Raya Kedua di Batu Kurau - Shuhaida Kabdy

Tuesday, July 3, 2018

Raya Kedua di Batu Kurau

Assalamualaikum, hai semua! Raya Kedua di Batu Kurau kampung Kak Sue masih meriah lagi, cuma kalau masuk raya ketiga dan seterusnya tu macam dah slow. Selalunya kami beraya rumah sedara mara sepupu sepapat. Tak kira lah sebelah Mak atau Abah Kak Sue. Cuma tahun nie Raya Kedua di Batu Kurau tak banyak sangat rumah yang kami sekeluarga beraya, macam tak larat pulak nak berlama-lama beraya Kak Sue tahun nie..

Raya Kedua di Batu Kurau
Raya Kedua di Batu Kurau

Raya Kedua di Batu Kurau

Selalunya Kak Sue sekeluarga beraya sampai Raya Kedua di Batu Kurau, tapi tahun nie Kakak nak penuhi permintaan Tok Pah nak beraya lama sikit dengan anak cucu. Alhamdullilah, bila minta izin dengan Abang Man hari tu sebelum raya masa kami susun cuti Abang Man kata okay. Seronok lah Kakak dapat lama-lama dengan Tok Pah. Kakak agak rapat juga dengan Tok Pah bila dah besar nie..

Raya Kedua di Batu Kurau
Raya Kedua di Batu Kurau
Tahun nie Tok Pah tak sihat sangat masa bulan puasa. Asyik demam aja,, maklumlah faktor usia kan tak boleh dah nak lasak sangat macam muda-muda dulu. Dengan cuaca pun hujan aja dua minggu kita puasa tu kan. Jadi bila raya nie kami ikutkan ja apa yang Tok Pah nak, nak beraya kemana Abang Man bawakan. Ada juga yang Kak Sue tak ikut beraya sebab rasa tak larat berlama beraya tadi lah..

Raya Kedua di Batu Kurau
Raya Kedua di Batu Kurau
Apapun rasa seronok beraya kat Batu Kurau tahun nie. No Drama.. kahkahkah! Biasa lah kan bila dah ramai-ramai tu, bila dah sampai umur macam Kak Sue nie malas tau nak kusut-kusut. Kalau ada salah silap paham ke apa, cepat selesaikan dan anggap tak ada apa ja. Tahun depan kalau umur panjang giliran beraya kampung Abang Man pula raya pertama. Jumpa lagi nanti dengan cerita raya dan jalan-jalan cuti raya Kak Sue ya.. papai!

9 comments:

  1. Alhamdulillah...syukur...betul la kak...raya2 ni..masing-masing seronok dan letih juga sebenarnya..kadang emosi pun mudah tercuit...jadi kena kebaskan hati dan telinga kan kak...

    ReplyDelete
  2. terbaek.. masih beraya.. selamat hari raya :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  3. gmbr 1st tu dh gaya kaksue pn sebaya je smua

    ReplyDelete
  4. berjalan la jugak walau kejap kan kak su...kang ada lak yang cakap x ingat sedara mara..SA pun beraya masa raya 1-2 je..pas tu lepak rumah je...

    ReplyDelete
  5. Seronok dapat berkumpul ramai2 kak. Baru terasa kemeriahan beraya tu.

    ReplyDelete
  6. Salam syawal, seronok dapat berkumpul dengan sanak saudara

    ReplyDelete
  7. seronoknya tgk gambar adik beradik akak sue

    ReplyDelete
  8. seronoknya beraya diKampung halaman... meriah rasa! indahnye beraya didesa...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.