantin semua lengkap dah..

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
H Garden Cafe - Photo By Ana Suhana
Kak Sue juga nak kongsi, istimewa untuk korang yang nak menempah pakej nie bermula dari sekarang sehingga 31 Oktober 2018 nanti korang akan dapat tambahan dua ekor Kambing Golek atau persembahan live band tau. Menarik kan.. kena cepat-cepat lah tempah sebelum tarikh tamat. Jimat dah tak payah nak tambah duit lagi untuk salah satu pilihan istimewa yang pihak Wedding Studio tawarkan nie..

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
H Garden Cafe
Akhir sekali, kalau korang nak datang makan dan melepak kat sini pun boleh tau. Cafe nie ada sediakan beberapa menu ala carte juga. Boleh lah nak datang dengan keluarga atau kawan-kawan kan. Tempat pun selesa dan cantik. Macam biasa kalau korang nak tau lebih detail Kak Sue kongsi kat bawah nie ya..

Wedding Studio Sdn Bhd

Alamat
Lot HG88A
Ground Floor, Plaza Jelutong,
Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 
40150 Shah Alam

Waktu Operasi
Selasa - Ahad
12 tengahari - 9 malam

Telefon
012 - 4292806
012 - 4978827
017 - 2377449

Facebook

Instagram




8 comments

  1. terliur pulk tgk menunya huhuu...majlis pun nampak grand dengan hiasan cantik gitu...

    ReplyDelete
  2. kolin suka tempat nii..romantik gilerrrr

    ReplyDelete
  3. sedapnya western tu.. ni sesuai and cantik kalu wat tema garden, kan? ^^

    ReplyDelete
  4. Cantik kalau buat majlis kat sini kak. Terasa dalam taman sungguh. Dengan lampu dan hiasa tu semua kan.

    ReplyDelete
  5. kak,, sedapnya mkanannya tu

    ReplyDelete
  6. Aduhai Kak Sue...suka plak SA tengok kari daging tu ha...nampak sedap la...SA dah la suka menu kari...

    ReplyDelete
  7. cantiklah cafe ni. Menu pun sedap sedap tengok.

    ReplyDelete
  8. Cantik betul tempat dan dekorasinya.. Makanan pun nampak sedap..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.