Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengan Rumusan DHA Tertinggi

Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru Kak Sue berpeluang ke Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengan Rumusan DHA Tertinggi bagi menyokong perkembangan kanak-kanak di Menara Kuala Lumpur. Selain nak tau apa yang menarik tentang Pelancaran Susu Dutch Lady terbaru nie, Kak Sue tak sabar nak jumpa duta mereka Scha Alyahya dan Lara Alana. Comel sangat Lara tu tau.. suka tengok gelagat Lara kat IG beliau..

Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengab Rumusan DHA Tertinggi
Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengab Rumusan DHA Tertinggi


Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengan Rumusan DHA Tertinggi

Jom Kak Sue nak kongsi lebih lanjut pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru dengan rumusan DHA tertinggi nie jom. Dengan memberikan tahap nutrisi yang lebih tinggi untuk kanak-kanak , Dutch Lady  Malaysia sekarang nie kan menawarkan tahap DHA tertinggi dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang berumur antara 1hingga 3 tahun dalam pek baru yang diperkenalkan di Menara Kuala Lumpur yang Kak Sue hadir hari tu..

Menurut Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia syarikat ini sentiasa membuat penambaikan pada produl dan bertanggungjawab membentuk kategori pasaran susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia.

Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengab Rumusan DHA Tertinggi
Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengab Rumusan DHA Tertinggi
Menurut Encik Gupta lagi, sejak di asaskan di Malaysia 55 tahun yang lalu, Dutch Lady komited untuk bekalkan nutrisi menerusi produk tenusu yang dipercayai. Selain dari tu, Dutch Lady berjaya membawakan beberapa kemajuan dalam kategori nutrisi kanak-kanak. Dutch Lady juga yang mula-mula memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak kepada para ibu di Malaysia pada 1988 dan juga merupakan yang pertama dalam memperkenalkan rumusan 0% sukrosa atau kurang sukrosa dalam produk mereka pada 2012 untuk tangani kebimbangan pada penyakit tidak berjangkit iaitu NCD di Malaysia 

Seterusnya kata Encik Gupta, Dutch Lady amat bangga kerana pencapaian baru kategori susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan kandungan DHA tertinggi. Dutch Lady juga menyedari tahun-tahun awal kanak-kanak adalah tempoh perkembangan kognitif, emosi dan sosial yang penting dan ramai ibu bapa paham kepentingan DHA sebagai nutrien yang menyokong perkembangan kanak-kanak. Dutch Lady 123 mengandungi kandungan nutrien lebih tinggi untuk protein, vitamin D3, vitamin C dan lebih lagi  penting untuk kanak-kanak membesar

Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengab Rumusan DHA Tertinggi
Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengab Rumusan DHA Tertinggi
Bercerita tentang DHA pula, Aslee Ng Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia menjelasakan kepentingan DHA iaitu 60% daripada otak terdiri daripada lemak dan salah satu jenis lemak paling penting adalah DHA yang membantu perkembangan  otak kanak-kanak

Menurut Aslee lagi kanak-kanak yang berumur satu hingga lima tahun, otak mereka berkembang pesat sehingga 90%.  Kajian menunjukkan peningkatan pengambilan DHA beri manfaat pada keupayaan kognitif atau proses pemikiran, tingkah laku dan tahap fokus kanak-kanak. Oleh itu penting bagi ibu bapa menyediakan DHA dalam diet harian mereka

Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengab Rumusan DHA Tertinggi
Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengab Rumusan DHA Tertinggi
Bersetuju dengan DHA membantu membina asas perkembangan otak kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, Dr Yong Junina dijemput sebagai tetamu khas pada hari tu untuk berkongsi kepada ibu bapa cara-cara untuk merangsang perkembangan kognitif anak. Perunding pediatrik dan Pakar kardiologi pediatrik yang juga menjalankan penilaian perkembangan mengunakan Skala Perkembangan Mental Griffith mengalakkan ibu bapa dengan permainan blok binaan, yang boleh meluaskan daya imaginasasi dan membina atau mencipta tanpa sebarang sekatan. Selain tu anak-anak juga dapat gunakan kemahiran memadan, mengira dan mengasing. Lagi bagus kalau ibu bapa dapat join sekali dengan anak-anak waktu sesi bina blok tu. Aktiviti macam nie boleh naikkan kreatibiti dan daya pemikiran juga kemahiran sosial dan bahasa..

Duta jenama Dutch Lady pasangan selebriti ibu dan anak Scha Alyahya dan Lara Alana pun ada hari tu. Kata Scha Dutch Lady adalah satu-satunya jenama yang beliau percaya untuk memberi nutrisi berkualiti serta selamat untuk Lara. Selain memastikan Lara mendapat. nutrisi secukupnya, Scha juga selalu guna blok binaan untuk betinteraksi dengan Lara bagi menggalakan kreativiti Lara. Memang semua tau kan Lara memang bijak dan comel orangnya.

Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengab Rumusan DHA Tertinggi
Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Dengab Rumusan DHA Tertinggi
Jom korang besarkanlah anak yang bijak dan sihat hari nie dengan nutrisi yang berkhasiat daripada Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ dengan 5X DHA. Korang boleh singgah di semua padaraya besat dan kedai-kedai di seluruh negara. Untuk lebih detail korang boleh klik www.smartmoments.com.my 


Post a Comment

12 Comments

  1. Dutch lady jenama di percayai. Bestnya dpt jumpa dgn scha n lara

    ReplyDelete
  2. Dutch Lady memang susu favourite anka-anak

    ReplyDelete
  3. Anak- anak buah SA minum la susu ni..

    ReplyDelete
  4. Syafi memang minum Ducth Lady dari dulu lagi. Serasi dengan dia.

    ReplyDelete
  5. Bonde tak sempat nak ke event ni, kalau tak dapat jumpa Scha dengan lara suka tengok lara tu hah comel sgt

    ReplyDelete
  6. 5X DHA tu.. Power.. Makin cerdik nanti si cilik

    ReplyDelete
  7. Anak kinah pun minum susu Dutch Lady kak Sue.

    ReplyDelete
  8. dlu tisya kecik2 pn minum susu dutchlady

    ReplyDelete
  9. ni lah susu kak Nurin & Syuhada dulu kala, shu.
    now Izzat susu soya.
    susu ni sedap. bau nyer harum!
    so kalau anak minum, bau anak pun harum lemak-lemak gitu :) hi hi i hi
    harga pun affordable. RM20++ jer. murah la tu!

    ReplyDelete
  10. teringin nak jumpa Lara.
    pandai bergaya nampak nyer tu.
    da cerdik dari dulu. alahai...
    bila lah Lara nak beradik hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  11. Anak-anak Sha memang minum Ducth Lady..

    ReplyDelete
  12. rasanya kecik2 dulu pun saya minum dutch lady...sekrg dh besr pun minum susu kotak dutch lady..sedappp :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️