Deko Pokok Bunga Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang hobi Kak Sue yang satu nie Deko Pokok Bunga Lagi. Sebelum nie kan Kak Sue ada kongsikan hobi Kak Sue nak deko pokok bunga dalam rumah. Sayang seribu kali sayang, pokok yang Kak Sue beli tu dah mati korang, sebabnya cara penjagaan tak betul kut. Kecewa jadinya tau tapi tak apa lah jom kita tanam lagi.. hehehe..

Deko Pokok Bunga Lagi
Deko Pokok Bunga Lagi

Deko Pokok Bunga Lagi

Sebenarnya kan, apa yang buat Kak Sue jadi tertarik nak deko pokok bunga lagi kali nie sebab baru-baru nie kan Kak Sue nampak kawan-kawan facebook dan blogger kongsi beberapa jenis pokok yang sesuai kita letak dalam rumah. Cuma Kak Sue lupa pula jenis-jenis pokok yang lain, yang ingat satu pokok nie ja Lidah Jin. Tu yang Kak Sue gigih ajak Abang Man ke nursery baru-baru nie belikan untuk Kak Sue..

Info tentang pokok nie Kak Sue terbaca di wall Blogger Kolin yang cantik bergaya tu korang. Antaranya selain nama pokok nie Lidah Jin juga dikenali dengan nama Lidah Mertua.. mak hai nama. Takut dengar nama tu kan.. hahaha! Selain manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara juga menyegarkan udara tau korang. Kira penyegar udara semulajadi la kan, lagi pun Kak Sue memang suka pokok nie tau.. cantik!

Kata uncle kat nursery hari tu, pokok Lidah Jin nie paling senang nak jaga. Siram seminggu sekali ja dan boleh letak dalam rumah. Uncle tu siap masukkan dalam pasu pilihan Kak Sue, campurkan tanah dan hias dengan batu-batu putih kecil. Cantik sangat tau korang. Nie rasanya dah seminggu kut Kak Sue jaga pokok nie, nampaknya masih dalam keadaan baik. 

InsyaAllah, kalau ada rezeki rasa macam nak tambah lagi dua tiga pokok. Kadang bila pi intai deko rumah kat Instagram tu suka sangat bila depaa deko rumah dengan pokok menghijau. Nampak tenang dan sejuk ja rumah, cuma jangan lah letak banyak sangat kan. Nampak serabut lah pula kalau dah sampai nak penuh rumah. Harap pokok Kak Sue kali nie hidup subur lah ya.. aamiin.. Jumpa lagi nanti korang, papai!

Jom baca sini juga Deko Pokok Bunga Pula

13 comments

  1. pandainya akk bab hias pokok ni...hehe

    ReplyDelete
  2. Simple n nice.sjuk mata memandang

    ReplyDelete
  3. Cantik dan simple je. Tak sabar nak duduk rumah sendiri boleh deko-deko macam kak sue

    ReplyDelete
  4. Cantik kak pokok ni. Saya mmg tak ada pokok hidup dalam rumah.sebab mak xbg letak pokok hidup bertanah dalam rumah.

    ReplyDelete
  5. sha suka jugak dengan pokok dan terfikir nak letak satu dalam bilik tapi tada ruang pulak huhu

    ReplyDelete
  6. Saya pun peminat pokok.. pokok lidah jin ni pun ada kat rumah. Bagus menyerap partikel negatif di persekitaran. Tanam kat tanah pun cepat subur dan merebak. Hari tu terpaksa buang sikit sbb takut pula banyak sgt lidah jin kat rumah hehee :D

    ReplyDelete
  7. cantik kak deco cm ni sebab simple. Ada kata pokok ni namanya Lidah Mertua. Macam-macam nama. Macam nak cari satu gak untuk rumah.

    ReplyDelete
  8. Cantik dan simple. Semoga Kak Sue berjaya dengan hobi kak sue. Sama macam ibu LeYa jugak..Suka bercucuk tanam.. Meh datang tengok garden di rumah ibu leya di PD..hehe..

    ReplyDelete
  9. Aida minat gak green dlm rumah.
    Bjt maybe beli yg artificial aje kot, shu :-)
    x brape naknla pokok idup dlm umah, x pandai kemas daunnya nanti.
    Now da byk artifial jual.

    ReplyDelete
  10. ada pokok nyaman skit sbb bila tgk kehijauan tu rs sejukkkk

    ReplyDelete
  11. sempat ko mengata aku kak hahahahahah....
    Jangan tanam air tau, biar bertanah tidak bernyamuk. So tak perlu lagi pakai air purifier, udara segar 24 jam uiii...

    ReplyDelete
  12. SA suka deco bunga hidup dalam rumah tp perlu pilih yg sesuai sebab ada bunga hhidup yg x sesuai utk kita sama2 kongsi udara dengan dia

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.