Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi bisnes kecil kami Kelapa Laut Man Java nie kan. Kami masih lagi terima tempahan dan buat delivery macam biasa. Cuma Kak Sue tak sempat nak kongsi kat sini, lagipun nanti asyik kongsi benda yang sama ja orang bosan pulak kan nak singgah blog Kak Sue.. hehehe.. Kena lah selang seli dengan cerita lain juga kan..

Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang
Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang

Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang

Sebenarnya Kak Sue ada nak kongsi berita baik untuk bisnes kecil kami Kelapa Laut Man Java nie. Sebelum Raya Haji hari tu, produk kami dilamar oleh sebuah kilang untuk rebranding produk kami tu. Hasil perbincangan Abang Man dan tuan punya kilang dua tiga hari lepas, pihak kilang berpuashati dengan rasa produk kami Kelapa Laut Man Java dan bersetuju nak bekerjasama dengan kami. Alhamdullilah.. rezeki buat kami sekeluarga. Harap berterusan lah kan..

Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang
Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang
Untuk permulaan nie pihak kilang dari mana tu biar lah Kak Sue rahsiakan dulu ya. Nanti kalau dah stabil dan berterusan kerjasama nie Kak Sue akan kongsi lagi kat sini. Macam Kak Sue pernah bagi tau, untuk rebranding semula produk kami tak ada masalah tapi biar lah kena dengan caranya. Ada perbincangan dan surat kontrak. Jadi dua-dua pihak berpuashati dan tak ada perkara berbangkit di kemudian hari. Kita dalam mencari rezeki nie biarlah betul atur caranya kan. Baru berkat.. 

Selain dari membekalkan Pati Kelapa Laut, kami juga ada bekalkan Air Kedondong Asam Boi dan juga Air Durian Belanda. Korang kalau ada yang nak cuba atau rasa produk kami baik untuk minum sendiri atau nak berniaga boleh klik banner kat atas blog Kak Sue nie atau hubungi Abang Man dan Kak Sue ya. Nanti Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya.. Rezeki sama dikongsi.

Man Java Enterprise

No Tel
012 5854998 / 012 5844736

Email
skabdy@yahoo.com





11 comments

  1. Alhamdulillah.. semoga murah rezeki Kak Shu..

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak Sue. Semoga berjaya dengan perniagaan yang dijalankan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..syukur...selangkah lagi ke hadapan..moga terus melangkah dan berkembang perniagaan yang kak Sue sekeluarga usahakan...aamin.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah tahniah! :)

    ReplyDelete
  5. Kalau berniaga dan buat betul betul boleh maju ni kan kak. Tengok air semua kaw kaw

    ReplyDelete
  6. tahniah kak sue.. 1 step forward.. :D

    ReplyDelete
  7. Air man java memang sedap kak.. highly recommended

    ReplyDelete
  8. tahiniah kak su sekeluarga

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah kak. I'm super happy untuk akak sekeluarga. Semoga rezeki akak sekeluarga sentiasa dimurahkan.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Tahniah Kak Sue dan Abang Man. Semoga rezeki berlipat ganda lagi

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah :) boleh pos tak kak?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.