Tauhu Bergedil Sedap

Assalamualaikum, hai semua. Akhirnya dapat juga Kak Sue merasa Tauhu Bergedil Sedap dari air tangan Bro Syukri Mohd Nor dan isteri baru-baru nie. Mana boleh jadi kan, kawan blogger lain yang tinggal jauh dok bercerita pasal Tauhu Bergedil Bro nie sedangkan Kak Sue tinggal satu taman dengan Bro tak dapat merasa lagi nie. Bila dah dapat rasa, memang betul apa yang blogger lain cakap.. sedap!

Tauhu Bergedil Sedap
Tauhu Bergedil Sedap

Tauhu Bergedil Sedap

Rasanya kalau kalangan blogger nie memang kenal sangat lah dengan Bro nie. Tua muda semua panggil Bro kat beliau. Sebelum nie Bro ada berniaga Chaw Kuey Teow, tapi disebabkan ada beberapa sebab Bro tak dapat nak teruskan. Sekarang nie jualan Bro yang tengah hot Tauhu Bergedil yang memang sedap nie lah..

Memang kena dengan selera Kak Sue, ditambahkan lagi dengan Sambal kicap yang pedas tu. Kata Bro nama special dia Sambal Kicap Parit King. Bila makan satu, mesti nak lagi dan lagi. Dalam tauhu pun, campuran kentang dan isi ayam lengkapkan lagi rasa sedap tauhu tu. Kak Sue sekali hadap lima ketul hari tu tau korang, tak sedar tau-tau satu bekas tu Kak Sue sorang.. hahaha..

Tauhu Bergedil Sedap
Tauhu Bergedil Sedap
Dalam satu pek tu ada lima ketul Tauhu Bergedil. Kak Sue order dua pek hari tu sebab Abang Man pun suka makan tauhu takut tak cukup pula kan. Setahu Kak Sue bila Bro nak COD, Bro akan buat status di Facebook beliau. Korang boleh juga komen kat situ kalau nak order..

Korang yang mana nak juga cuba dan rasa Tauhu Bergedil sedap nie boleh cari Bro kat sini tau Bro Syukri Mohd Nor. Selain untuk makan sendiri, rasanya Bro ada buat dalam pakej yang banyak juga. Nak tau lebih detail boleh tanya Bro nanti ya. Jumpa lagi entri makan-makan Kak Sue yang lain.. papai!

16 comments

  1. teringinnya nak try tapi cari sini takde yang jual huwaa

    ReplyDelete
  2. memang sedap kak su, dah lah siap COD. hehe terbaik service Bro

    ReplyDelete
  3. Tengok ramai makan tauhu begedil nih. Macam nak cuba lah nanti

    ReplyDelete
  4. Sedapkan kak sue. Pedas menyengat sambal kicap eh. Ni repeat order lagi 22 pack

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! ni review mantop ni.
      sib baik jauh. if not aida order jugak tauhu bergedil Bro ni.

      Delete
  5. tauhu begedil air tangan bro ni x cuba lagi..air tangan cikza dh cuba hari ni...sedapppp...tp tetap nak cuba gak yg air tangan bro

    ReplyDelete
  6. Hot kan Kak Sue...PC tak pernah cuba lagi...terasa juga nak menikmati..lebih-lebih ada sambal kicapnya tu..huissss...

    ReplyDelete
  7. Nak try order lah nanti. Nampak sedap tu kak.

    ReplyDelete
  8. rmi dh nmpk blogger2 dh try tauhu begedil BRO...senang la kaksue sbb dkt ngan umh BRO

    ReplyDelete
  9. alamak sedapnya. nakkkkk

    ReplyDelete
  10. Sedapnya, husniey belum pernah rasa bergedil ni.

    ReplyDelete
  11. mmg hot tauhu bergedil ni... dk tgk bro promo terliur sy.. nk cod jauh sgt kt tpt sy ni... hehe.... minta bro post boleh ka...

    ReplyDelete
  12. Teringinnya nk try k.da. nnti blik kpg beli taw.

    ReplyDelete
  13. hmmmm aida da try 1 pek.
    beli kat sini. lom buat entry.
    sebab yg di beli 1st time ni tak berjaya tackle citarasa aida...

    ReplyDelete
  14. Memang hotlah tahu nie.. Kat tempat Sha nie sampai tak ada stok tahu, orang pakat duk buat tahu begedil kan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.