Air Tangan Kakak

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi masakan dari Air Tangan Kakak anak dara Kak Sue yang seorang tu. Sekarang nie Kakak rajin nak cuba masak-masak dan juga cuba resepi yang Kakak belum pernah masak. Kemahin lagi Kakak,  kalau ada masa lapang memang suka nak cuba resepi atau masak. Cuma Kakak lebih kepada lauk pauk dari kuih muih atau kek. Tak apa lah nak, janji pandai buat kerja dapur kan. Merasa juga Ibu dan keluarga kita masakan dari air tangan Kakak..

Air Tangan Kakak
Kakak

Air Tangan Kakak

Walaupun Kakak satu-satunya anak dara Kak Sue tapi tak ada lah nak manjakan sampai tak pandai nak buat apa. Nama pun anak dara kan, harus tau selok belok kat dapur dan kerja rumah. Bangga juga dapat rasa masakan dari air tangan Kakak. Ya lah, Kak Sue dulu masa sebaya Kakak tak ada lah pandai sangat nak masak pun. Nak kata Kakak pandai pun tak lah juga, kang kata masuk bakul angkat sendiri pulop! Masih belajar lagi.. macam Ibu Kakak nie juga lah.. hehehe..

Kakak nie banyak ikut perangai Abang Man. Sampai suka masak pun ikut perangai Abah dia.. cuma sekarang Abang Man dah kurang masuk dapur. Sibuk dengan kerja dan order. Sesekali tu memang akan masak atau bantu juga lah kami kat dapur. Jenis Abang Man tak suka ikut resepi sangat, ikut rasa ja nak masuk bahan. Kalau Kak Sue nak kena refer resepi juga, kang entah apa pulak rasanya kan.. hehehe.. Okay tak nak sembang panjang jom lah kita tengok antara pilihan masakan dari air tangan Kakak jom..

Air Tangan Kakak
Air Tangan Kakak - Spagetti Carbonara
Air Tangan Kakak
Air Tangan Kakak - Masak Lemak Cili Padi Ikan Merah
Air Tangan Kakak
Air Tangan Kakak - Laksa Batu Kurau

Kakak memang minat bidang masak-masak nie. Kadang diam-diam ja Kakak google resepi, tak pun kadang tanya resepi masakan yang Kak Sue selalu masak kat rumah nie. Bila tiba waktu kami masuk dapur Kakak minta izin nak cuba masak. Kak Sue okay aja, bagus lah kan kalau ada niat belajar. Senang pun senang keje Ibu.. hehehe.. Jangan nanti bila balik kampung atau ke rumah orang tak tau pula nak masak atau buat kerja dapur, malu lah Ibu..

Bagi Kak Sue, setinggi mana kita bekerja atau belajar kena pandai kerja dapur dan masak. Kalau tak pandai banyak, sikit-sikit pun jadi lah kan. Kak Sue sendiri pun dulu selalu Tok Pah bising sebab tak nak belajar masak, bila dah berkahwin tinggal sendiri nasib lah datang minat nak belajar. Sekarang Kak Sue ajar Kakak pula, harap tercapai lah impian Kakak nak ada kedai dalam bahagian masakan satu hari nanti.. aamiin ya rabb.. Keep it up sayangku..

Korang boleh baca kat sini juga Resepi Spagetti Carbonara



7 comments

  1. Pesan kat kakak kata cik ana nk rasa laksa kakak next time.
    Semoga tercapai cita2 kakak. Amin.

    ReplyDelete
  2. Wah pandainya. Plating ponncantik

    ReplyDelete
  3. Bagus kakak...alhamdulillah..teruskan sokong dan puji ya kak Sue bila kakak masak atau buat apa pun yang baik sebab itu pun sokongan moral...walau cuma goreng telur dadar..itulah cara mama PC dulu mula-mula nak tarik dan ajar PC untuk suka ke dapur membantu..moga niat baik kakak termakbul..aamin.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..kakak dah pandai masak..walau pun sedang belajar hasilnya dah macam pakar..good job kakak

    ReplyDelete
  5. Wah.. Kakak dah pandai masak.. Bagusnya.. Terliur tengok laksa tu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.