Kebaikan Mendoakan Orang Lain

Assalamualaikum, hai semua. Kita sebagai yang beragama Islam antara kekuatan yang ada pada kita adalah dengan berdoa kan. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Kebaikan Mendoakan Orang Lain yang Kak Sue baca dari group sekolah anak Kak Sue.

Kebaikan Mendoakan Orang Lain
Kebaikan Mendoakan Orang Lain

Kebaikan Mendoakan Orang Lain

Jom Kak Sue nak kongsi dengan korang kebaikan mendoakan orang lain. Tak rugi pun korang kalau kita buat baik dan rajin mendoakan orang lain, sebab setiap perkara baik yang kita buat pasti akan ada balasannya. Kalau tak pada kita, mungkin pada suami, anak-anak dan keluarga kita.

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda " Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula. 'Dan bagimu kebaikan yang sama'. (HR Muslim No 4912)
Status : Hadis Sahih

Antara kebaikan mendokan orang lain

* Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.

* Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan atau tidak ada di sisinya, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

* Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan bertolak. Sepertimana hadis Rasullulah SAW

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar 500)

Jom kita doakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga Malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita. Terima kasih Ustaz Amin berkongsi nasihat yang berguna semoga pahala berpanjangan untuk Ustaz dan semoga beri manfaat juga pada kita semua.. aamiin ya rabb..

8 comments

  1. Betul3,, tak rugi pun kan kalau kita mendoakan kebaikan untuk orang lain.. Bertambah2 pahala kitaaa..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Memang selama ni LeYa doakan buat sahabat-sahabat leya. suami dan keluarga lagilah sentiasa ada dalam doa leya. Semoga kita dapat kekalkan ukhuwah fillah sebaiknya.

    ReplyDelete
  3. antara doa yang baik.. bila kita dalam diam2 mendoakan mereka tanpa diketahui =)

    ReplyDelete
  4. Mewahkan dengan doa yang baik-baik untuk orang sekeliling kita...nanti kebaikkan itu mendekat semula pada kita...

    ReplyDelete
  5. takrugi pun doakan yang baik baik kat orang lain :)

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah...
    Kita doakan semua agar baik2 jer kan.
    Moga begitu juga pd kita.

    ReplyDelete
  7. Setuju kak..banyak pahalanya kalau mendoakan org lain..doakan untuk SA jugak ye kak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.