Singgah Berbuka di Kampung

Assalamualaikum, hai semua! Kebiasan setiap tahun kami sekeluarga akan Singgah Berbuka Puasa di kampung Abang Man atau kampung Kak Sue dulu ikut giliran. Tak kira giliran raya kat mana dulu, harus balik singgah berbuka di kampung dua-dua belah pihak. Nasib lah sehala dan dekat aja kan, kalau jauh tak dapat la nak buat macam nie nya der..

Singgah Berbuka di Kampung
Singgah Berbuka di Kampung

Singgah Berbuka di Kampung

Tahun nie giliran singgah berbuka puasa di kampung Abang Man dulu, sebab tahun nie raya pertama di kampung Kak Sue. Macam tu lah setiap tahun ikut giliran biar adil dan saksama, kemahin kan.. hehehe.. Cuma tahun nie Kak Sue tak berapa sihat, tak ada gambar makan-makan. Masa berbuka tu rasa nak tumpo dah haa.. dah tak kuasa nak ambik gambar.. huhuhu..

Singgah Berbuka di Kampung
Singgah Berbuka di Kampung - rumah Mbah
Nasib masa petang tu lepas Asar kami keluar ke bandar Teluk Intan, nak ke Pasar Ramadhan Kak Sue rasa okay lagi. Memang kalau balik berbuka kat kampung Abang Man jarang la tak datang ke sini, sebab Kak Sue dan Kakak memang craving sangat Popia Rahman. Memang kalau orang dekat dengan kawasan sini memang tau dan kenal la Popia Rahman nie.. sedap tau!
Singgah Berbuka di Kampung, Popia Rahman
Singgah Berbuka di Kampung - Popia Rahman
Selain Popia Rahman kami suka tapau Teh Ais Sedap Pyorr yang viral sekarang nie. Orang kampung Abang Man yang buat nie, suami isteri. Memang lain dari yang lain tau Teh Ais Pyorr Viral nie, sekali rasa mesti nak lagi. Nak beli Teh Ais Viral nie pun beratur panjang juga. Beratur panjang satu hal, servis agak slow sikit. Jenuh nunggu.. nasib sedap. Berapa bungkus hari tu Abang Man borong maklum lah ramai kan..
Singgah Berbuka di Kampung,Teh Ais Pyorr
Singgah Berbuka di Kampung - Teh Ais Pyorr
Dah berpuasa sehari kat kampung Abang Man esoknya kami sekeluarga bergerak balik kampung Kak Sue kat Batu Kurau, Taiping, Perak pula. Nanti Kak Sue sambung cerita kat kampung Kak Sue pula ya.. papai!

5 comments

  1. gilir2 bagus.. senang tak perlu nak pening2 kan. tapi kalo ayah CT dia memang volunteer nak balik kg mak. dia suka kg mak lagi ahaha..

    ReplyDelete
  2. Selamat tak puasa. Kalau puasa tgk teh ais pyor tu mau telan air liur banyak kali.

    ReplyDelete
  3. terbaek. meriah bazar :)


    follow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  4. Popia tu tak pernah cuba.. Macam menarik..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.