Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan

Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie Kak Sue dapat tahu rupanya ada Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan. Katanya Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan nie akan dibina dan dijadualkan siap pada tahun hadapan. Bagus kan bila ada khidmat masyarakat macam nie, dapat membantu mereka yang betul-betul perlu..

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan

Baru-baru nie di majlis Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMCH) mengumunkan telah berjaya mengumpul RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald terbaru di Hospital USM Kelantan. Sumbangan tambahan berupa wang tunai dan barangan dari rakan-rakan perniagaan dan orang ramai.

Kejohanan golf tahunan yang diadakan pada tahun ini turut meraikan ulang tahunnya yang ke-25, dab menerima sokongan yang amat memberangsangkan menerusi sumbangan untuk memastikan visi RHMC dalam mrnjamin kesihatan, pendidikan dan kebajikan kanak-kanak tercapai

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Naib presiden RMHC Malaysia Victor Sim berkata jumlah dana yang berjaya diraih ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi rakan-rakan perniagaan MCDonalds ke arah menyokong aktiviti-aktiviti amal dan memanikan peranan masing-masing ke arah kesejahteraan masyarakat

"Kami samgat menghargai sumbangan yang diberikan oleh rakan-rakan perniagaan McDonalds. Juga memastikan keluarga dan anak-anak dapat peluang yang lebih baik dalam kehidupan adalah matlamat kami di RmHC. Setyiap sen yang disumbang kepada RHMC mampu memberi perubahan yang cukup besar dengan memastikan keluarga dapat sentiasa bersama" kata Sim lagi..

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Untuk info korang juga Rumah Ronald McDonald peryama telah dibina di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira 20 tahun lalu dan ia terus meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi dari golongan berpendapatan rendah. Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan pula dijadualkan siap dan bgersedia menerima kunjungan keluarga bermula suku pertama 2019

Menurut kata Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, Rumah Ronald MacDonald yang baharu ini semestinya memberi manfaat yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka di Hospital USM merupakan golongan berpendapatan rendah

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
"Sebaik-baiknya kitaa mahu keluarga ini sentiasa  berada dekat antara satu sama lain memandangkan proses rawatan kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang dan boleh memberu tekanan kepada keluarga dan pesakit sendiri. Sesetengah keluarga juga terpaksa menempuh perjalnan yang jauh dimana adakalanya melibatkan lebih dua jaam perjalanan. Debgab Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Krlantan yang bakal sipa tak lama lagi, keluarga boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada proses rawatan sab pemulihan anak mereka di hospital" kata beliau lagi

Selain dari tu Rumah Ronald McDonald yang baru nie turut menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan perubatan tempoh masa panjang di Hospital USM atau lain-lain hospital berdekatan. Apa yang lebih penting,Rumah Ronald McDonald yang baru nie juga mampu memberi manfaat kepada mereka yang datang dari negeri-negeri lain di seluruh negara denfan bayaran yang amat minima bagi membolehkan keluarga mengggunakan kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur, ruang membasuh dan lain-lain lagi

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Sebagai contoh, Puan Mimi Faizah Lee Abdullah adalah salah seorang keluarga pesakit pediatrik yang telah mendapat manfaat dari Rumah Ronald McDonald pertama di Pusat Perubatan Univetsiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Menurut beliau, kemudahan Rumah Ronald McDonald yang disediakan adalah sesuatu yang amat bermakna semasa anak dan cucu beiau menjalani rawatan kanser di hospital.

"Proses rawatan yang dialui adalah kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil, dan berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi tekanan emosi yang dilalui" kata Mimi Faizah lagi

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Orang ramai dan pelanggan McDonalds juga boleh turut serta dalam insiatif nie tau, dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang ada di restoran-restoran McDonald's seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat secara pindahan bank atau online menerusi Paypal. Untuk lebih detail tentang perkara nie korang boleh singgah sini RMHC-Malaysia.my/get-involved/make-a-donation

Untuk detail tentang RmHC dan Rumah Rolald McDonald pula boleh klik sini ya RMHC-Malaysia.my Semoga bermanfaat pada semua ya, bantu ringankan beban..

  


11 comments

  1. Alhamdulillah...memudahkan..

    ReplyDelete
  2. Bagus perkongsian ini.. Usaha yang patut mendapat sokongan..

    ReplyDelete
  3. Membantu org2 yang tidak bekemampuan.. mmg bagus RMHC..tak lupa pada yang memerlukan

    ReplyDelete
  4. Tahniah RMHC atas keprihatinan pada yg memerlukan. Semoga berterusan program sebegini.

    ReplyDelete
  5. Tahniah RMHC atas program yang bagus ni. Menyediakan rumah untuk keluarga pesakit untuk memudahkan urusan mereka

    ReplyDelete
  6. Inisiatif dan kerjasama yg mantap!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.